6.12.15

Pembedahan lasik mata di Advance Vision

Assalamualaikum. Hai apa khabar? Alhamdulillah, kini lebih kurang cukup sebulan gua bebas dari berkaca mata. Maksudnya di sini, gua dah tak memerlukan lagi bantuan cermin mata untuk melihat alam flora dan fauna ciptaan Allah SWT ini dengan izhar - terang dan jelas. Heh!

Ini semua hasil dari rahmat teknologi canggih yang Allah SWT ilhamkan kepada kepada umat manusia pada hari ini untuk memberi kemudahan dan manfaat kepada manusia. Tinggal lagi manusia saja yang masih terus-terusan ingkar dan derhaka dari menyembah Allah SWT. Bak kata orang Alim, dunia diciptakan untuk manusia manakala manusia sebenarnya diciptakan untuk Allah SWT.

Boleh diibaratkan bahawa di sisi Allah SWT, dunia ini tidak ada apa-apa nilai. Jika ada nilai pada dunia ini walau sebesar kepak nyamuk, pasti seteguk air pun tidak akan diberikan kepada orang yang kufur dan ingkar kepada Allah SWT. Maka bernilainya dunia dan alam semesta pada hari ini adalah kerana iman yang ada di dalam diri manusia. Tercabutnya iman dari seseorang, maka tercabutlah rahmat dan kasih sayang Allah SWT dari dirinya.

By the way, gua sebut pasal teknologi canggih ni pasal kita orang awam tak pernah terfikir pun ada pengetahuan seumpama ini yang boleh adjust mata manusia yang halus dan fragile itu dipotong sana, dipotong sini, ditembak sana, ditembak sini, digam sana, digam sini, dijahit sana, dijahit sini. Korang boleh imagine tak?

Actually, korang mesti biasa dengar pasal pembedahan lasik untuk mata kan. Dengan pembedahan tersebut, insya-Allah mata yang rabun dapat dipulihkan semula sehingga dapat melihat seperti sedia kala. Sebenarnya gua sendiri tak terfikir nak buat lasik ni. Biasa yang gua dengar kosnya agak mahal. Paling kurang RM 4,000 perlu tersedia dalam poket. Kemudian prosedurnya pula agak lama. Bukan boleh pergi check up lepas tu terus nak operate. Ada queue bagai.

Disebabkan kepayahan yang didengari itulah gua buat endah tak endah saja pasal lasik ni. Lagipun power mata gua tak adalah tinggi mana. Oke saja kalau nak pakai cermin mata pun. Cuma kasihan pada bini gua sajalah. Hidupnya bergantung pada contact lens. Power dah 600 lebih. Dah lama dia memendam impian nak buat pembedahan lasik. Simpan duit seringgit sehari dalam tabung ayam. Atas faktor gua sebagai seorang suami yang budiman, bertanggungjawab dan bertimbang rasa, gua pun berazamlah nanti kalau ada duit bonus sikit, gua belanjalah bini gua operate mata.

Dulu gua ada survey sikit-sikit. Member gua buat lasik dekat Mesir. Time dia pergi jalan-jalan tengok Firaun tu dia pergi operate sekali mata dia. Katanya mudah saja. Pergi check mata dan set appointment sehari, operate keesokannya dan check up pula sekali hari seterusnya. Selesai. Harga pun boleh tahan murah, lebih kurang RM 1,500. Gua fikir-fikir bagus juga pergi jalan-jalan tengok Firaun sambil buat pembedahan lasik. Tapi zaman bilalah pula gua nak pi sana. Maka terbantutlah lagi hasrat gua nak melasik.

