6.10.12

Cerita masa depan negara.

Di suatu masa dahulu di suatu pagi yang tenang dan nyaman, sebuah kereta meluncur laju meninggalkan sebuah madrasah lama di pinggir bandar Kuala Terengganu.

Perut kereta tersebut memuatkan 4 orang dewasa, termasuk seorang darinya dah tua dan seorang lagi masih bujang bergaya. Si tua sibuk dengan zikirnya manakala geng-geng muda pakat bercerita tentang hal masa depan negara.

Dalam kepala otak si bujang bergaya, dia tampaknya dalam dilema. Perlu memilih antara dua. Sebagai sebelah lagi kepak sayapnya. Dia cuba meminta pandangan orang-orang lama di dalam kereta tersebut.

Ahli-ahli kereta mula mengumpul pro dan kontra bagi setiap pilihan. Itu ini begitu begini. Si bujang bergaya masih termenung lagi memikirkannya.

Sepanjang perjalanan satu jam lebih, masih belum sampai noktah keputusannya.

"Haih! Benda ni bukan keputusan sejam dua. Nak hidup berdua bukan 90 minit macam main bola. Nak hidup bersama bertahun-tahun lamanya."

Setelah satu jam lebih berlalu, destinasi yang dituju pun dah tiba. Namun jawapan masih belum ada.

"Eh! Jom lepak sarapan dulu?" cadang seorang dari mereka.

"Boleh juga!" semua orang bersepakat kecuali si tua.

Si tua ada kerja lain, maka mereka pun menghantarnya pulang ke rumah sebelum mengalihkan haluan menuju ke sebuah gerai untuk bersarapan.

Sedang bersarapan, perbicaraan tentang masa depan negara masih lagi berlangsung. Bila bercerita tentang masa depan, pastilah generasi muda menjadi fokus utama. Namun dengan kualiti generasi muda yang kita ada sekarang, tak tahulah macam mana masa depan negara kelak.

Tiba-tiba dengan tidak semena-mena si bujang bergaya melontarkan pendapatnya.

"Sebab itulah kita kena jaga orang rumah kita. Kena didik bagi faham tugasnya," terang si bujang bergaya sambil menghirup teh o suam.

Sambungnya lagi, "Sebabnya anak-anak kita lebih banyak masa dengan bini kita di rumah. Kalau bini tak ada fikir agama tak jalankan tugasnya dengan baik di rumah, maka anak-anak ini akan terbiar dan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidak baik."

"Kita perlukan orang rumah yang sedia bagi masa di rumah untuk bentuk dan didik anak-anak supaya menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Ceewah!" Si bujang bergaya meneruskan lagi hujahnya serupa gaya dah ada bini.

"Masalahnya hari ini mak bapak dua-dua sibuk nak cari harta. Anak-anak dilepaskan begitu saja. Beri orang lain jaga. Beri orang lain yang bagi susu. Hal ehwal anak tidak lagi menjadi prioriti. Solatnya bagaimana, mengajinya bagaimana?"

"Yang hanya sibuk difikirkan macam mana anak nak dapat 5A UPSR, 8A PMR dan straight A SPM. Tetapi hal solat 5 waktu tidak pula dirisaukan. Perkara fardhu ain yang wajib diketahui mentah-mentah diserahkan kepada pihak sekolah."

Heh! Si bujang cakap pandailah belum ada bini. Tengok ada bini nanti macam mana.

Dengan tiba-tiba si bujang tersentak dari lamunannya. "Eh! Allah dah bagi jawapan dekat aku nak pilih yang mana. Keluar dari mulut aku sendiri. Woho!"

"Nak pilih yang mana?" kawan si bujang bergaya bertanya.

"Heheheh! Adalah.. Takkan tak faham lagi yang mana?"

n/s 1: Jangan panjang angan-angan dan terlalu fikir masa depan. Nanti akan jatuh cinta dunia dan takut mati.

n/s 2: Janganlah hanya banyak bercakap, tapi amal tak ada.

n/s 3: Jika ada fikir agama, segala perbicaraan pun akan jadi berkisar agama. Bila dah banyak cakap dunia, itu tanda dunia dah masuk dalam hati.

n/s 4: Anak-anak memerlukan ibu bapa di rumah untuk mendidik, bukan di pejabat untuk kasi harta.

Okebaitank!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

10 comments:

Anonymous said... [Reply]

Di suatu masa dahulu di suatu pagi yang tenang dan nyaman, sebuah kereta meluncur laju meninggalkan sebuah madrasah lama di pinggir bandar Kuala Terengganu.

Perut kereta tersebut memuatkan 4 orang dewasa, termasuk seorang darinya dah tua dan seorang lagi masih bujang bergaya. Si tua sibuk dengan zikirnya manakala geng-geng muda pakat bercerita tentang hal masa depan negara.

Danial_arif said... [Reply]

alahamdulillah nak berjodoh dah rakan seusaha...hehe...istiqarah le ape lg...

Embun Melati said... [Reply]

Setuju..ibu bapa sekarang memang sibuk cari harta untuk keperluan duniawi anak2, sedangkan keperluan ukhrawi yang anak2 lebih perlukan..anak2 perlu kasih sayang ibu bapa, perhatian dan sokongan..Bukan harta yang menyokong jiwa anak2..

PPK 331E 2012 said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Bijen M. said... [Reply]

@Danial_arif
He he he!
Doalah.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@Embun Melati
Bila bagi harta, maka banyak cinta harta dan dunia.
:)

ukhti,mardhiah said... [Reply]

Kan..
Hurm..

Bijen M. said... [Reply]

@ukhti,mardhiah
Kan.
Hmmmmm.

Pencari Allah said... [Reply]

n/s 1: Jangan panjang angan-angan dan terlalu fikir masa depan. Nanti akan jatuh cinta dunia dan takut mati.

fikir sekarang apa yang perlu dilakukan agar kualiti masa dapat diperolehi :)

seiring pemikiran bergerak dengan masa.

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Betei tu.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...