17.11.15

Rumusan - Love & Money dan SUPER 2015

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana bagi gua kesempatan untuk habiskan masa hujung minggu dengan sangat produktif walaupun nampak macam banyak kekangan di awalnya.

(NS: Kalau lu orang nak terus baca poin penting, terus scroll ke bawah sampai jumpa poin bernombor. Kalau tak, teruskanlah membaca bebelan gua)

Sebelum Subuh Jumaat gua gerak dari Kerteh dengan perancangan rapi sebab jalan LPT - Karak - KL seperti yang kita sedia maklum ditutup akibat tanah runtuh yang berlaku hari sebelumnya. Target gua adalah nak dapat jalan sesingkat mungkin regardless masa yang diambil sebab tak rushing sangat pun.

So gua disregard nasihat dari pihak LPT untuk keluar di Karak melalui jalan Pelangai - Kuala Kelawang - Seremban - KL yang sepatutnya mengambil masa lebih kurang 6 jam dan 500 kilometer lebih mengikut kaedah kiraan Google Maps (dah macam balik PB). Be different!

Akhirnya paling jauh gua boleh pergi dengan menelusuri LPT adalah sampai ke Bentong dan menunggu jalan alternatif FT68 dibuka pada pukul 11 pagi. So masa yang ada gua gunakan untuk on laptop dan siapkan kerja yang masih berbaki. Sambil menunggu tu gua tengok banyak kenderaan yang berputus asa dan tak yakin nak menanti sampai ke pukul 11 pagi lalu beredarlah mereka untuk mengikut jalan yang jauh seperti di atas.

Keadaan di atas mengingatkan gua kepada analogi Pakdi masa SUPER hari tu. Cerita pasal engineer O&G tak boleh nak masuk syurga pasal kuota dah penuh. Engineer tu minta izin untuk buat pengumuman kepada ahli syurga bahawa kat neraka ada banyak oil reserve untuk di-explore. Maka semua engineer dalam syurga tu terus berlari pergi ke neraka sampai kosong syurga (tamak). Lalu malaikat pun offer kepada engineer tadi untuk masuk syurga sebab syurga dah kosong. Bila dia nak masuk, dia pun terfikir entah-entah memang ada oil reserve kat sana lalu di pun turut pergi ke neraka juga.


Tepat jam 11 pagi, jalan pun dibuka seperti yang dijanjikan. Gua amat  berpuas hati dengan penantian tersebut sebab masa yang diambil untuk melalui jalan itu hanya kira-kira 30 hingga 45 minit lalu dapat terus tembus balik ke highway di kawasan perkampungan Cina Bukit Tinggi sebelum R&R Genting Sempah. Then sampai KL lebih kurang 12 lebih. Walaupun nak tunggu jalan alternatif tersebut dibuka kepada laluan agak lama, gua sempatlah siapkan kerja yang tertangguh sambil-sambil menunggu. Sangat produktif!

Alang-alang dah di KL dan tak ada apa nak buat hari tu, tiba-tiba terfikir baik gua settle-kan urusan tandatangan dokumen pindah milik 14A dan gadaian 16A beli rumah dekat pejabat tanah. Gua cuba nasib tanya lawyer boleh tak buat di pejabat tanah negeri lain. Dia kata boleh, so lepas solat Jumaat selesai gua terus standby depan bilik penyaksian Pejabat Tanah KL. For info, borang 14A dan 16A boleh saja di-sign oleh lawyer dan tak perlu susah-susah ke pejabat tanah. Cuma bila tanah rizab Melayu, kenalah disaksikan oleh Pegawai Pentadbir Tanah. Lepas selesai urusan di pejabat tanah, gua pergi sign akuan sumpah pula dekat Pesuruhjaya Sumpah di Bangunan Loke Yew. Finally, alhamdulillah semua urusan dipermudahkan pada hari itu.


Oke selesai kisah pasal perjalanan, sign dokumen rumah dan segala bagai. Keesokannya gua dengan bini pun proceed-lah menghadiri seminar Love & Money yang diadakan di UIA. Event organized by UNRIBA dan student UIA Kulliyah of Economics & Management Sciences (KENMS). Actually gua tak expect much from this session sebab bila tengok tentatif yang baru dikirim oleh organizer sehari sebelum hari kejadian, macam biasa-biasa saja. Siap boleh fikir lagi plan lain in case kalau tak jadi nak pergi session tu. Tapi akhirnya gua cuba bersikap positif dan kuatkan niat untuk cari ilmu. Guess what, that session sangat-sangat berbaloi and exceeded my expectation. Good job to the organizer and presenters. Banyak ilmu baru dapat hari tu dan kenal orang baru juga.



