29.11.15

Khitan budak kecil



Salam dan selamat malam. Kali ni gua nak kongsi cerita pasal berkhitan bayi atau kanak-kanak especially yang lelaki. Actually gua dah share ni kat Facebook sebelum ni. Cuma gua post balik di sini (dengan sedikit tambahan) supaya tersimpan dalam arkib dengan selamat insyaAllah.

Baiklah! Seperti yang kita ketahui sunnah berkhitan adalah pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Gua pun ada pasang azam nak amal sebaik mungkin segala sunnah yang berkaitan dengan awal kelahiran. Alhamdulillah, Nu'man dapat diazan dan diiqamatkan seawal mungkin, dibacakan doa, dan ditahnikkan. Pada hari ketujuh pula dia diberi nama, diaqiqahkan dengan kambing, dicukur kepalanya, rambutnya ditimbang dan disedekahkan wang dengan kadaran emas bagi berat rambut tersebut. Cumanya tak sempat buat part berkhitan saja.

"Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya, disembelih di hari ketujuh, diberi nama, dan dicukur kepalanya."
(HR Nasai 4149, Abu Daud 2837, Tirmizi 1522)

“Terdapat tujuh perkara yang termasuk sunnah dilakukan bayi pada hari ketujuh: Diberi nama, dikhitan,….”
(HR Thabrani)

“Fatimah melaksanakan aqiqah anaknya pada hari ketujuh. Beliau juga mengkhitan dan mencukur rambutnya serta mensedakahkan perak seberat timbangan rambutnya.”
(HR Ibnu Abi Syaibah)

Asal-asalnya selepas Nu'man lahir, masa nak discaj dari wad tu gua ada juga tanya nurse di situ pasal nak khitankan Nu'man. Masa tu jawapan yang diberikan sangatlah tak meng-encourage-kan langsung. Dia kata nanti dah besar esok takut benda tu (kulup) tumbuh balik. Bila dah tumbuh balik, nanti kenalah sunat semula.

Dengar saja dia cakap macam tu, gua pun terus patah semangat nak khitankan Nu'man. Lagipun semangat gua nak khitankan tu tak adalah berkobar-kobar sangat. So last-last gua pun terus melupakan hasrat dan tak fikir-fikir dah semenjak dari tu.

Nak jadi cerita lepas saja umur Nu'man nak dekat setahun, gua saja open topik ni dengan satu orang ustaz. Dia kata memang tak ada masalah pun khitan waktu kecil. Dia cerita budaya di Yaman, bayi-bayi di sana memang dikhitankan sejak lahir. Cara khitan pun cara tradisional saja. Caranya adalah kulup dililit dengan benang dan disentap hingga daging tersebut putus. Baby memang menjerit awal-awal namun lepas 2-3 hari dah baik. Baby pun tak ada masalah nak fikir pantang makan bagai pasal dia hanya minum susu ibu.

Ustaz tambah lagi, banyak masalah sosial yang berlaku sekarang adalah kerana mak bapak tak ambil peduli pasal khitan terutamanya khitan anak perempuan. Orang perempuan ni kalau dia tak berkhitan, nafsu dia jadi lain macam sikit. Sebab tu dipotong sedikit bahagian tu supaya nafsunya berpada-pada. Bayangkan kalau orang perempuan ni nafsu macam nafsu kuda, suami dia boleh jadi tak cukup seorang. Tengok saja contoh orang-orang di Barat sana. Jadi sebenarnya banyak kebaikan berkhitan ni untuk anak-anak tak kira laki ataupun perempuan. Dan sekarang di Barat pun sudah banyak baby yang baru lahir terus saja dikhitankan. Tak percaya tengok Youtube.

Sejak dengar cerita ustaz tu, gua pun bersemangat balik nak khitankan Nu'man dan buat research semula perihal berkhitan ni. Rupa-rupanya di KL memang dah banyak hospital yang buat khitan bayi lelaki.

