Profil



#notasiku merupakan blog yang memuatkan nota-nota fiksyen, agama, falsafah, kekeluargaan, kewangan dan lain-lain yang dirasakan perlu untuk kehidupan yang versatile. Blog ini ditulis sepenuhnya oleh Bijen M.

Mula menulis blog sejak di bangku dan meja menara gading, #notasiku merupakan blog keduanya dan ditulis secara matang (?). Lulusan IT dengan pengkhususan Kejuruteraan Perisian & Pengurusan Korporat, kini berusaha membina potensi modal insan di sebuah syarikat petrokimia di Kerteh, Malaysia dalam bidang HR. Dalam masa yang sama memberi masa secara sambilan mempelajari subjek agama, usul dakwah, pengurusan kewangan dan psikologi.

Anda mungkin akan mendapati penulisan dalam blog ini mempunyai feel yang berbeza dari tahun ke tahun seiring dengan pengalaman, exposure, keadaan dan kematangannya. Maka, sila abaikan jika anda telah atau akan terserempak post-post lama yang entah apa-apa. Fasa penulisan di blog ini dapat disimpulkan seperti di bawah:
  • 2009 - 2010 Fasa muda-mudi zaman belajar
  • 2011 Fasa bujang dan bekerjaya
  • 2012 Fasa berbini
  • 2013 Fasa ber-anak
  • 2014 Fasa berkeluarga
  • 20XX Fasa berbini-bini (insyaAllah)
Bukanlah seorang yang suci murni pada dasarnya kerana turut pernah melalui kehidupan yang penuh ranjau dan noda. Berdasarkan pengalaman tersebut, dia sentiasa komited untuk memperbaiki potensi dan kualiti diri dari semasa ke semasa dan perkara tersebut dikongsi dalam blog ini juga secara berdepan, insyaAllah.

Untuk menghubungi, anda boleh emel ke notasiku@gmail.com Nota-nota ringkas banyak dikongsikan di laman Facebook dan Twitter serta turut sama menulis secara berjemaah di laman 7Senarai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...