7.9.12

Ayat-ayat viagra (18SX)

Nahmaduhu wanusolli 'ala rasulihil karim. Amma ba'du.

Hari ini hari Khamis. Hari Khamis malam Jumaat. Biasa dan kebiasaannya malam-malam sebegini banyak amal-amal ibadat dilakukan.

Amal ibadat yang dijalankan termasuklah amalan-amalan bida'ah juga amalan-amalan sunnah. Ada ustaz kata, baca Yassin malam Jumaat itu bida'ah. Bida'ah pula terbahagi kepada dua; hasanah dan dolalah. Bida'ah hasanah merupakan bida'ah yang baik manakala bida'ah dolalah merupakan bida'ah yang sesat.

Ustaz lain kata pula bida'ah semuanya tertolak. Tak kiralah hasanah ke dolalah. So, terpulanglah kat lu orang nak ikut ustaz hok mana se. Kalau dah ikut ustaz ni, jangan nak kata ustaz tu sesat. Kalau dah ikut ustaz tu, janganlah marah ustaz ni kalau pendapat tak sama.

Ada orang pernah cerita ke gua sejarah baca Yassin malam Jumaat versi beliau. Katanya, ini amalan orang-orang Melayu dulu kala. Malam Jumaat kan malam Keliwon. Maka masyarakat dulu mengisi malam tersebut dengan amalan membaca Yassin hinggalah perkara tersebut berterusan sampai ke sekarang. Generasi hari ini mengikut amalan tersebut tanpa kefahaman dan beranggapan bahawa itu adalah ibadah dalam Islam.

Itu sejarah versi beliau. Mungkin ada versi lain lagi di luar sana.

Baiklah, sekarang kita tinggalkan perbicaraan tentang amalan baca Yassin tersebut. Kita buka pula amalan lain yang popular di malam Jumaat. Namanya amalan jimak. Dalam bahasa Melayunya, amalan bersetubuh.

Walaupun tak ada dalil sahih yang mengatakan sunnah berjimak di malam Jumaat, itu tidaklah menghalang bagi warga Terengganu dan kawasan yang sewaktu dengannya untuk berjimak kerana waktu tersebut adalah masa yang sesuai, memandangkan hari Jumaat merupakan cuti hari minggu. Sangat selesa!

Bila cerita bab berjimak, banyak pula amalan-amalan dan petua-petua yang dipelajari supaya para penjimak dapat menikmati kepuasan maksimum.

Bila mula berjimak, jangan lupa baca doa:

Allahumma jannibnash syaiton wajannibish syaiton ma razaqtanaa
Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Engkau kurniakan kepada kami.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kurang kekuatan sewaktu berjimak akibat mempunyai isteri yang ramai misalnya ataupun kepenatan akibat melakukan kerja berat di siang hari, bolehlah mengamalkan ayat ini setiap kali selepas solat:


A052

Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!
(Hud 11:52)

Barulah kekuatan macam kekuatan seratus orang lelaki yang gagah perkasa. Kan Batrisya? :)

Dan juga untuk tahan lebih lama di ranjang, tak perlulah untuk mencari viagra dan sebagainya. Boleh amalkan membaca Surah At-Tariq selalu. Ini orang yang ajar amalan ni ke gua kata, kalau mimpi bidadari pun insyaAllah tak pancut. Wallahu'alam.

So, bagi mereka yang selalu eksiden tengah malam terutama mereka yang selalu beriktikaf di masjid-masjid dan mereka yang akan keluar bersafar di negara sejuk yang ujian tinggi kalau eksiden tengah-tengah malam, maka bolehlah amalkan membaca surah tersebut.

Semoga tidak lagi perlu bangun tengah-tengah pagi akibat eksiden sebab nak kena mandi wajib dalam kesejukan. Oh! Terkenang pula waktu bersafar zaman kesejukan dulu. Hek!

Sekian, amal dan sampaikan. Selamat mencapai kebahagiaan dalam rumah tangga!

Glosari

Bida'ah - Antonim kepada sunnah. Perkara baru yang diada-adakan dalam agama.
Keliwon - Malam Jumaat dalam tradisi Jawa.
Jimak - Bersetubuh/beromen.
Batrisya - Nama anak Bijen M.
Viagra - Sejenis ubat seks.
Bersafar - Bermusafir.
Eksiden - Dalam artikel ini bermaksud terpancut air mani secara tidak sengaja. Penggunaan perkataan eksiden lebih sopan bila dibicara dalam perbualan harian.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

17 comments:

Anonymous said... [Reply]

Nahmaduhu wanusolli 'ala rasulihil karim.

Amma ba'du.

Hari ini hari Khamis. Hari Khamis malam Jumaat. Biasa dan kebiasaannya malam-malam sebegini banyak amal-amal ibadat dilakukan.

Amal ibadat yang dijalankan termasuklah amalan-amalan bida'ah juga amalan-amalan sunnah. Ada ustaz kata, baca Yassin malam Jumaat itu bida'ah. Bida'ah pula terbahagi kepada dua; hasanah dan dolalah. Bida'ah hasanah merupakan bida'ah yang baik manakala bida'ah dolalah merupakan bida'ah yang sesat.

Miss Poyo said... [Reply]

opppsss!! ceq x bc entri ni bila tgk ada 18sx...kna tggu kawin dlu..hahahahaha

Anonymous said... [Reply]

Ape tah cakap dengan Batrisya.huh.

Bijen M. said... [Reply]

@Miss Poyo
Rugilah tak baca ni sebelum kawen.

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Ni hal bapak dan anak.
Jangan sebok.
Heh!

...antikapel... said... [Reply]

musykil kejap, bro...lu dah kahwen eh? kalau dah, tahniah...mabruk...barakallahu lakum...dapat orang mana?hehe

kalau belum, moga2 dipercepatkan...ada hikmah atas semua itu...

Bijen M. said... [Reply]

@...antikapel...
Lu nak kawen dengan gua dak?
Ha ha ha!

Anonymous said... [Reply]

Sampai hati.

Pencari Allah said... [Reply]

Baguslah :)

airazulaikha said... [Reply]

oke. tips bukan untuk gua.
hahahah...

Pisyek Kumar said... [Reply]

alhamdulillah, perkongsian yang bagus skali!

baru la terasa seperti lebih bertenaga lepas-lepas ni. ekekekeke xD

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Sampai.

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Ready dah?

Bijen M. said... [Reply]

@airazulaikha
Untuk lu simpan.
Heh!

Bijen M. said... [Reply]

@Pisyek Kumar
Semoga cepat kahwin.

siti fairos jaafar said... [Reply]

part glosari yg paling xbleh blah..
mau2 kat Batrisya..kekeke :D

Bijen M. said... [Reply]

@siti fairos jaafar
Jeles lettew!
;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...