The next day pula attend Simposium Pengurusan Ringgit SUPER 2015 di Menara Yayasan Tun Razak. Participant sangat ramai lebih kurang 1,100 orang peserta. Sesi dari pagi sampai ke petang sangatlah berbaloi dari bermacam-macam speaker. Berbaloi cuti weekend dan leave gua minggu ni. So, for those yang tak berkesempatan untuk menghadiri kedua-dua program berkenaan, di bawah adalah rumusan yang dapat gua simpulkan secara umum. Untuk lebih detail dan spesifik, boleh PM atau ajak gua ngeteh-ngeteh sambil berbicara masa depan diri dan negara.

1. Lebih kurang 400 ribu orang sedang menganggur ketika ini di Malaysia. 40% daripadanya adalah daripada kalangan graduan segar berumur lingkungan 20-24 tahun (Gen Y) sedangkan pekerjaan yang ditawarkan adalah terhad.

2. Mindset para graduan untuk mencari pekerjaan dan makan gaji selepas tamat belajar is too mainstream. Hanya segelintir yang berfikiran sebaliknya. Tak kata salah untuk bekerja makan gaji dan tak kata betul bekerja sendiri, tapi selalunya golongan 10% inilah yang menjadi innovator, entrepreneur dan sebagainya. Manakala 90% lagi tetap terus menjadi konsumer.

3. Budaya konsumerisme sedikit sebanyak mengganggu fokus kita untuk beribadah kepada Allah SWT.

4. Tak ada masalah jika tidak mendapat pekerjaan usai tamat belajar. Anda boleh mulakan perniagaan sendiri. Boleh mula belajar menternak binatang, meniaga, mulakan bisnes online, butik dan sebagainya. Bandingkan di mana anda berada dengan rakan anda yang makan gaji 10-20 tahun dari sekarang.

5. Bila lebih ramai membuat keputusan untuk jadi golongan 10% seperti di atas, anda sebenarnya telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk orang lain. Tak kisah jika anda bermula dengan beberapa orang untuk memulakan start up business. Jika anda bermula dengan 3 orang, anda sebenarnya telah membuka 3 peluang pekerjaan baru. Banyak syarikat besar yang berjaya hari ini bermula dengan seorang dua inventer and innovator saja.

6. Kekayaan bukanlah definisi kejayaan dan kebahagiaan (sa'adah). Kebahagiaan hakiki adalah apabila kita berjaya patuh terhadap apa jua suruhan dan larangan Allah SWT.

7. Cara kanak-kanak mengeja 'LOVE' adalah dengan huruf T.I.M.E.

8. Jangan takut untuk buat anak sebab takut tak cukup makan/duit. Anak bawa rezeki untuk kita. Kita sebenarnya menumpang rezeki anak-anak.

9. Nak buat apapun, yang paling penting adalah ilmu. Dari ilmu mencari duit hinggalah ilmu membuat keputusan berlandaskan syarak. Mereka yang beriman dan berilmu akan membuat keputusan yang terbaik untuk mencapai kabahagiaannya.

10. Fikirkan untuk create value kepada orang lain. Nabi SAW bagitahu agar jadi orang yang paling bermanfaat untuk orang lain. Ciri orang yang bermanfaat adalah:
  • Dapat bagi makan orang yang lapar
  • Dapat bantu orang lunaskan hutang

11. Ilmu terbahagi kepada dua; ilmu fardhu ain yang wajib dipelajari dan fardhu kifayah (specific skill) yang kita pelajari di universiti dan sebagainya. Bila dah habis belajar, kerjalah untuk serve the community dan bukan sekadar mengumpul material untuk diri sendiri. Itulah sebenarnya tanggungjawab 'fardhu kifayah' untuk ummah.

12. Fokus kepada target anda. Don't get distracted dengan banyak-banyak benda kita nak buat. Buat satu demi satu. Contoh orang baru habis belajar yang dilema untuk sambung belajar separuh masa, bekerja makan gaji dan dalam masa yang sama nak buka consultancy sendiri. Penyelesaian - habis belajar terus bekerja untuk cari pengalaman. Kemudian fokus untuk buka syarikat sendiri. Bila dah stabil, biar orang lain jaga dan teruskan dengan impian-impian lain seperti sambung belajar dan sebagainya.

13. Paling penting sekali, hati-hati dengan riba.

14. Punca utama golongan muda muflis adalah membeli kereta.

Dan banyak lagi yang gua tak mampu nak tuliskan semuanya. Untuk lebih details boleh sama-sama ngeteh kalau ada masa insya-Allah. Atau korang maybe ada poin nak tambah di ruang komen. Atau hari tu tak sempat nak bertegur sapa, bolehlah tegur ya.

Akhir kata, ada 73 golongan atas dunia dan yang masuk syurga cuma 1. Merekalah orang yang 'sedikit' yang berjaya. Siapa mereka yang sedikit itu? Merekalah golongan yang memikirkan 72 golongan lain agar dapat sama-sama berjaya.

Wallahu'alam.

2 comments:

Anonymous said... [Reply]

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana bagi gua kesempatan untuk habiskan masa hujung minggu dengan sangat produktif walaupun nampak macam banyak kekangan di awalnya.

Egg Head said... [Reply]

Jom ngeteh? Bole kan.....hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...