23.11.15

Menggandakan Kualiti Ibadah



Perasan tak bookmark sticker dekat lantai dalam gambar tu? Agak-agak tu tanda apa? Common sense-lah kan tu tanda arah kiblat. Tapi berapa ramai yang dah buat?

Gua perasan, bila setiap kali nak solat (sunat) di rumah, mesti tak ada kedudukan arah yang tetap. Hari ni senget kiri, esok pula senget kanan sikit. So gua ambil inisiatif untuk buat tanda tersebut menggunakan bookmark sticker dan selofan tape di beberapa tempat strategik di rumah supaya ada tanda arah yang tetap. Maka solat pun dah tak ada rasa was-was lagi. Tetamu yang datang pun senang.


Berpandukan garis tanda yang dibuat semasa istiwa a'zam dulu, gua bandingkan dengan kompas dan buat tanda di lantai setiap bilik. Apa yang mengejutkan, rupanya kadar senget bagi setiap bilik boleh jadi berbeza. Mungkin kita tak sedar dinding rumah kita sebenarnya tak mempunyai darjah yang sama kiri kanan depan belakang sebab kita tak pernah tengok dari pandangan atas. So anggapan kita terhadap arah kiblat selama ni boleh jadi tidak tepat.

Seorang kawan bagitahu, di Malaysia, kadar tolerate adalah dalam 4 darjah kiri dan kanan. Kalau lebih dari kadar tersebut, besar kemungkinan kita dah tak menghadap ke arah kiblat yang tepat. Wallahu'alam.

Jadi terpulang jika masih mahu ikut rasa hati dalam menentukan hala sejadah atau tetapkan satu tanda arah menggunakan kompas. Cumanya, rasa hati tidaklah boleh dijadikan jawapan yang kukuh dihadapan Allah SWT di sana nanti bilamana Allah SWT dah sediakan ilmu untuk cari arah kiblat yang tepat.

Kalau ada yang dah buat, bolehlah share pengalaman dan perasaan anda (with having that) untuk bagi inspirasi kepada yang lain. Kita menggandakan kualiti ibadah dengan membuat keputusan yang firm. Share saham sama-sama insyaAllah.

1 comments:

Anonymous said... [Reply]

Perasan tak bookmark sticker dekat lantai dalam gambar tu? Agak-agak tu tanda apa? Common sense-lah kan tu tanda arah kiblat. Tapi berapa ramai yang dah buat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...