12.10.12

Cara nego harga hantaran?

Lu orang ingat tak kisah pasal Salman? (Rujuk: Sini dan sini) Salman yang sudah selamat menikah kini menjadi pakar rujuk dalam bab meminang bagi kawan-kawannya.

Kali ini Hassan ingin meminta nasihat dari Salman. Nak menghadapi bakal pak dan mak mentua zaman Gangnam ni bukan macam dulu kala. Sekarang ni kalau tak ada paling koman RM 20k dalam bank (tak kiralah hutang ataupun cash), tak payah mimpi nak meminang anak dara orang.

"So macam mana nak buat ni Man?" tanya Hassan.

"Gua cadang gini. Lu pergi dulu bersemuka dengan mak pak dia. Jangan libatkan family lu lagi."

"But why Salman? Tell me. Tell me."

"Orang tua bila dah bersembang dengan orang tua, bila dah cakap susah nak patah balik. Ego memasing tinggi. Memasing tak mau kalah. Takut kang silap cakap, merana badan lu je," explain Salman terang-benderang.

"So gua pergi discuss dululah dengan mak pak dia? Nanti dah confirm harga baru pergi secara official dengan family?"

"Yeah! That's the way ahak ahak!"

...

"So makcik. How much?"

"Makcik minta tak banyak. RM 5k saja. Boleh banyak tu?"

"Hmm. RM 5k okelah tu. Within budget." jawab Hassan dengan penuh senyum lebar mendengar jawapan makcik Rogayah.

Secara tiba-tiba seorang makcik yang entah dari mana pun muncul menyampuk. "Eh! Takkan RM 5k saja. Nanti apa orang kata? Lela ni kan ada ijazah. Bukannya kerja kilang."

"Habis kau rasa-rasa nak bagi berapa Senah?" tanya Rogayah kepada kakak kandung kesayangannya itu.

"Paling koman RM 10k. Tu paling komanlah tu. Standard budak degreelah tu," balas Senah.

"Hmm. Kalau RM 10k kau oke Hassan?" tanya makcik Rogayah.

"Kah kah kah!" Hassan ketawa sindir. "Kalau RM 10k bolehlah. Kira bayar lump sum sekali ni jelah. Lepas tu tak payah jumpa dah. Oke camtu?"

Makcik Rogayah menggaru kepala. "Erk! Tak faham."

"Ni kira macam jual anaklah makcik. Saya bayar RM 10k. Lepas ni makcik tak payah jumpa anak makcik dah. 100% saya punya. Oke ke?"

"Erm. Yelah yelah. RM 5k dahlah."

"Haa cetulah makcik! Calit sikit!"

"Heh! Oke! By the way ni kakak dia yang tak lepas lagi ni macam mana? Serba satu lah ye?"

"Kah kah kah!" Hassan ketawa sindir lagi sekali. "Makcik oii! Saya ni tak adalah banyak sangat duit. Macam nilah makcik. Bagi semua kat kakak dia jelah kalau dia nak sangat. Yang adik tak payah. Tak mampu saya nak beli satu set ke adik satu set ke kakak. Oke?"

"Zzz!"

...

n/s 1: Nasihat orang tua, jangan libatkan orang tua sesama orang tua lagi bila nak bincang harga. Kalau tak nanti orang muda yang makan hati ulam jantung. Orang muda yang nak kahwin. Orang tua pula nak sibuk main harga. Huh!

n/s 2: Jadilah lelaki yang berprinsip dan bermaruah. Tak payah pening kepala kalau tak cukup duit nak bayar hantaran tinggi-tinggi. Sebab lu hanya perlu bayar apa yang lu mampu saja. Kalau belah perempuan tak 'mampu' nak menerima lu, cari saja keluarga perempuan lain yang sanggup terima lu macam tu. Sebab tu jangan bercinta dulu.

n/s 3: Bergembiralah! Bergembiralah! Bergembiralah macam gua walaupun duit tak ada. Kah kah kah! Tak ada sebab sampai lu orang nak botak kepala untuk hari berbahagia. Sepatutnya lu orang berbahagia. Bukannya menderita.

Okebai okebaibai!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

35 comments:

Anonymous said... [Reply]

Kali ini Hassan ingin meminta nasihat dari Salman. Nak menghadapi bakal pak dan mak mentua zaman Gangnam ni bukan macam dulu kala. Sekarang ni kalau tak ada paling koman RM 20k dalam bank (tak kiralah hutang ataupun cash), tak payah mimpi nak meminang anak dara orang.

Mz Aisya said... [Reply]

haha bIjen! lama siot aku x baca blog ko, kunun bz abes la aku ni kan.

SO TRUE.

aku pon setuju.

even kalo aku sndri tunang nanti, soh jek bakal mak mentua tu baca cincin seketui or gelang tanda cukup. barang hntaran xyah ler, nanti2 nk nikah sudey. ahax!

