4.9.12

Kahwin kahwin kahwin...

Salam bulan Syawal.

Minta maaf. Sejak dua tiga menjak, gua terlalu perasaan busy sampai tak menyempat nak jengah blog. Hari tu bulan Ramadhan, memang tak patutlah menghabiskan masa di depan laptop berbanding di depan kitab suci.

Dah habis 10 terakhir Ramadhan, beraya pula. Nak beraya pun tak menyempat pasal sempat beraya 3 hari saja. Sekarang sibuk dengan Turnaround dan Shutdown pula. Kerja 6 hari seminggu untuk tempoh sebulan ni. Balik kerja dah penat pasal berjalan masuk dalam plant di tengah kepanasan padang pasir.

Tapi tak apalah. Sibuk sekejap sekarang pasal gua nak lagi 'sibuk' bulan November nanti. Bulan November nanti plan nak pergi Sabah/Sarawak pula sebulan lebih. Memang langsung tak hadap laptop. Doakan Allah pilih gua pergi sana.

Maka bila diikutkan kesibukan jadual gua yang konon macam pemimpin negara (padahal Nabi tu pemimpin umat Islam satu dunia lagi), bilalah masa gua nak bersosial agaknya?

Teringat pula lepas satu sesi temuduga time nak rekrut satu staff. Waktu evaluation and challenge session satu calon tu, gua come out dengan inkuiri tentang beliau yang seorang perempuan berumur 26 tahun yang masih belum mempunyai kerja tetap dan memang gua tanya soalan dah kahwin ke atau bertunang atau berkapel atau merancang untuk berumah tangga atau belum. Bukan gua nak mengurat beliau, tapi sebab ini adalah teknik mencari kaitan dalam kaitan. Heheh!

Contohnya kalau dia merancang nak berkahwin, kena cari pula kaitan dengan siapa bakal suami dia, rancangan dia lepas kahwin blablablabla. Tak mahulah dah kerja sebulan karang berhenti kerja ikut suami kerja kat Johor. Huh!

Kemudian bos yang berjantina perempuan yang juga panel temuduga berkenaan pun menangkis semangat inkuiri gua. Beliau berkata zaman sekarang, perkara tersebut adalah normal. Cuba bayangkan, seorang yang bekerja di Finance Department yang sentiasa busy tak hengat. Kerja sampai tak sempat nak ambil cuti. Sampai hari cuti pun kena datang kerja buat closing-lah apalah.

Masuk kerja waktu ayam tak celik mata lagi. Balik kerja waktu ayam dah masuk reban. Dah balik kerja penat. Bila masanya nak bersosial? Waktu kerja sajalah ada chance nak jumpa jodoh. Lepas tu, come out denga polisi yang pelik-pelik tak boleh kahwin sejenis (kahwin sesama staff). Masa bilanya nak bersosial? Huh!

Maka ramailah manusia yang masih tak kahwin-kahwin sampai umur tua bangka dok sibuk cari harta. Tetapi disebabkan calon tadi yang masih belum bekerja tetap dan tidak ada langsung tanda-tanda nak kahwin atau apa-apa, so tak berapa logiklah dia sibuk fokus salah satu sampai yang satu lagi terabai. Kotlah dia sibuk kerja sampai tak sempat cari laki, boleh accept juga.

Jadi something wrong yang perlu diselidik lagi disitu. Maka ranking beliau dari senarai KIV nombor 2 diturunkan ke carta nombor 3. Namun gua agak terkilan juga sebab beliau ni boleh tahan juga lawa. Tetapi faktor lain tetap perlu diambil kira. Hal ini menunjukkan gua tak memilih rupa untuk ambil orang bekerja. Baguskan gua? Tapi ada rupa tu kira bonuslah. Keh keh!

(Ni salah satu contoh cara nak ranking candidate yang datang interview)

Okelah! Nasihat gua sekarang ni, jangan lambat-lambat kahwin. Umur 25 tahun adalah umur yang ideal untuk berkahwin. Masa umur ni pun Nabi SAW kahwin dengan Khadijah RHA.

Sebabnya, nanti 20 tahun akan datang umur dah 45 tahun. Masa tu kalau subur, anak baru umur 19 tahun. Masa tu banyak nak pakai duit nak masukkan dia ke dalam universiti. Anak sulung tersebut masih belum dapat bantu lu orang sara adik-adik dia sekolah.

Kalaulah lu orang kahwin umur 30. Dalam masa 20 tahun akan datang umur dah 50 tahun. Dah nak dekat umur pencen. Anak baru umur 19 tahun. Oh! Sanggupkan lu orang nak mengerah tenaga lagi nak cari duit sekolahkan anak-anak? Patutnya umur macam tu dah boleh mufaraqah dunia, jaga amal ibadat.

Kalau macam kat Pakistan, perempuan umur 20 tahun dah kira andartu. Lelaki kahwin umur 20 tahun. Lagi 20 tahun seterusnya, dia dah boleh serah bisnes dekat anak dia. Lepas tu dia dah boleh rileks mufaraqah dunia. Boleh keluar buat kerja dakwah seluruh alam.

Maka, kahwinlah waktu-waktu muda, sihat, penuh bertenaga dan penuh rasa cinta ni. Tu je!

Namun bila melihat balik jadual gua sampai hujung tahun ni, gua fikir-fikir bilalah masanya gua nak bersosial ni? Ha ha ha! Tapi tak mengapalah. Macam kawan gua kata, orang yang sibuk buat kerja agama, Allah akan carikan bini untuk dia. Tunggu sajalah masa tersebut.