Dan baru-baru ini bila ada anak, gua rasa luar biasa sikit. Kaca mata old-school gua berjaya dipatahkan beliau. Bila dah pakai kaca mata baru yang frameless, gua jadi makin sensitif. Yelah cermin mata fragile. Lepas tu bila memikirkan keadaan yang gua banyak menghabiskan masa di awal pagi sebelum pergi kerja untuk mencari-cari di mana spec, maka gua sudah tahu yang gua kena bertindak untuk mengatasi masalah ini. Lagipun insya-Allah tahun depan merupakan giliran haji (mengikut daftar haji dengan Tabung Haji), maka gua rasa eloklah gua kalau boleh beribadah dengan lebih baik tanpa sebarang alat bantuan penglihatan. Senang nak mobilize dan nak buat apa-apa tanpa perlu risau pasal cermin mata lagi. Kalau hilang ke, patah ke, tak jumpa cari ke, tak tenteram pula jiwa. Paling penting bolehlah kalau nak pakai Ray-Ban pun lepas ni. Kalau tak asyik pakai yang clip-on saja.

Maka sekali lagi Allah SWT bagi kekuatan dan detikkan hati gua nak buat research pasal lasik. Rupanya sekarang dah mudah dan murah kalau nak buat lasik. Tak ada lagi cerita kesukaran seperti yang dimomokkan di atas. Harga pun boleh dapat semurah RM 2,888 atau mungkin ada yang lebih murah dari itu. Prosedur pula boleh selesai dalam sehari dua saja. Tak perlu lagi merancang nak pergi jumpa Firaun bagai.

So akhirnya gua pun jumpalah satu tempat ni namanya Advance Vision. Kliniknya terletak di area Damansara Utama. Pemilik dan doktornya bernama Dr. Yeoh. Klinik ni offer antara yang termurah bagi sesiapa yang nak buat pembedahan lasik iaitu RM 2,888 + RM 80 (harga semasa 2015). Gua tak sure kalau ada lagi yang lebih murah sebab pencarian gua terhenti setakat ini saja.

Mula-mula tu risau juga dengan kredibiliti klinik tersebut sebab dia boleh offer murah berbanding dengan klinik Prof. Muhaya. Tapi lepas baca testimoni dan review dari mereka yang pernah melakukan pembedahan di sana, gua mula meletakkan keyakinan. Booking untuk appointment pun akhirnya dibuat.

First Appointment
Gua dan bini pergi ke klinik untuk first appointment pada hari Selasa. Time tu tengah ada meeting kat KL hari Rabu so kitorang travel awal sekali harung. Area sini memang susah sikit cari parking maka kalau korang nak datang tu kenalah get ready untuk tawaf dua tiga kali bagi mendapatkan parking.

Untuk first appointment dia akan buat check up mata kita. Akan kira power sebenar dan kira ketebalan kornea mata. Oh terlupa, sebelum first appointment tolong make sure korang dah tak pakai contact lens dalam tempoh seminggu. Pakai spec oke lagi. Ini untuk memastikan bacaan yang akan diambil nanti lebih accurate dan mata kita juga bersedia untuk test-test yang akan dibuat.

Then lepas melalui dua mesin (check power dan check tebal kornea) kitorang pun di-brief oleh consultant di situ. Time tu En Amirul yang entertain kitorang. Dia ceritalah dari A sampai Z pasal lasik ni. Apa itu lasik, apa objektifnya, bagaimana prosedurnya, apa risikonya dan lain-lain lagi. Tiada unsur paksaan di sini. Kalau nak proceed boleh proceed, kalau takut boleh balik fikir dulu dan dapatkan kekuatan. Consultation adalah percuma. Masa inilah dia akan bagitahu bahawa mata kita sesuai atau tidak. Konsepnya adalah ketebalan mata kita mestilah cukup untuk dilaser (dibakar) mengikut tahap ketinggian power kita. Korang faham tak?