Mz Aisya said... [Reply]

EH BACA ~!hahaha typo man typo,

"soh jek bakal mak mentua BAWA cincin sketui,,," hehe

siti fairos jaafar said... [Reply]

stuju sgt2!!

tapi akak dh kawin..so, boleh la jadikan penulisan kau kali ni utk adik2 n anak2 akak nnt..and also my past experience^_^

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Ada satu part yang kau tertinggal. Dari mana kau letak ukuran 'mahal' dan 'murah'?

Nabi takdak sebut pun 5k murah, 10k mahal.

Hakikatnya, kau kena tengok level keperluan hidup harini. Dulu lain bhai. Mak bapak aku pun kalau kawen 5k tu lebih dari cukup. Kalau bejar finance, nilai 5k tu dah serupa 10k sekarang.

Tengok sini http://www.facebook.com/photo.php?fbid=481365005222022&set=pb.100000455795832.-2207520000.1350084209&type=1&theater

Bijen M. said... [Reply]

@Mz Aisya
Pengalaman sendiri, tak payah fikir pasal hantaran.
Sebab nanti ada orang lain akan bagi kat kita hantaran untuk dibawa.
Dalam bentuk makanan selalunya.
InsyaAllah.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@siti fairos jaafar
Untunglah adik-adik akak.
Ni rasa macam nak jadi adik ipar akak ni.
Kah kah kah!

Bijen M. said... [Reply]

@~PENCHENTA~
Homaigad homaigad!
Bagi orang kaya yang naik kereta BMW, memanglah kata 20k tu murah lagi.
Tapi bagi seorang kerani cabuk yang kerja kontrak gaji RM 1000 lebih saja sebulan, kau rasa dia kena gigit jari berapa lama nak dapat jumlah sebanyak tu?
Cerita di atas tu cerita dia dan sebuah kisah benar.
Bahagia je dia dah ada anak-anak.

Unless kalau kau halalkan berhutang dan beriba dengan bank sebab nak kejar sangat level keperluan hidup hari ini.
Orang panggil lebih kerak dari nasi.

Terpulang~
:D

Anonymous said... [Reply]

Tak habis2 cite pasal hantaran.
Rezeki Allah Taala yang kasi,so cool je.
Allah yang bagi org tak mampu kepada mampu, or org mampu kepada tak mampu.
Jgn fikir sgt hal dunia ni, sebab tu makan nasik tak lalu, asyik nak cari jajan je...=PPPPPPP

Apa kata tulis post utk nasihat bos2 yg suka tahan gadis2 bekerja sampai malam. Asyik ckp psal sblh pihak je. Yg bos ni ske kacau pekerja waktu weekend ape cer?

Anonymous said... [Reply]

Tak habis2 cite pasal hantaran.
Rezeki Allah Taala yang kasi,so cool je.
Allah yang bagi org tak mampu kepada mampu, or org mampu kepada tak mampu.
Jgn fikir sgt hal dunia ni, sebab tu makan nasik tak lalu, asyik nak cari jajan je...=PPPPPPP

Apa kata tulis post utk nasihat bos2 yg suka tahan gadis2 bekerja sampai malam. Asyik ckp psal sblh pihak je. Yg bos ni ske kacau pekerja waktu weekend ape cer?

Anonymous said... [Reply]

Tak habis2 cite pasal hantaran.
Rezeki Allah Taala yang kasi,so cool je.
Allah yang bagi org tak mampu kepada mampu, or org mampu kepada tak mampu.
Jgn fikir sgt hal dunia ni, sebab tu makan nasik tak lalu, asyik nak cari jajan je...=PPPPPPP

Apa kata tulis post utk nasihat bos2 yg suka tahan gadis2 bekerja sampai malam. Asyik ckp psal sblh pihak je. Yg bos ni ske kacau pekerja waktu weekend ape cer?

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Siapa yang suruh perempuan tu kerja?

Danial_arif said... [Reply]

tergerak ati nak mengomen hehe sbb tips kali ni memg berguna untuk aku hehe...waa ade ckit panas dlm ruang komen ni hehe....nnti aku ikut cara ko bijen....kalau nak g pinang anak karkun macam mane yerk bijen...any suggestion....???kene buat cara yg sama ke?

Bijen M. said... [Reply]

@Danial_arif
Kalau nak minang anak karkun, keluar bersafar dulu dengan bapaknya.
Heheheh!

Pencari Allah said... [Reply]

hmm..meminang sekarang macam jual beli. Wanita bukan diukur dari harga, tapi nilai kualiti seseorang wanita tu.

Anonymous said... [Reply]

luahan hati cik Peah

anyway,
hantaran ni kira mcm hadiah utk laki ke org puang..
rasa mcm tak dihargai plop bile letak sket sgt gittew..
btw, nak buat kenduri skang bukannye main ratus2 je.. kesian plak kat org puang kalu si laki berkira sgt soal hantaran...

buatnye yg puang tu memang org susah, mak bapak susah.. sape nak tanggung kenduri dia?

mcm my parent tawen dulu,my dad yg tanggung belanja kenduri my mom. sbb memang my mom dtg dari family yg serba tak mampu..

