13.8.12

Leletol Kadar?

Sepatutnya di fasa-fasa terakhir bulan Ramadhan ini tak ada masa dah nak update blog ke, main Twitter ke, jengok Fesbuk ke. Dan sepatutnya lagi dah tak ada masa dah nak mengimarahkan pasar-pasar raya.

Makanya, di kesempatan ini gua ingin mengucapkan selamat menghabiskan baki-baki Ramadhan dengan amal ibadah yang dipertingkatkan, selamat berpuasa, selamat beriktikaf, selamat beruzlah, selamat mengikat kain, selamat bertahajud, selamat mencari leletol kadar dan selamat hari raya. Maaf zahir batin. Jumpa lagi di bulan depan jika panjang umur dan murah rezeki.

Kenang daku dalam doamu di tengah malam yang syahdu.

Dari Bijen M. dan isteri.

P/s: Doakan semoga Allah pilih saya keluar 40 hari, 9 November nanti. Amin.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

9 comments:

Anonymous said... [Reply]

Sepatutnya di fasa-fasa terakhir bulan Ramadhan ini tak ada masa dah nak update blog ke, main Twitter ke, jengok Fesbuk ke. Dan sepatutnya lagi dah tak ada masa dah nak mengimarahkan pasar-pasar raya.

zulhilmi tempoyak said... [Reply]

mari kita kejar....!!!

Pencari Allah said... [Reply]

Encik bijen, boleh bagi ibadah2 yang boleh dilakukan di malam qilamulail?

Anonymous said... [Reply]

Dekat tempat kerja saya, ada seorang staff yang mukanya boleh jadi adik awak dia tu. Tapi dia lagi tinggi sikit dan tough la. Dan lebih hensem dengan lesung pipit :p

Selamat hari raya yang sedikit terlambat Bijen. Maaf zahir dan batin.

QK, suami dan baby boy comel.

Bijen M. said... [Reply]

@zulhilmi tempoyak
Kejor yob kejor!
Amacam?
Ada jumpa?

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Ada ulama syorkan untuk banyakkan berdoa.
Ada yang syorkan untuk banyakkan ibadat.
Boleh berdoa, bersolat, membaca Al-Quran dan sebagainya.
Solat tasbih, solat taubat, solat hajat.
Doa untuk saya juga.
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Ooo.
Dah banding-banding dengan orang lain pandai pula minta maaf ye?
Heh!
Selamat Hari Raya juga.

Bijen M., bini-bini, anak-anak dan cucu-cucu.

Pencari Allah said... [Reply]

Terima kasih. :)

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Kasih diterima.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...