Sebagai contoh macam ni. Katakan power korang rendah saja. Jadi lapisan kornea yang akan dibakar juga adalah sedikit atau nipis. So bila dah tolak dari ketebalan asal, baki tebal tu akan determine mata itu sesuai ataupun tak. Formulanya; Tebal Asal - Tebal Yang Akan Dilaser = Baki Ketebalan Kornea. Jika baki ketebalan itu lebih besar dari jumlah minima, maka mata itu selamat untuk dibedah. Sebab kalau baki ketebalan itu tak mencukupi, perkara ini akan membawa risiko kepada mata. Kornea mestilah cukup tebal untuk melindungi bahagian dalam mata.

Bila dah check, mata gua cun. Mata bini gua pula masalah sikit sebab power dia lebih 500. Maka jumlah kornea yang akan dilaser juga tebal. Tapi disebabkan kornea dia cukup tebal, insya-Allah tak ada masalah untuk meneruskan dengan prosedur biasa. Jika tidak, ada cara lain untuk menyelesaikan masalah tersebut iaitu membuat pembedahan Lasek. Lasek ini kata beliau, mereka akan meminimakan jumlah ketebalan yang akan dilaser tetapi hasil tetap cun juga. So Lasek ni sesuai untuk orang yang power tinggi tapi tebal tak cukup. Cuma kalau memang jenis kornea nipis sangat, memang diorang takkan teruskan surgery tersebut. By the way, klinik ni offer lifetime waranty iaitu kalau jadi rabun semula kita boleh lagi buat surgery di situ secara percuma dengan syarat klinik masih wujud dan tebal kornea mencukupi.

Dari sesi itu gua pun fahamlah kenapa di klinik lain kos lasik lebih mahal. Ini kerana peralatan dan teknologi yang digunakan adalah lebih moden. Bezanya adalah di klinik ini, mereka menggunakan kaedah tradisional microkeratome lasik iaitu dengan cara memotong kornea menggunakan blade. Di klinik lain, mereka gunakan laser untuk memotong kornea bagi membuat flap atau bukaan pada mata. Pada asasnya konsep yang digunakan sama saja iaitu; 1. memotong kornea untuk membuat flap (bukaan) 2. membakar, menipiskan dan membentuk semula tisu kornea menggunakan laser 3. menutup semula flap tadi dan tadaaa siap! Bezanya memotong menggunakan blade atau laser saja. (Kalau gua tak salahlah)

Selepas sesi penerangan, kitorang pun decided nak meneruskan prosedur yang selanjutnya sebab memang dah confirm nak buat. So proses ini dinamakan dilation. Ubat tetes diletakkan ke dalam mata untuk mengembangkannya. Waktu ini mata mungkin akan jadi blur dan sesnsitif kepada cahaya. So prepare Ray-Ban siap-siap ye. Masa itulah kitorang diperkenalkan dengan Dr. Yeoh. Doktor akan check mata kita punya pressure, saiz, keadaan dan sebagainya. Dr. Yeoh ni sangat mesra dan cakap punyalah laju dalam bahasa Inggeris. Mujur gua faham apa yang dia cakap. Time tu dia kata dia puji dan respek gua pasal sudah berkahwin, berumah tangga, ada komitmen dan ada anak di usia muda sebegini tatkala dia masih menghadap buku dan belajar di usia yang sama. Gua senyum simpul. (Or maybe ini cuma ayat PR. Haha!)

Kali ni cajnya adalam RM 80 sahaja. Selesai check, kitorang pun set tarikh appointment yang seterusnya iaitu untuk surgery. Surgery untuk lasik hanya dibuat pada hari Jumaat saja. Untuk booking surgery perlu bayar deposit RM 300. Jumlah ni akan ditolak dari jumlah RM 2,888 nanti. Asalnya kitorang set pada hari Jumaat minggu depannya. Tapi selepas meeting gua di-postpone dari hari Rabu ke hari Khamis, gua fikir alang-alang baik terus operate saja minggu tersebut. So pinda balik tarikh untuk buat surgery pada hari Jumaat minggu yang sama.

