15.9.12

Hatinya tertinggal pesawat

(Sambungan kisah Satu Travelog : India - Bangladesh. Sila rujuk kolum 'Nota Bersiri' di kanan)

Setelah ditumpangkan pakcik berkenaan hingga sampai ke masjid, gua pun mengucapkan terima kasih. Lalu tanpa membuang masa yang berharga, gua pun mendaki tangga-tangga kecil masjid menuju ke ruang penempatan jemaah yang bakal ditasykil menyambut takaza agama di seluruh alam.

Sampai di atas, gua pun cari port baik nak parking beg. Petang tu kawasan penempatan penuh dengan beg para jemaah sebab malam nanti ada perhimpunan mingguan. Sedang gua mencari port baik, gua terperasan satu orang pakcik yang gua kenallah juga. Tengah cari port nak landing beg juga. Gua sampai, dia pun sampai. Macam jodoh orang kata.

Pakcik tu gua kenal beberapa minggu atau bulan sebelum tu, gua dah lupa. Gua jumpa pakcik tu pun pasal anak perempuan dia suruh gua jumpa bapak dia kenal-kenal. Oh sungguh tak patut. Namun walaupun baru berjumpa sekali dan berkenalan, kitorang jadi kamcing. Malam tu sempat bermuzakarah dengan beliau dan ambil pesanan dan amanat beliau. Maklumlah, orang lama.

Beliau pun dalam rangka perancangan menyambut takaza 4 bulan keluar dalam negeri. Orangnya sedikit uzur, tapi jiwanya masih kental. Korbannya tinggi. Berhikmah juga. Secara profesionalnya, gua respek pakcik ni. Namun secara peribadinya, gua tak tipu waktu tu gua tengah pendam hati yang terluka. Terluka sebab apa? Biarlah rahsia. Kah kah kah!

...

Pengembaraan gua kali ini bermula secara solo. Kawan-kawan seangkatan yang lain masih belum tamat belajar. Ada yang dah tamat, tapi dia sudah disibukkan dengan kerjayanya. Maka, gua keseoranganlah. Sambil-sambil itu kena cari kawan baru untuk sama-sama menggapai misi kali ini. Maka disebabkan pergerakan secara solo ini, banyaklah ujiannya.

Seperti seekor kambing solo yang terlepas dari kumpulannya, pastilah bakal menjadi mangsa sang serigala. Lalu akibat ketagihan internet yang masih mendalam, malam-malam gua tetap dihabiskan secara solo di cyber cafe berhampiran. Yelah! Nak minta maaf dekat kawan-kawan. Nak minta kirim doa. Dan tak kurang juga, nak kirim cinta. Kerana hatinya, bakal ditinggalkan pesawat. Semua tu alasan. Sepatutnya, gua dah kena tawajuh dan tinggalkan semua perkara tu bila berada di jalan Allah SWT. Heh!

...

Kalau dalam perenggan di atas cerita tentang pakcik, ini pula kisah tentang makcik yang menelefon gua di suatu pagi, hari-hari terakhir sebelum gua berangkat pergi.

Makcik pun seperti mana pakcik di atas memberikan amanat-amanat terakhir untuk gua. Dalam ceria tutur katanya, nyata dia menyembunyikan kesedihannya yang akhirnya jelas kedengaran juga esak tangisnya. Gua sebagai seorang lelaki sejati terpaksa menahan emosi gua dari turut menangis. Namun Tuhan tetap tahu betapa menangisnya hati gua tatkala itu.

Okelah! Tak sanggup lagi nak cerita. Tunggu sambungannya.

Memang tak make sense sangat cerita kali ini untuk lu orang semua. Tapi ketahuilah, gua meninggalkan tanah air waktu itu dalam nada sedih dan gembira. Keluar mengembara mencari penawarnya. Benar-benar hati gua tertinggal pesawat.

Oke! Bersambung...

Glosari
Ditasykil - Diseru
Takaza - Keperluan
Tawajuh - Fokus/khusyuk dengan sifat penghambaan dan pengharapan kepada Allah

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

7 comments:

Anonymous said... [Reply]

(Sambungan kisah Satu Travelog : India - Bangladesh. Sila rujuk kolum 'Nota Bersiri' di kanan)

Setelah ditumpangkan pakcik berkenaan hingga sampai ke masjid, gua pun mengucapkan terima kasih. Lalu tanpa membuang masa yang berharga, gua pun mendaki tangga-tangga kecil masjid menuju ke ruang penempatan jemaah yang bakal ditasykil menyambut takaza agama di seluruh alam.

As said... [Reply]

Tak perlu sedih jiwa putus cinta.
Cinta yang lebih baik menanti.

Eh, ape dia?
Lari topik?

Abaikan.



p/s: untunglah bro, untunglah...

ukhti,mardhiah said... [Reply]

ish ish ish
:)

Bijen M. said... [Reply]

@As
Memang lari topik pun.
Masa bila putus cinta?
Keh keh!

Bijen M. said... [Reply]

@ukhti,mardhiah
Shuh shuh shuh!
:)

Embun Melati said... [Reply]

ok la tu tertinggal pesawat..:p

Bijen M. said... [Reply]

@Embun Melati
Tak oke sangatlah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...