Gua pun mesyuarat dengan bini pasal nak khitankan Nu'man. Hasil research kitorang mendapati ada banyak method yang digunakan untuk khitankan bebudak ni. Antara yang kitorang survey adalah sunathrone (kaedah clamp), konvensional (jahit macam biasa), sutureless circumcision (glue), plastibell dan lain-lain. Harga bagi setiap method pun berbeza. Harga juga boleh jadi berbeza mengikut umur bayi.

Untuk bayi yang below 3-6 months, masih banyak lagi hospital yang accept. Sebabnya adalah mudah nak handle. Harga pun murah sebab tak banyak pakai bius. Biasanya harga jadi mahal sebab bius (anesthetic) tu. Kalau bayi kecil lagi, hanya perlu bius di bebird saja. So murahlah. Kalau dah besar sikit, kena bius sampai pengsan. Kalau tak, nanti buas tak ingat. So jadilah harganya mahal walaupun method yang digunakan sama saja.

Lastly, kitorang decide untuk guna kaedah sutureless circumcision yang pakai tissue glue selepas menjalankan survey. Actually mana-mana method pun ada pro and cons. So, depend on koranglah nak pakai yang mana satu. Ada beberapa tempat yang offer sutureless circumcision ni dan finally kitorang decided nak buat di Hospital Pakar An-Nur Bangi. Better offer maybe. Sebab Nu'man dah setahun lebih, dia perlu dibius sampai pengsan. Mula-mula hospital kata charges tak lebih RM 2k (actual cost kena RM 3k++). Apapun semua tu dah dicover under medical coverage company so alhamudulillah kitorang tak perlu keluar duit pun. Kalau korang ada medical card, trylah check tengok ada cover tak untuk berkhitan. Ni kira operation biasa, bukan plastic surgery.

For info, Kalau baby below 6 months atau tak pandai merangkak atau meniarap lagi maybe boleh dapat harga around RM 300 - RM 500 kot.

Finally, post circumcision anak gua tak ada masalah sangat. Lepas 2-3 jam melepak, kitorang dah bagi dia pakai lampin sebab kitorang nak travel balik kampung masa tu. Bila sampai kampung, dia happy semacam saja main-main, lompat-lompat. Keesokkannya pun dah aktif balik macam biasa. Cuma maybe dia rasa ngilu atau geli sikit kot kadang-kadang pasal dah tak ada kulup yang melindungi kepala bebird.

So our recommendation, time nak survey hospital nak bersalin nanti surveylah sekali pasal khitan. Ada yang boleh buat terus. Kalau tak ada, boleh buat dengan hospital lain bila dah cukup 7 hari. Boleh amal sunnah.

Dan satu lagi buatlah cepat-cepat, jangan tunggu bila dah besar. Below 3-6 months tu okelah. Kos murah, senang nak jaga dan tak banyak meragam.

For further info, bolehlah roger. Sekian!

6 comments:

Anonymous said... [Reply]

Salam dan selamat malam. Kali ni gua nak kongsi cerita pasal berkhitan bayi atau kanak-kanak especially yang lelaki. Actually gua dah share ni kat Facebook sebelum ni. Cuma gua post balik di sini (dengan sedikit tambahan) supaya tersimpan dalam arkib dengan selamat insyaAllah.

Suria Lekatlekit said... [Reply]

saya anak perempuan sunat masa umur 4 bulan guna khidmat bidan kampung je. takde apa2 side effect. lepas sunat tu terus ok.. takde apa2 masalah.

shameel Iskandar said... [Reply]

Saya dulu bersunat masa cuti darjah enam. Hehehe.

shameel Iskandar said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Bijen M. said... [Reply]

@Suria Lekatlekit
Anak perempuan memang biasa orang buat time kecil.
Anak lelaki yang jarang-jarang orang buat.

Bijen M. said... [Reply]

@shameel Iskandar
Samalah kita.
He he! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...