Untuk surgery hari Jumaat tu, kitorang book hotel sebaris dengan klinik tersebut, Hotel Sovotel namanya. Hotel bajet tapi sangat berbaloi dan highly recommended. Hotel baru. Puas hati pasal ada foot massager kat dalam bilik, dekat dengan klinik (walking distance) dan strategik pasal tempat makan pun sebelah je. So kalau korang nak buat lasik juga nanti tapi datang dari jauh, duduk je hotel ni. Normal rate RM 120 semalaman. Tapi kitorang main trick dalam online booking, dapatlah RM 76 semalaman. Berbaloi! Masjid pun dekat situ saja.

Hari Surgery
So operation kitorang di-set pada pukul 2 petang. Tapi kena datang awal sikit sebab nak kena buat final check. Disebabkan masih dalam permusafiran, gua jamakkan saja Zohor dan Asar pada hari tu sebab gua fikir lepas operate gua nak berehat sampai ke malam. So usai solat, kitorang pun bergerak ke klinik.

Memandangkan kitorang berdua buat lasik serentak, Nu'man ni merupakan cabaran utama. Time operate siapa nak jaga, lepas operate siapa nak jaga. Tapi alhamdulillah, Allah SWT mudahkan. Hari tu Nu'man bagi kerjasama dengan baik. En Amirul yang consult kitorang hari tu ditugaskan bermain dengan Nu'man. Nu'man pun oke saja. Actually klinik ni oke sangat sebab sangat mesra pelanggan.

Sambung balik kisah operate, kitorang buat final check-up untuk dapatkan power yang sebenar-benarnya. Dah selesai, get ready-lah nak masuk operation theatre (OT). By the way sebelum tu kena isi borang waiver dulu. OT terletak di tingkat atas. Tingkat atas tu suasana romantik sikit pasal lampu suram je. Mungkin sengaja buat macam tu tak nak mata terdedah kepada cahaya yang banyak. Lepas operate kan mata akan jadi sensitif sikit.

Lepas dipakaikan surgical gown dan cap, ubat diteteskan lagi ke dalam mata. Tunggulah sampai nama dipanggil. Sepanjang menunggu dari mula-mula sampai klinik sampailah waktu tu, gua tengok seorang demi seorang patient keluar dari bilik pakai spek mata hitam. Memang ramai yang operate mata setiap minggu. Tak hairanlah orang memang yakin dengan kredibiliti klinik tersebut.

Bila nama dipanggil, gua pun masuklah ke dalam OT. Bini gua dah siap awal dah pasal dia masuk dulu. By the way untuk orang perempuan dinasihatkan pakai inner neck sebab biasanya nanti kena buka tudung. Tapi bini gua tak kena buka pula tudung hari tu. Mungkin respect kot. Just pastikan tudung yang dipakai tak menggangu prosedur.



Oke, proses surgery sama saja macam dalam video Youtube tu. Kalau tengok video tu, sekejap saja masa yang diambil untuk proses operation dilakukan bagi kedua-dua belah mata. Cuma dalam video tu korang tak adalah bau hangit terbakar macam yang gua bau masa tengah operate tu.

Macam gua cerita di atas, mula-mula dia letak spring untuk tahan kelopak mata kita. Kemudian dia letak alat pemotong microkeratome tu kat mata kita untuk memotong kornea. Lepas dah potong, dia akan buat bukaan flap. Kemudian laser digunakan untuk membakar tisu dan membentuk semula kornea. Kemudian flap ditutup semula dan akan bercantum sendiri sehingga sembuh. Lepas operate, dia akan check mata kita perfect tak cantuman flap tadi. Bila dah tak ada masalah, bolehlah balik ke hotel untuk tidur dan berehat.

Post Surgery
Lepas surgery, mata tak adalah clear lagi. Orang panggil halo effect. Nampak objek kembang kempis saja. Bila balik bilik terus tidur. Nu'man pun tak banyak songeh dan tidur sama-sama kitorang. Bini gua je gelabah terlebih. Biasalah orang perempuan. Siap telan ubat tidur yang dibekalkan oleh klinik lagi. Tapi tak tidur-tidur juga.

