5.1.16

Bahagiakah Poligami 2

As salaam kepada pembaca budiman. Apa khabar iman? Harapnya iman kita masih lagi menebal sebagai sebaik-baik bekalan sebelum kita berjumpa dengan-Nya. Ada jenis orang yang nampak ‘kaya’ di dunia, tapi bila pulang ke akhirat sana dia jadi orang yang muflis pula. Mudah-mudahan kita diselamatkan oleh Allah SWT dari tergolong dalam kelompok yang sama. Sebab itu Nabi SAW pesan ada tiga perkara yang kena jaga iaitu benda di antara dua rahang (lidah), perut dan benda di antara dua paha (kemaluan).

Oke kali ini kita sambung lagi pembicaraan dari nota sebelum ini. Dah jadi nota bersiri pula. By the way, nota kali ini lebih kepada penjelasan sebenarnya. Dari nota yang lepas, ramai juga yang salah faham dengan mengatakan bahawa gua mempromosi kahwin banyak (poligami) dan juga kata gua pun nak berpoligami.

Baiklah, macam gua kata sebelum ini, seminar berkenaan membincangkan mengenai fiqh tentang poligami. So dah tentu-tentu para penceramah akan menyentuh tentang persoalan berkaitan poligami. Dan paling penting nasihat yang disampaikan adalah supaya mengikut jalan yang betul jika mahu berpoligami. Takkanlah pula kalau korang pergi kursus kahwin dulu-dulu, si penceramah (yang of course mesti dah berkahwin) akan anjurkan supaya jangan berkahwin. Nonsense!

Meh gua kupas dalam-dalam pasal poligami ni dan apa pendirian gua pula terhadap isu ini. Kalau kita ada terbaca pandangan beberapa orang ulama’ dan juga sesetengah ustazah (yang ..), mereka menghuraikan perlaksanaan poligami dari sudut fiqh aulawiyat ataupun fiqh keutamaan. Maksudnya yang mana lebih utama, berpoligami atau tidak? Gua pun sedikit sebanyak bersetuju dengan ulasan yang dibawakan. Dalam menghuraikan ayat:

“Maka kahwinlah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinlah seorang sahaja..”
(an-Nisa’ 4:3)

Kalau kita ikut berdasarkan keutamaan korang rasa-rasa apa yang dimaksudkan dalam ayat di atas? Huraian yang dibawa adalah berkahwin satu itu lebih utama dalam menyelamatkan seseorang dari berlaku zalim (tidak adil). Orang yang bertaqwa yang takutkan Allah SWT akan sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakannya dan seboleh mungkin akan mengelakkan sebarang risiko dari menjerumuskan diri dan menempah tiket ke neraka (andai tak dapat berlaku adil).

So setakat ni korang faham tak apa yang nak disampaikan?

Sebab itu dalam kriteria untuk berpoligami adalah dia kena ada dzan (keyakinan) untuk mampu berpoligami dengan baik. Jika ada syak wasangka dan was-was, hukumnya jatuh kepada makruh atau boleh jadi haram.

Dan di akhir nota yang lepas gua cerita pasal poligami ni adalah satu motivasi untuk seseorang jadi yang lebih baik. Adalah wajar difahami bahawa orang yang macam gua nak berubah ke arah yang lebih baik tu tak semestinya nak berpoligami saja. Tak nak ke korang ada suami yang extra baik melayani korang, taat beribadah dan sebagainya.

Lainlah kalau korang fobia betul dengan ‘poligami’ itu sampai takut suami berubah jadi lebih baik (sebab nak berpoligami) lalu korang pun halang dia bangun tahajud, halang dia pergi masjid, halang dia jadi baik dan sebagainya. Itu memang tak patut betul.

Dan pendirian gua, kalau boleh gunakan ‘poligami’ itu sebagai pemangkin untuk bertambah baik, apa salahnya. At least kita telah menyediakan diri kita untuk perkara yang tak dijangka di masa akan datang. Jodoh itu kerja Tuhan. Ada jodoh, ada. Kalau tak ada tu tetap tak ada. Apa yang nak dirisaukan? Sekarang ni tak nampak lagi keperluan untuk berpoligami di Malaysia misalnya. Mungkin masih ramai lagi lelaki berkaliber di luar sana.

Tapi andai kata (na’uzubillah) jadi macam Syria suatu hari nanti, keperluan itu akan datang. Ramai lelaki-lelaki hebat dan berkaliber yang gugur syahid misalnya. Yang betul-betul berkualiti tinggal sedikit dan selebihnya golongan pengecut dan rosak akhlak. Korang nak ke kahwin dengan orang macam tu? Nanti korang pun katalah first come first serve semudah ABC. Katalah macam tu kalau nak. Nanti kalau korang yang jadi orang yang terlambat padan muka.

Ataupun yang dah bersuami dan mati-mati tak bagi suami kahwin lagi, cuba fikir andai kata laki korang pergi berjihad dan mati dan korang masih muda dan perlukan suami atau lelaki baru untuk teruskan kehidupan lalu tak jumpa dah lelaki berkaliber melainkan semuanya lelaki orang, so apa korang nak buat? Gigit jari dan tengok saja orang lain bahagia? Lalu bila takutkan perkara itu korang pun jadilah manusia bangang macam di atas lalu tak benarkan suami pergi berjihad.

“Abang duduk sajalah di rumah. Tak payah pergi ke medan. Banyak lagi benda boleh dijihadkan. Cari makan pakai untuk kami anak beranak pun jihad juga. Nanti kalau abang mati, siapa nak jaga saya?”

Dalam bab bernikah satu, kalau dengan pernikahan itu membawa kemaslahatan syarak misalnya meramaikan umat Nabi SAW atau risau tak dapat jaga  diri kalau tak berkahwin, maka perkahwinan itu dah jadi sunnah. Tapi kalau tak berkahwin pun dia tak ada hal dapat jaga diri malah dia sibuk pula dengan khidmat untuk umat (mengajar, mengarang kitab misalnya), maka perkahwinan tersebut dah jadi harus. So tak kahwin pun tak apa. Tak adalah sampai Nabi SAW tak mengaku dia umat kalau dia tak kahwin. Ini banyak orang silap faham.

Samalah juga dengan berkahwin banyak. Lagi sekali diulang, bila perkahwinan tersebut membawa kemaslahatan syarak, maka jadilah sunnah. Kalau tak ada apa-apa masalah sekadar suka-suka, jadi harus saja untuknya berkahwin.

Okelah, akhir kata kepada para bini andai kata suami korang menghormati korang dengan meminta restu dari korang untuk berkahwin lagi dan menggunakan jalan yang betul (ikut mahkamah di Malaysia dan tak pergi Siam), maka respeklah suami korang. Kerana sesungguhnya  korang mempunyai seorang suami yang gentleman, berwibawa, ikhlas dan berkualiti. Biarlah mahkamah yang menetapkan sama ada dia layak ataupun tidak untuk bernikah lagi. Jika mahkamah kata dia memang layak, maka bersyukurlah lagi sekali kerana korang memang mempunyai seorang suami yang capable dan kompeten. Beruntung betei!

So, sekianlah.

comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...