Sampai ketemu lagi di lain masa. Itupun kalau ada masa. Ta ta!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

23 comments:

Anonymous said... [Reply]

Salam bulan Syawal.

Minta maaf. Sejak dua tiga menjak, gua terlalu perasaan busy sampai tak menyempat nak jengah blog. Hari tu bulan Ramadhan, memang tak patutlah menghabiskan masa di depan laptop berbanding di depan kitab suci.

Dah habis 10 terakhir Ramadhan, beraya pula. Nak beraya pun tak menyempat pasal sempat beraya 3 hari saja. Sekarang sibuk dengan Turnaround dan Shutdown pula. Kerja 6 hari seminggu untuk tempoh sebulan ni. Balik kerja dah penat pasal berjalan masuk dalam plant di tengah kepanasan padang pasir.

airazulaikha said... [Reply]

kahwin??
calon tak ada.. duit pun tak ada.. hahaha

the fikirman said... [Reply]

tahun depan bijem m.
gua nak habaq kat mak gua ,
suruh nikahkan gua cepat2..

:D ,
tersiksa baten nie , tiap2 hari tengok awek arab..

Bijen M. said... [Reply]

@airazulaikha
Mung dah posting tu dak lame jupe la calong.
Mung dakpe boleh kaweng sesame cekgu.
Heh!
Duit tu pulak tanggungjawab orang tua.
Memudahkan nilai mas kahwin dan juga bantu anak-anak buat kenduri.

Bijen M. said... [Reply]

@the fikirman
Weh!
Makwe Arab bukan gumuk-gumuk ka?
Ha ha!

Miss Poyo said... [Reply]

Ceq pun nak kawin bulan november ni..elok la ceq umur 25 tahun dah..

Ingat ceq lg x?kikikiki

HijabRockers said... [Reply]

Eeee...keciknya hati aku baca entry ni. Mekasihlaaaa.... Sesusahhhh je kutuk aku. Wuuu...wuuu.... Sesungguhnya jodoh tu rahsia Allah. Kawin lmbt pun merasa gak menikah. Alhamdulillah.

izzatimar'e said... [Reply]

salam..
xleh blah bce ayt awk pnuh rse cinta tu... hahah.....
semoga Allah beri jodoh yg baik dan seswai utk awk inche bijen! ^^

Embun Melati said... [Reply]

dah usaha pun kalau jodoh belum sampai nak buat macam mana..

apa pun yang terjadi sesudah usaha, redha saja...

Bijen M. said... [Reply]

@Miss Poyo
Waaa!
Hantaqla kad noh.
Kot cek balik kampung, cek singgahlah.

Bijen M. said... [Reply]

@HijabRockers
Alolor.
Tak apalah.
Nabi kawen dengan Khadijah umur 40 tahun (walaupun umurnya dipersoal) tapi dapat Fatimah.
Heheh!

Bijen M. said... [Reply]

@izzatimar'e
Salam.
Ha ha ha!
Betullah.
Sekaranglah penuh rasa cinta.
Dah tua-tua nanti jadi rasa sayang eh rasa sayang sayang eh.
Hey lihat nona jauh rasa sayang sayang eh.

Bijen M. said... [Reply]

@Embun Melati
Jodoh semua telah ditetapkan.
Sama ada di sini atau di sana.
Sabarlah.
;)

airazulaikha said... [Reply]

eheh.. sesama cikgu amende kalau kampus semua perempuan saja. ahahaha

:)) jodoh Allah swt dah tentukan.
Percaya kepada janji Allah, perempuan yang baik utk lelaki yg baik dan lelaki yg baik utk perempuan yg baik.
Insya-Allah.

Bijen M. said... [Reply]

@airazulaikha
Ha ha ha.
Kalau ada cekgu lebih passing-passinglah.

pacha said... [Reply]

Ana baru balik dari perkampungan asli, takaza banyak.. Berani sambut? Area jb boleh tahan.. Mereka perlukan pergerak agama di kawasan mereka, nak sambut takaza.. Roger orang tanggung jawab orang asli, ustaz amiruddin hehe. Semoga Allah pertemukan aku dengan bidadari dunia. Mehehehe

Pencari Allah said... [Reply]

Salute encik percaya dengan janji-janji ALLAH S.W.T

Bijen M. said... [Reply]

@pacha
Kawan ana cakap ada beberapa takaza yang mesti sambut.
Antaranya takaza orang asli dan takaza orang bisu.
Tengah azam nak ikut jemaah bisu nak belajar bahasa isyarat.
Dan dapat bini bisu pun sebenarnya romantik juga.
Tak ada nak gaduh mulut.
Nak bercinta pun pakai isyarat je.
How sweet.
Ha ha ha!

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Nak percaya janji siapa lagi yang ditepati?

siti fairos jaafar said... [Reply]

baca paragraph atas2, akak rasa kne lempang je..umur, ikut suami...huhu..T_T

Bijen M. said... [Reply]

@siti fairos jaafar
Kesian~
Sakit tak kena lempang?
Heheh!

Anonymous said... [Reply]

Sy pun kecik hati baca benda ni. Org x khwin Ada byk sbb. Untung la sape yg dpt khwin awal tu. Tp kebykkn org yg khwn awal ni x kekal lama. Perempuan yg terlalu bergantung pd lelaki akan sengsara la selepas diceraikn.

Bijen M. said... [Reply]

@Anonymous
Kecik hati baca komen ni.
Ha ha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...