Then cabarannya bermula bila gua dah tak larat nak tidur. Ubat kebas pun dah mula hilang. Masa tu nak buka mata susahlah juga sebab rasa macam pedih sikit. Bila mata dah boleh buka, air mata mengalir tak henti-henti. Mungkin mata merespons akibat benda pelik yang telah terjadi tadi. Lepas dah oke sikit, gua pergi mandi dan teteskan ubat yang diberi. Alhamdulillah mata pun dah oke sikit. Malam tu lepas solat, kitorang keluar makan kat kedai Siam di sebelah, balik-balik terus tidur.

Follow Up Day
Keesokannya dapatlah bangun awal pasal tidur pun cukup. Lepas solat tanda menyatakan kesyukuran ke hadrat Ilahi, gua pun turun ke kereta dan memandu ke masjid di situ untuk solat Subuh berjemaah. Sementara menunggu Subuh, baca Al Quran dulu. Lepas solat duduk kuliah Subuh. Ceewah! Rasa macam suci sangat seumpama bayi yang baru lahir. Heh! Memang gua niat mata baru gua ni nak jaga elok-elok. Allah SWT bagi nikmat ni dan gua masih lagi tak percaya yang gua dah boleh melihat tanpa cermin mata. Syukur sangat!

Ustaz kabor, mata yang sama inilah yang akan tengok wajah Allah SWT nanti di dalam syurga. So kena jaga baik-baik amanah ni dekat dunia.

So hari tersebut merupakan hari follow up. Hanya dibuat pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Klinik dibuka pukul 9 pagi, tapi orang dah beratur sejak awal. Kalau datang tepat pukul 9 pagi, alamatnya jadilah orang yang ke belas-belas mungkin. Semua nak jumpa doktor. Doktor pula ada seorang saja. Jumpa doktor kejap saja pun tapi nak tunggu tu punyalah lama. Jadi nasihat gua, datanglah awal untuk prosedur follow up tu kalau tak nak tunggu lama. Beratur siap-siap depan klinik. Begitu juga untuk follow up minggu depannya dan minggu yang seterusnya.

Follow up yang wajib adalah sehari selepas operate dan next week-nya. Selepas tu 6 minggu seterusnya pula (yang ni optional saja dan boleh diubah-ubah tarikhnya). Doktor akan check mata kita dah oke ke belum cantuman flap tu. Mungkin kalau korang ada tenyeh-tenyeh mata, risiko flap nak terbuka balik tu boleh terjadi. Ha ha ha! Scary tak?

Hari tu mata gua dah pulih dalam 90% kot. Dia akan buat check power mata tengok huruf kecil-kecil tu dan akan compare dengan result test mata yang pakai glasses sebelum ni. Itu benchmark dia maybe. Target dia nak bagi dapat achievement yang sama. Bini gua masih dalam 60% kot hari tu. Tapi sekarang dah oke dah alhamdulillah. Gua kata oke pasal dia tak ada komplen apa pula.

So lepas doktor check tak ada apa-apa komplikasi, kita pun bolehlah balik. Sebelum balik, dia akan bagi schedule appointment yang seterusnya. Then datanglah balik minggu depannya awal-awal pagi.

Pantang?
Pantangnya tak ada sangatlah. Cuma mata tak boleh kena air lebih kurang 3 minggu. Tak boleh kena peluh, tak boleh bersukan, berkebun dan sebagainya yang memungkinkan bendasing memasuki mata. Ini untuk mengelakkan sebarang infection kepada mata. Mula-mula tu gua rasa macam payah betul nak berwudhuk. Tapi bila dah tahu tekniknya, mudah saja.

Okelah. Gua rasa dah panjang betul entri ni dan gua pun dah penat menulis. Kalau ada apa-apa soalan yang masih musykil, boleh tanya di ruang komen di bawah. Ho ho! Sekian saja. Wassalam.

