12.10.15

Dilema Mak Bapak - Vaksin atau tak?

Zaman kini mak bapak semakin concerns dengan keperluan anak-anak. Seiring dengan kepintaran dan kebijakan (baca: smart) mereka, masing-masing mahu mencari yang terbaik untuk anak-anak. Dari set bersalin jamu vs modenlah, breastfeeding-lah, EBM-lah, susu kambing susu lembulah, baby wearing-lah, tak mahu guna baby walker-lah dan macam-macam lagilah. Sampai kadang-kadang kalau tak ada persefahaman yang baik boleh bawa gaduh woh.

Dan ada juga dilema mak bapak zaman bijak ini tentang nak vaksin atau tak. Wujud dua golongan iaitu golongan yang mahu mengambil imunisasi vaksin dan ada satu lagi golongan anti-vaksin. Ada beberapa kawan tanya nak vaksin ke tak baby dia. Gua jawab, terpulang kepada mak bapak tu sendiri. Selalu gua cakap kalau both laki bini dah study masak-masak dan yakin untuk tidak cucuk vaksin, bismillah dan teruskanlah dengan niat tu. Tapi andai kata salah seorang tak bersetuju, ikutlah pandangan majoriti iaitu ambillah vaksin untuk anak.

Yang paling penting bukan cucuk atau tak, tapi persefahaman antara kedua laki dan bini. Tak mahu nanti bila terjadi apa-apa di hari kemudian, saling salah-menyalahkan pula. Tak membantu menyelesaikan masalah langsung.

Yang tak cucuk, ketahuilah cabaran dan dugaan menjadi minoriti diluar sana memang mencabar. Ada doktor yang selalu post status – Dulu tak cucuk, bila dah sakit baru nak cari doktor. Laki bini kenalah saling kuat-menguatkan antara satu sama lain. Jaga hubungan dengan Allah SWT, solat hajat, sedekah dan jaga amalan-amalan lain sentiasa. Mudah-mudahan dihindarkan dari perkara tak diingini atau bila berlaku musibah, diberi kekuatan, kesembuhan dan dihindarkan dari fitnah.

Yang buat keputusan untuk cucuk pun tak ada masalah. Mungkin ada yang kata vaksin ni ada porcine dan sebagainya. Dalam makanan seharian kita pun sukar nak elak perkara-perkara tersebut melainkan orang yang betul-betul jaga pemakanannya. Mudah-mudahan Allah SWT ampunkan kita dengan apa yang kita tak tahu. Tak semestinya ada benda haram (yang tak disengajakan) dalam badan, tak boleh jadi orang yang baik dan soleh.

Kalau tanya anak gua cucuk ke tak, gua jawab anak gua cucuk. Sebab? Seperti jawapan di atas, terpaksa mengikut pandangan majoriti. Heh!

Sekian!

5 comments:

Anonymous said... [Reply]

Zaman kini mak bapak semakin concerns dengan keperluan anak-anak. Seiring dengan kepintaran dan kebijakan (baca: smart) mereka, masing-masing mahu mencari yang terbaik untuk anak-anak. Dari set bersalin jamu vs modenlah, breastfeeding-lah, EBM-lah, susu kambing susu lembulah, baby wearing-lah, tak mahu guna baby walker-lah dan macam-macam lagilah. Sampai kadang-kadang kalau tak ada persefahaman yang baik boleh bawa gaduh woh.

Macy Humaira said... [Reply]

Hmm haritu ada terbaca pasal anak sakit apa entah. Mak dia bagi hemopati je bukan vaksin. Betul ke tak tak tahu..

Pisey said... [Reply]

Nak buat apa pun asal tak susahkan orang tak apa. Atau nak sebar info jangan sampai buat bergaduh, timbul fitnah etc. Zaman sekarang benda macam ni semua dah tak ambil pusing.

I like how you put it. Dah setuju sama suami isteri untuk satu cara, teruskan usaha tu baik-baik.

I wrote a very long respond haha. And cut and paste it somewhere else as draft. Perhaps I should write about this topic too and share my view.

Thanks for writing :)

Bijen M. said... [Reply]

@Macy Humaira
Sakit tu perkara biasa yang berlaku.
Bayi yang diberi homeopati, ada yang sakit ada yang sihat.
Bayi yang diberi vaksin pun ada yang sakit, ada yang sihat.
Ujian masing-masing.

Bijen M. said... [Reply]

@Pisey
Ye!
Kalau tak nak bantu orang, jangan susahkan orang. :)
Looking forward your view.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...