5.10.13

Nak jadi penulis yang baik?

Orang kata untuk jadi penulis yang baik, kita kena jadi pembaca yang baik terlebih dahulu. Itu sebab gua susah nak menulis sejak kebelakangan ni sebab dah jarang membaca. Ha ha!

Baru-baru ni gua terpandang promo di kaca televisi yang menayangkan Tun Mahathir sebagai Ikon Membaca Kebangsaan. Sebab tu blog dia mantap. Jadi kesimpulannya, sebelum nak menulis kenalah banyak membaca. Kalau menembak peluru tak ada, buang masa! Cuma menang gaya.

Ayat yang Nabi SAW terima mula-mula adalah Surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5. Tak habis pun surah tu. Setakat "Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (96:4-5)

Kendian, turun surah lengkap Al-Muddaththir (QS 74) untuk suruh Nabi SAW bangun dan beri peringatan menyampaikan dakwah. Dan dalam menyampaikan dakwah, memang ada ujian dan penentangan. Dan Allah SWT dah ceritakan balasan bagi mereka yang menentang.

"Eh lu Samad, belajar tak habis dah nak bagi dakwah kat orang? Pergi belajar kasi habis dululah. Kang gua tanya taktau nak jawab."

Brader! Jangan salahkan Samad. Dia cuma menjalankan tugasnya mengajak, bukan nak mengajar. Yang mengajar adalah alim ulama dan ustaz.

Dan Malaikat yang mulia pun tunduk menyesal melalui ayat "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". (2:32)*

Kesimpulannya semua orang pun tak pandai. Yang bagi pandai Allah. Moralnya janganlah sombong.

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (41:33)

Nak jadi paling baik perkataannya? Berdakwahlah! Dalam Fesbuk, Twiter, blog dan ucapan seharian masukkanlah ingatan kepada Allah. Kita boleh belajar buat ni pelan-pelan.

Akhir kata, tipsnya mulakanlah sesuatu dengan Bismillah. Kemudian merendah diri di hadapan Allah SWT. Berdoa agar Allah memberi kefahaman ilmu. Sampaikan kepada yang lain sambil kita usaha mengamalkan. Akhir sekali tawakal. Sekian!

* Ayat yang baik untuk diamalkan bila memulakan ucapan, peringatan dsb.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

3 comments:

Anonymous said... [Reply]

Orang kata untuk jadi penulis yang baik, kita kena jadi pembaca yang baik terlebih dahulu. Itu sebab gua susah nak menulis sejak kebelakangan ni sebab dah jarang membaca. Ha ha!

musafir kehidupan said... [Reply]

Benar...ringkas tapi bermakna buat yang memahami.Teruskan menulis..InsyaAllah, ada manfaatnya..

morsmode said... [Reply]

masalahnya semua orang pun nak suarakan pandangan walaupun tak banyak membaca sebab nak nampak power.

entah apa dia best tak tahu, even kalau nak menulis sepatah dua perkataan pun nak kena baca duku beberapa buku.

iqra'.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...