28 comments:

Macy Humaira said... [Reply]

tension pulak comment box susah nak keluar. takut2 lupa apa dibaca. hahaa

oh bdw, sangat dengki ok sebab dapat buat lasik.. berangan jugak ni.. survey2 mahal. tapi dengan harga atas ni. not bad lah. yg penting hasilnya berpadanan dan selamat serta diyakini.

Bijen M. said... [Reply]

Ha ha!
Btw, dengki juga dengan diri sendiri pasal rasa bestnya tak payah pakai spek.
Trylah!

umu6point said... [Reply]

Salam
Rasa nak syor kt suami buat juga la.. kesian tgok 24jam bercermin. Nk braktvt ckit je nk kne tukar lens...cermin pn dh bpe kli pecah n patah sbbkn keaktifan ank2.. jzklhukhoir info2 kt ats. Senang nk citer ngn suami.. :)

Bijen M. said... [Reply]

@umu6point
Alhamdulillah, rasa nikmat sangat bila dah tak pakai spek ni.
:)

Anonymous said... [Reply]

Salam... Kos utk tuan rm2880+rm80 kan.. So utk kos wife brape ye? Sebab saya difahamkan klu power yg lebih 500 tu harga dlm 4880+80...

Anonymous said... [Reply]

Salam, blh ajarkan x teknik2 wudhu tak nak bg air masuk mata after lasik

Bijen M. said... [Reply]

@Anonymous
Waalaikumussalam,
Kos untuk wife pun sama sebab decide untuk ambil surgery type yang sama.
Ada disadvantage-nya ie. malam tak berapa sharp (mengikut kata consultant) tapi insya-Allah oke je.

Fara Hanis said... [Reply]

boleh update mata encik dan mata wife encik .

hari siang dan malam vision ok ker?
silau pulak macam mana?

100% view 20/20 ke hingga ke hari ni.

Anonymous said... [Reply]

Ape teknik2 dalam pantang. Wudhuk semua tu ? Share skit.

o'saerah osin said... [Reply]

assalamualaikum...nak tau cam mana mata encik dan wife sekarang...ok tak...saya nak buat juga ni...dalam perancangan..

Bijen M. said... [Reply]

@Fara Hanis
Alhamdulillah sekarang dah 100%
Kalau ikut test 6/6 sebab dia test 6 row kecil yang terakhir.
Bila memandu malam pun tak ada masalah.

Saya pernah try pakai spek mata pinhole tu satu ketika masa lepas operate sebab konon nak exercise mata.
Lepas pakai tu vision jadi blur sikit, terus saya risau.
Tapi lepas 2-3 hari dah normal balik.
Saya tak sure disebabkan spek pinhole tu atau apa.

Bijen M. said... [Reply]

@Anonymous
Aaa susah nak terang.
Kena lalui sendiri baru tahu.
Cuma secara normalnya, air susah nak masuk ke dalam mata.
Kita je yang risau lebih-lebih.

Bijen M. said... [Reply]

@o'saerah osin
Waalaikumussalam.
Sekarang alhamdulillah tak ada masalah.
Cuma kakak ipar saya baru buat hari tu dan satu mata dia ada masalah sikit iaitu simptom 'sands of sahara'.
Try Google pasal tu.

Tapi benda ni rare case dan mengikut doktor last dia jumpa kes sebegini 4-5 tahun yang lalu.
Benda tu juga bergantung atas individu itu sendiri dan boleh diubati insyaAllah.

