3.8.12

Tips Temuduga #1 - CV

Hari ini gua rasa lapang nak bercerita tentang perihal temuduga. Bagaimana caranya untuk dipanggil temuduga? Bagaimana menghadapi temuduga? Bagaimana berjaya temuduga? Dan segala soal jawab berkaitan temuduga.

Walaupun gua tak adalah hensem sangat dalam bab temuduga ni, tapi gua rasa nak berkongsi sedikit pengalaman sebagai seorang recruiter dalam mencari bakat berwibawa dalam menentukan kejayaan syarikat menjalankan operasi dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Apa-apa pun, sila letak dalam kepala otak anda bahawa kejayaan yang sebenar hanyalah dalam agama. Sejauh mana kita dapat taat perintah Allah dan sejauh mana kita dapat ikut sunnah Rasulullah.

CV/Resume
Perkara pertama yang perlu ada kepada calon untuk berjaya dalam temuduga adalah dengan adanya CV ataupun orang panggil resume. Kalau tak ada CV, macam manalah syarikat nak panggil interview ye dak? Logiklah sikit. Lainlah kalau kedai-kedai kecil, Kedai Rakyat 1Malaysia ataupun pam atenden di stesen minyak.

CV adalah kertas iklan tentang diri kita. Maka, sila develop CV sebaik mungkin agar yang melihat itu terpesona. Jadi kreatif dan unik tapi jangan sampai terlalu unik macam alien. CV yang kreatif dan unik menambahkan persen untuk disedari dan dipilih.

Research & Development
Banyakkan kajian di internet tentang cara bagaimana menghasilkan CV yang baik. Ambil contoh dari CV-CV lain dan come out dengan idea yang menarik, tertarik dan memang da-bomb.

Jangan jadikan CV anda dull dengan warna hitam putih saja. Pilih warna yang bersesuaian yang menggambarkan diri anda. Tak rugi untuk spend masa make up CV sebaik mungkin.

Membaca Watak Melalui CV
Selalunya recruiter boleh menafsir perwatakan anda hanya dengan melihat CV. Bagaimana susunan ayat. Bagaimana anda buat ayat yang short and precise. Bagaimana susun atur maklumat dalam CV. Semua itu menggambarkan diri anda. Bagaimana anda menterjemahkan diri anda ke dalam bentuk sekeping kertas.

Harus diingat, setiap CV adalah berlainan dengan bidang kerja yang ingin diminta. Seorang pereka grafik tidak boleh membuat CV gaya seperti seorang juruteknik ataupun tukang masak. Begitu juga sebaliknya. Sila buat kajian yang terperinci berkenaan ini.

Seorang pereka grafik seharusnya mereka cipta CV yang lebih kreatif dan inovatif sesuai menggambarkan kebolehupayaannya dalam bidang tersebut. Misalnya kalau pereka grafik memilih warna tema pink, mungkin boleh diterima. Tetapi tidak bagi seorang juruteknik. Faham tak?

Gambar Foto
Walaupun di negara seperti US tidak menggalakkan calon meletak gambar pada CV (atas isu diskriminasi), tetapi gua rasa perkara ini tetap penting juga. Misalnya, gua tak mahu menanggung risiko membuang masa memanggil pemilik CV yang tiada gambar untuk ditemuduga bagi jawatan receptionist atau penyambut tetamu. Menemuduga adalah satu kerja yang memenatkan tahu tak? Walaupun tak banyak pakai tenaga, tapi banyak pakai otak.

Kelayakan
Antara lain perkara penting pada CV adalah educational background kerana perkara tersebut menentukan kelayakan anda dipanggil interview atau tidak. Biasanya pemegang degree akan dipanggil untuk temuduga kerja sebagai eksekutif manakala diploma dan sijil untuk temuduga sebagai juruteknik, kerani dan sebagainya jawatan bukan eksekutif.