******
tak setuju bab senang2 kata carik je org lain yg sudi nak terima hantaran memurah, mcm.. cinta tu memang utk jual beli je kan. hmm. sadis sigaraga

tapi apepun.. post kali ni memang buat me gelak. comel betul gaya penulisan. haha :D

ukhti,mardhiah said... [Reply]

Itulah dunia..
Cari jelah y sekufu T.Bijen
Kalaw x mampu tinggalkn jela
Cari jelh y lain
Tu lah pentingnya jgn bagi hati awl2
Biar kputusn y kita buat sntiasa rasional

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Actually, the marriage not the wedding.
;)

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Kalau dah kira macam hadiah, tak perlulah nak demand-demand kan?
Ikut lakilah nak bagi banyak mana seikhlas mungkin.
Kan kan kan?

Kalau dah tak mampu nak tanggung kenduri sendiri, kenapa tak buat sekali je kenduri laki dan perempuan?
Bukannya wajib nak kena buat dua-dua belah side kan?

Dah kalau femili perempuan tak sudi terima laki bayar murah-murah sedangkan laki tak mampu, apa lagi yang dia boleh buat?
Berhutang?
Good idea if so!
:D

Bijen M. said... [Reply]

@ukhti,mardhiah
Mard abeh study dah?
Keh keh keh!
;P

Cik Peah said... [Reply]

wokeh! setuju je kalo gitu...
buat satu majlis settle.
jimat sgt.
tapi orang skang suka mengata.....

camne nak buat kempen supaya jimatkan walimah?
dari dulu lagi terfikir nak buat majlis sekali, tp pihak laki yg nak buat dua majlis..
sy cadangkan penulis tulis pasal majlis kahwen buat sekali je..
jimat lagi menguntungkan.
sebabnye pun perkahwinan tu is about marriage, bukannya wedding day kan kan..
peace yawww :)

Bijen M. said... [Reply]

@Cik Peah
Dah kalau belah lelaki memang nak buat dua majlis, maknanya dia mampulah tu.

Orang ni kalau buat betul pun mengata, buat salah pun mengata.
Cari redha Allah dulu baru redha manusia.
Senang cerita.

Tracey said... [Reply]

wer...macam ni pon ader? huhuhu

fuad ansari said... [Reply]

iyelah.. betul jugak tu...

kadang2 terfikir gak, depa dok sibuk suruh kita pasang tu pasang ni.. beli tu beli ni, yang nak kawin dan keluarkan duit, siapa? (tapi selalunya mampu cakap dalam hati je lah.. ) (",)

mungkin boleh bagi kata dua, samada makcik nak anak makcik senang masa kenduri kawin yg sehari tu je ke, atau makcik nak anak makcik senang yg lebih panjang yakni selepas kenduri kawin.. (",)

Anonymous said... [Reply]

Dah nak kahwin ye? Tahniah!

Pencari Allah said... [Reply]

Kita tetap berkata yang sama. Wajar mengingati sungguh perubahan amat tipis.

Anonymous said... [Reply]

aku buat gini jugak. patu kena sound ngan mak dia "patutnya bawak mak ayah kamu sekali" masam muka. tapi pak dia ok je. huhuhu. nak tunjuk niat lain, yang dinampak mende lain. cabaran utk beberapa tahun la pasni dgn mentua

Macy Humaira said... [Reply]

kalau hantaran tinggi2 pastu nanti duk berumahtangga takdak duet nak makan plak.. naya2..

bukan hantaran hal besarnya..
yg penting yg hidup bersama..

yg benar,
anak dara

Bijen M. said... [Reply]

@Tracey
Siriyes ada!
:D

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Selalu fikir, kalau kahwin dengan RM5k pun akan habis dalam masa sehari.
RM15k pun tetap akan dihabiskan dalam masa sehari.
Anda pilih yang mana?
Ha ha!

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Bila bila?
Tahniah.
Heh!

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
High Level Language nya.
Ambil masa nak faham.
Hahah!

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Bergantung juga keadaan family orang tu cane.
Kalau tak pun, boleh bawak bro-bro tua yang rapat dengan kita.
Tapi takpelah dah jadi pun kan.
Ha ha!

Bijen M. said... [Reply]

@Macy Humaira
Oh anak dara.
"The marriage, not the wedding." - ANH
:)

As said... [Reply]

Ambe sekadar nak berkongsi.
Sekadar untuk kita tahu wujud lagi hari ini.
Alhamdulillah.
Mas kahwin ambe RM22.50.
Hantaran RM0.
Hadiah hantaran memula takdak pun tapi last minutes mak dia nak juga hadiahkan kat menantu.
Camtulah kisah.
Skang ni alhamdulillah kerja ambe jaga suami je atas permintaan dia.

Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...