Safinas Ishak said... [Reply]

Salam Encik.. Dulu sy penah pg ye laa time tu rasa 2888 mcm nk buat terus je.. tp bila check up consultant tu advise saya untuk buat yg 4888 tu sebab power 500+ sebab yang tu lebih baik dia kata.. Pas tu sy pun agak keciwa sbb budget mmg dh save utk 2888 kn kumpul lagi la mcm tu.. Tapi lepas baca encik punya note ni haa berbunga pulak rasa wife encik so far dia amik 2888 tu siang nmpk clear kan?? malam pulakk?? waktu check tu kalau kita pilih yg 2888 consultant takde kata apa2 ke doktor bagi ke? time sy ari tu consultant beriya suruh buat 4888 punya.. aduh excited sggh nak tau ni.. Harap encik reply ye pertanyaan sy.. terima kasih

Bijen M. said... [Reply]

@Safinas Ishak
Salam.
Senang cerita, camni.
2,888 - Must have
4,888 - Nice to have

Wife oke so far.
Kitorang selalu travel drive malam.
Alhamdulillah tak ada masalah.
Mata wife saya 700+.

Shukry Yeoh said... [Reply]

kalau mcm saya ni power 2000 utk sebelah mata boleh buat ke?

amirul nadiuzzaman a nasruddin said... [Reply]

@Anonymous
#pembetulan
Rm5588+80=5668 speasang mata.

Bijen M. said... [Reply]

@Shukry Yeoh
Wahh!
Power 2000 boleh try discuss dengan consultant kot.
Tak berani nak cakap.
He he.

Bijen M. said... [Reply]

@amirul nadiuzzaman a nasruddin
Wahh!
Consultant sudah datang. :D

eika said... [Reply]

Teringin sgt nak buat..tapi survey2 stkt ni semua mahal..x mampu je rasa..sbb power mcm dah naik..1st pakai sek since drjh 2..time tu dah kne 200+..makin lama,makin naik n skrg cecah 800 dah..tapi x brani nk tukar power speck..sbb takut makin naik..macam2 dah ikhtiar..supplements,eye drop dll..smp tahap dah fed up..tp bile borak dgn kwn yg da buat lasik,n dy ckp ade je tmpt yg murah etc,ikhtiar la cari..tu terjumpa entri anda..tq a lot 4 sharing..

Safinas Ishak said... [Reply]

Terima kasih atas respon.. insyallah ada rezeki harus buat.. tp time nk operate tu ada seriau la hehe

Anonymous said... [Reply]

kt sini boleh bayar secara ansuran tak?, hehehe

Bijen M. said... [Reply]

@eika
Selamat mencuba! :)

Bijen M. said... [Reply]

@Safinas Ishak
Tenang je.
Tak ada apa insyaAllah. :)

Bijen M. said... [Reply]

@Anonymous
Boleh bincang dengan bos kat situ.

Anonymous said... [Reply]

@safinas ishak
Saya pun pernah pergi n check mata.consultant kat situ pun cakp yg sama kat sya utk amik yg rm5668 tu psl power mta saya 650 . sbb katanya nak laser rabun mata kita tinggi lebih baik amik yg pkej tu.. Kira2 balik la ni.. Now decidecbez x kurang rm2k dr prof muhaya.. Kena pikir balik ni

belle said... [Reply]

@Anonymous
@safinas ishak

Persoalan yg sama dgn saya sbb consultant recommend utk yg pakej custom, tapi bila consult dgn doc, doc cakap " it is NOT a "MUST" but recommended".
Sekarang tengah survey samada nak proceed standard or custom.

@Bijen M
Your wife before surgery silau malam tinggi tak?
After surgery, "halo" effect tu bertambah dari before surgery atau hampir tiada effect? Saya rasa ramai yg kes seperti kami, appreciate if your wife boleh share pengalaman dia :)

Bijen M. said... [Reply]

@belle

Wife: Before surgery power 600++ tp silau rendah. Time check up, eye examiner advice buat yg biasa je, memandangkan faktor pekerjaan tak byk menggunakan mata pada waktu malam. Dia juga ada explain penglihatan malam kabur sikit compare to siang. Lepas operation dlm 1-2 month mata da dpt 6/6 dan Allhamdulillah smpai skrg msih maintain. Dan malam mmg tak seterang siang tp get used to it dan boleh drive malam mcm biasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...