11.11.12

Kematian?

Hazrat Ataa Ibnu Yasaar RAH berkata, "Apabila tiba malam Nisfu Sya'ban, maka Malakul Maut diberi satu senarai dan diperintahkan supaya roh mereka yang namanya tercatit di dalamnya dicabut dalam tahun itu mengikut jadual yang ditetapkan. Di sini (dunia) walaupun seseorang sibuk dalam membuat perhiasan rumah, sedang sibuk bernikah, membina rumah sedangkan di sana (langit) sudah termasuk dalam senarai orang-orang mati." (Durrul Manthur)

Sesungguhnya tiada seorang yang sanggup berseronok dengan kawan-kawan di tempat hiburan jika dia mengetahui bahawa dia hanya akan hidup untuk jangka waktu beberapa ketika. Kesemua kelazatan hiburan akan terhapus.

Jika seseorang itu tahu bahawa hidupnya tidak lama,
pasti tak akan panjang angan-angannya.

Jika seseorang itu tahu bahawa hidupnya tidak lama,
pasti dia akan melupakan cita-citanya mewah berumah dan berkereta.

Jika seseorang itu tahu bahawa hidupnya tidak lama,
dia akan tahu pasar-pasar bukan lagi tempat untuknya.

Jika seseorang itu tahu bahawa hidupnya tidak lama,
saat ini juga dia akan buat persiapan menghadapi kematiannya.

Jika seseorang itu tahu bahawa hidupnya tidak lama,
boleh jadi dia akan berhenti kerja dan sibuk mengabdikan dirinya kepada yang Esa.

Jika seseorang itu tahu bahawa hidupnya tidak lama,
pasti dia akan sibukkan dirinya dengan kerja agama.

Jika seseorang itu tahu bahawa hidupnya tidak lama,
cepat-cepat dia bungkus kain baju untuk berada di jalan-Nya.

Jika seseorang itu tahu bahawa hidupnya tidak lama,
pasti dia rindukan kematian di medan jihad berbanding di atas tilam empuknya.

Jika seseorang itu tahu bahawa hidupnya tidak lama,
pasti persiapan kahwinnya alakadar saja.

Jika seseorang itu tahu bahawa hidupnya tidak lama,
pasti dia akan membelanjakan ke semua harta di jalan-Nya.

Jika seseorang itu tahu bahawa hidupnya tidak lama,
pasti tidak ada lagi cinta dunia dalam hatinya.

Jika seseorang itu tahu bahawa hidupnya tidak lama,
pasti dia persiapkan diri untuk berpisah dengan isteri dan anak-anak tercinta.

Jika seseorang itu tahu bahawa hidupnya tidak lama,
pasti dia tidak akan terkesan dengan gunung emas di depan matanya.

Jika seseorang itu tahu bahawa hidupnya tidak lama,
pasti dia tidak akan berfikir-fikir untuk menambah jumlah bininya.

...

Dan sesungguhnya dunia ini tidak ada kebaikan bagi orang mukmin kerana dunia adalah penjara yang sebenarnya. Bila mana kematian tiba, seorang mukmin akan beristirehat daripada kepenatan dan cabaran dunia dan berpindah ke rahmat Allah. Itulah sebenarnya saat yang ditunggu-tunggu.

Wahai manusia,
Aku hairan melihat orang yang menyakini kematian tetapi ia masih bergembira.
Aku hairan melihat orang yang mempercayai hari hisab, tetapi ia masih terus mengumpul harta.
Aku juga hairan melihat orang yang menyakini akan masuk kubur, tetapi ia masih tertawa.
Aku hairan melihat orang yang menyakini hari akhirat, tetapi ia masih bersenang-lenang jiwanya.

Sesungguhnya semua keinginan yang ingin dicapai itu dekat, namun kematian lebih dekat dari semuanya.

Ya Allah, pilihlah kami keluar di jalanMu dan syahidkanlah kami di jalanMu.

Sekian.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

8 comments:

Anonymous said... [Reply]

Hazrat Ataa Ibnu Yasaar RAH berkata, "Apabila tiba malam Nisfu Sya'ban, maka Malakul Maut diberi satu senarai dan diperintahkan supaya roh mereka yang namanya tercatit di dalamnya dicabut dalam tahun itu mengikut jadual yang ditetapkan. Di sini (dunia) walaupun seseorang sibuk dalam membuat perhiasan rumah, sedang sibuk bernikah, membina rumah sedangkan di sana (langit) sudah termasuk dalam senarai orang-orang mati." (Durrul Manthur)

HijabRockers said... [Reply]

Kita ni slalu plan ahead utk dunia. Ntah2 japgi meninggal. Kalau meninggal, biarla meninggal dlm keadaan khusnul khotimah. Aamiin ya Allah.

Pencari Allah said... [Reply]

bila senja menjelang, di mana berada dalam perjalanan, melihat imbasan cahaya matahari dan awan berwarna jingga lebih membuatkan hati sayu dan sedih. Terkenang saat rakan yang dulu tertawa sama, kejar cita-cita dengan tujuan yang sama, akhirnya dia pergi dahulu dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Termenung mengenangkan saat bila diri ini akan tiba. ALLAH.

Bijen M. said... [Reply]

@HijabRockers
Tengah kemas-kemas barang prepare nak mati.
Jom?
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Kematian itu akan datang tanpa lewat atau awal walau sesaat pun.
Dan akan datang pada semua tak kira tua atau muda, kecil atau besar, sedia atau belum.

HijabRockers said... [Reply]

@Bijen M.
brg mende bijen ko nak kemas bwk mati? amal je weih... bkn bleh packing msuk beg pon. tp ready2kan kit jenazah pun bagus gak tu. skali duit urus jenazah. xderla menyusah org =)

Bijen M. said... [Reply]

@HijabRockers
Packinglah siap-siap.
Tak adalah waris nanti sibuk berebut.
:D

kamsiahhanapi said... [Reply]

Assalammualaikum. perkongsia ilmiah yg bermanfaat. namun masih disalah ertikan oleh segelintir pembaca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...