12.10.13

Renew cukai jalan & insurans online?

Selepas serik beberapa kali memperbaharui roadtax dan insuran dengan ejen melalui agensi insurans, baru-baru ni gua mencuba nasib renew dengan MyEG.

Pengalaman renew roadtax dengan ejen ni benyak betul songehnya. Tak boleh transfer NCD-lah. Tak bagi tukar Takaful-lah. Sekejap ada loadinglah. Sekejap ekseslah. Sampai sekali gua renew roadtax setengah tahun yang sepatutnya RM35 tapi kena cas sampai RM70. Tak beragak sungguh. Kalau ambil untung RM5-10 boleh tahan lagi. Bila minta resit, sampai ke sudah tak bagi-bagi.

Actually ada banyak website lain lagi yang provide service sebegini sambil menawarkan rebat dan diskaun yang menarik. Cuma sekarang ni gua yakin sikit dengan MyEG sebab ni first time nak try. Jadi tak sure service provider mana yang lebih menguntungkan. Lu orang boleh try survey. Lagipun time gua renew hari tu dah lewat berminggu-minggu dari tarikh expiry, so nak tak nak kena call MyEG untuk tolong renewkan sebab dah tak boleh check NCD ikut sistem online.

Lepas dia dah dapat data-data yang dikehendaki dari kita, dia akan terus buat quotation dan hantar ke emel kita. Tak perlu lagi salinan geran atau cover note insurans lama. Kita just bagitau info yang ada atas cover note tu saja dekat dia.

Then bila dah dapat quotation tu kita trylah nego-nego lagi dengan dia. Macam hari tu gua nego untuk kurangkan jumlah sum insured kereta tu. Mula-mula dia letak RM20k. Gua check cover note lama dia insured 17k saja. Gua check market value dekat sini dapat RM15k. So dia pun kurangkan sikit sum insured. Plus gua suruh dia buang juga additional coverage untuk windscreen dan sebagainya sebab gua tak perlukannya. Gua pakai kereta ni untuk ulang-alik pergi pejabat sensorang saja. Tapi untuk kereta yang selalu guna, gua rekemen untuk cover sebab benda ni akan menyelamatkan NCD bila nanti nak ganti cermin. Baik berkorban sikit daripada hilang NCD nanti. Sama juga untuk jenis insurans, baik ambil comprehensive daripada third party supaya tak menangis air mata darah nanti.


Bila dah puas hati dengan quotation, silalah bayar ikut FPX. Boleh online transfer atau pakai kad kredit. Dalam quotation dia ada bagitau berapa diskaun dia bagi dan segala bagai. So for me rebate is better than dapat hadiah air kotak ke sejadah ke payung ke gelas ke dari ejen insurans.

Bila dah bayar, tunggu jelah nanti dia kurier pakai Pos Laju ke alamat lu orang. Dah dapat boleh tempek kat cermin kereta. Gua laminate roadtax ni supaya tak melekat kat cermin dan tak susah nak cabut nanti.


Ni antara link yang lu orang boleh check untuk info pasal insurans. Better buat sendiri so that lu orang tahu apa yang lu orang bayar rather than serah bulat-bulat ke ejen. Nanti bila nak claim banyak cerita pulak pasal tak tahu apa yang diinsuranskan.
Papehal jangan yakin dengan insurans. Insurans ni diwajibkan untuk renew roadtax saja. Jadi perbanyakkan sedekah dan jaga solat lima waktu sebab Allah SWT janji kerberkatan dalam amalan tersebut bukan dalam insurans. Bukan setakat insurans kereta, insurans diri, nyawa, kesihatan, tempat tinggal dan macam-macam lagi Allah SWT bagi.

N/S:
Insurans jalan raya - Baca doa naik kenderaan, baca bismillah enam, baca ayat Kursi, baca doa tawakal.
Insurans tempat tinggal & keselamatan - Ayat kursi 3 kali sebelum tidur.

Sekian!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

11 comments:

Anonymous said... [Reply]

Selepas serik beberapa kali memperbaharui roadtax dan insuran dengan ejen melalui agensi insurans, baru-baru ni gua mencuba nasib renew dengan MyEG.

azharjaafar said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
azharjaafar said... [Reply]

MYEG ada takaful ke?

Bijen M. said... [Reply]

@azharjaafar
Ada.
Dia buatkan saya Etiqa Takaful.

siti fairos jaafar said... [Reply]

akak pn dh few times guna servis myeg neh..dua tahun berturut2 dh renew road tax n insurans kereta..before that pn hubby renew my licence guna myeg..siap renew 5 tahun terus (jangan pasni lupa lesen dh mati udah ler..)

like what u said..last year mintak org myeg buatkn part insurans..so die just bg jumlah yg kite kne bayar je..
this year akak buat sniri..so mmg berbaloi2..hehe..sebab dapat ilmu (b4 this mmg xpenah nk ambik tw pn) n my husband suruh tukar sum insured jadi lg rendah dr yg system calculate..haha..additional coverage pn boleh tukar2..nak xnak dll..

yg paling puas hati was hari ni setel n bayar..besok org myeg dtg hantar road tax..mmg cepat btol servis dorg..so, next2 year mmg recommend la utk berurusan dgn myeg :)

p/s: mmg free delivery ke???

DuluLainSekarangLain said... [Reply]

Renew di post office lagi best weh. Kalau yg dekat rumah kawe tu - bukannya ramai org pun. Tak payah baris lagi. Cuma renew insuran ambil masa sikit la kat etiqa. Tapi paling lama pun setengah jam sahaja. Not bad gak tu..

faid barakah said... [Reply]

PERBAHARUI ROADTAX & INSURANS KENDERAAN ANDA

KINI ANDA BOLEH MEMPERBAHARUI ROADTAX & INSURANS / TAKAFUL KENDERAAN TANPA PERLU KE JPJ @ PEJABAT POS SERTA TANPA PERLU BAWA GERAN ORIGINAL, LEBIH MUDAH JIMAT DAN SELAMAT MELALUI KIOSK MYEG AL FAID BARAKAH SERVICES (PUCHONG AREA)

http://www.roadtaxmyeg.com/

danish aurora said... [Reply]

salam singgah

renewtakaful.blogspot.com said... [Reply]

Sekarang selain myeg, Takaful Ikhlas ada sistem untuk renew Takaful kenderaan.kunjungi
http://renewtakaful.blogspot.com

MYroadtax.com said... [Reply]

Terima kasih untuk artikel yang sangat menarik.

Dengan izin tuan punya blog, saya ingin menjemput para tetamu blog untuk bayar insuran kereta dengan kad kredit jika anda terlalu sibuk untuk pergi ke pejabat pos atau JPJ.

Blog MYroadtax.com juga ada banyak lagi maklumat khas mengenai cukai jalan dan juga insuran kereta terutamanya insuran kereta cara Islam iaitu Takaful.

Jemput semua lawat blog kami pula.

Terima kasih.

Insuranskereta.my said... [Reply]

Penerangan yang bagus , senang nak paham


http://www.insuranskereta.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...