20.11.15

Current Project - DIY Asmaul Husna Wall Poster


Orang kata tak kenal maka tak cinta. Disebabkan kepentingan mengetahui dan menjiwai nama-nama Ismul A'zam Allah SWT yang mulia, gua pun fikir untuk buat poster ni.

Poster ini dibuat dalam dwibahasa beserta dengan tulisan Arab. Tulisan Arab bertujuan supaya jadi biasa dengan wording Arab. Bahasa Inggeris supaya dapat improve vocab. Bahasa Melayu pula supaya lebih bagi kesan dalam hati. Poster pula warna-warni pelangi supaya nak bagi impak ceria. Dibuat untuk diri sendiri sebenarnya.

Ismul A'zam gunanya dalam berdoa. Selalu kita guna Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Zal Jalali Wal Ikram ye dak. Tapi banyak lagi nama-nama Allah yang boleh kita guna untuk fit-kan dengan situasi. Bila kita approach Allah SWT dengan nama yang sesuai, lebih gembira Allah SWT nak dengar doa kita. Macam kita address oranglah, kalau nak minta tolong mesti kita tambah sikit 'Yang Rajin' di belakang tu misalnya. Orang tu pun gembira nak tolong kita.

Selain tu juga, bila tampal di dinding sekeliling rumah, harapannya semoga semua ahli rumah pun dapat menjaga adab tatasusila dalam rumah. Rasa macam Allah SWT tu ada sekeliling kita.Tak ada lagi nak jerit melalak sana-sini. Tak ada nak biar anak-anak telanjang berlari-lari main di ruang tamu. Tak ada nak tengok cerita-cerita tak senonoh di TV bila tengok kat dinding ada nama Allah SWT tambah-tambah bila kena pula nama Allah Yang Maha Melihat. Perasaan adab dan hormat ni contohnya sama macam kita tak akan melunjur kaki ke arah Al Quran atau kitab-kitab agama, macam tulah perasaan hormat dan beradab dalam diri harapnya muncul.

So projek pun dah selesai. Now peringkat implementation. Doakan semoga misi ini berjaya. Kalau lu orang nak template ni free nak buat sendiri kat rumah, boleh klik sini untuk muat turun. Or kalau malas, insyaAllah gua boleh tolong buatkan dari printingnya, cuttingnya, laminating, gluing A-Z siap pos tinggal lu orang tampal saja dekat dinding (of course tanpa watermark). Caranya:

SMS/Whatsapp - <Order Asmaul Husna> <Nama anda> dan hantar ke 019 229 1320 / 019 522 1320.
InsyaAllah, anda akan dihubungi untuk langkah seterusnya.

Update 24.11.15:
Kami masih lagi berusaha mencari opsyen terbaik untuk meminimakan kos produksi. Setakat ini, jika anda ingin mendapatkan poster Asmaul Husna (100 keping bersaiz A5) terus sampai ke rumah anda, harga yang kami boleh tawarkan adalah serendah RM 69 sahaja. Boleh COD atau postage (+ RM 9). Jika berminat sila hubungi kami di nombor yang tertera di atas atau klik sini untuk lebih lanjut.

Mudah-mudahan bermanfaat.

‪#‎notasiku‬ #‎diy‬ ‪#‎asmaulhusna‬ ‪#‎walldecoration‬

1 comments:

Anonymous said... [Reply]

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Disebabkan kepentingan mengetahui dan menjiwai nama-nama Ismul A'zam Allah SWT yang mulia, gua pun fikir untuk buat poster ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...