Selalunya recruiter tak mahu membuang masa memanggil degree holder untuk jawatan kerani kerana tendency untuk calon tersebut job-hopping adalah tinggi. Mereka sentiasa akan mencari yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Dan diploma holder sah-sahlah tak akan dipanggil untuk kerja-kerja esksekutif. You have to accept it. Dunia memang kejam dan penuh diskriminasi. Kah kah kah! So targetlah kerja anda. Untunglah bagi orang yang ada kedua-dua diploma dan juga ijazah.

Less Is More
Sebaiknya, bina CV seringkas mungkin tapi penuh informatif. Recruiter tak banyak masa nak belek CV anda lama-lama tapi dia nak tahu belaka. So pandai-pandailah anda prioritikan mana yang perlu dan buang mana yang tidak. Lagi kurang page CV anda, lagi bagus. Tapi jangan sampai terbuang perkara yang penting.

Pengalaman Kerja
Perkara penting yang lain adalah pengalaman kerja. So dari situ recruiter boleh tahu macam mana trend anda bekerja. Boleh kerja berat atau tak. Suka menganggur atau tak. Suka tukar kerja atau tak. Dan macam-macam lagi.

Apa-apa pun, CV hanyalah sekadar kelayakan untuk anda dipanggil temuduga. Medan sebenar adalah sewaktu temuduga nanti yang akan menentukan anda berjaya mendapat kerja ataupun tak. Tak ada cara yang betul atau salah dalam membuat CV. Semua itu bergantung kepada anda dan kerja apa yang anda hendak minta.

Sehingga itu, kita bersambung lagi untuk fasa yang seterusnya. Kalau ada apa-apa kemusykilan, sila tanya. Terima kasih!

Glosari
Recruiter - Orang yang merekrut pekerja
CV - Curriculum vitae
Job-hopping - Bertukar-tukar kerja

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

13 comments:

Anonymous said... [Reply]

Hari ini gua rasa lapang nak bercerita tentang perihal temuduga. Bagaimana caranya untuk dipanggil temuduga? Bagaimana menghadapi temuduga? Bagaimana berjaya temuduga? Dan segala soal jawab berkaitan temuduga.

fuad ansari said... [Reply]

ingat nak mintak kerja kat syarikat P la.. kurang2 boleh borak2 dengan recruiter... (",)

sy tgk, ramai yg gagal bila smp tahap ditemuduga..

sy sudah 4 kali menghadiri temuduga dan belum pernah lagi gagal..

Saya melihat, mungkin Allah swt tidak bercadang meletakkan ujian kepada sy dalam perkara mencari kerja ketika yg lain perlu byk bersabar dalam mencari kerja..

Dan bagi yg menghadapi kesukaran mencari kerja, kita harus ingat, setiap manusia punya ujian hidup yg berbeza.. maka, bersabarlah.. (",)

Pisyek Kumar said... [Reply]

wah, bagus ni. nanti senang aku nak hoping ke keje lain. buleh amik tips nih. hahahaha xD

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Mungkin Allah permudahkan asbab perantaraan amalan-amalan tuan.
Bolehlah kot share sikit-sikit ye.
Heheh!

Bijen M. said... [Reply]

@Pisyek Kumar
Pehh!
Tak bersyukur lagi kerja dengan Cik P?

Anonymous said... [Reply]

Saya tidak merasakan gambar adalah sesuatu yang perlu. Kita perlu melihat keupyaan orang untuk mengambil mereka bekerja bukn krna rupa.Di Amerika receptionist atau penyambut tetamu selalunya adalah orang kurang upaya. Dan saya sgt menghormati cara mereka mengambil pekerja krna tiada isu diskriminasi.

Pencari Allah said... [Reply]

Persaingan sengit, orang semakin ramai. :)

Umma-ali said... [Reply]

sdg berusaha melepasi temuduga 2bulan bbnj...doakan...

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Saya tak rasa gambar yang diletakkan dalam resume sehingga menampakkan kekurangan upayanya.
Misalnya, gambar takkan menunjukkan dia seorang yang kudung kaki atau tangan.

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Rezeki Allah ada di mana-mana.

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Doakan saya juga.
:)

Anonymous said... [Reply]

xde keje kosong di sini?

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Kat mana?
Nota Siku?
Nak jadi admin?
Ha ha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...