14.7.12

Sunnah dan budaya.

Assalamualaikum dan salam bahagia.

Baru-baru yang tak berapa baru sangatlah, saya ada terbaca satu artikel pasal pemahaman budaya dan perihal jangan menghukum sebelum memahami. Saya pun berbincang dengan satu orang kawan. Ada yang boleh diterima, ada yang beliau tak berapa setuju. Apapun kita raikan semua pihak yang mempunyai pandangan berbeza. Tidak ada siapa yang betul dan tiada siapa yang salah.

Akhirnya saya mengkonklusikan adat dan budaya adalah berubah mengikut keadaan geografi dan persekitaran sesuatu tempat (seperti yang dikatakan) itu benar. Namun cara yang ditunjukkan Nabi SAW melalui surah, sirah dan sarirah Bagindalah adalah yang paling baik.

Dengan menganggap contoh perihal berjubah dan berserban misalnya hanyalah sekadar adat budaya Arab dan tiada kena mengena dengan sunnah, saya kurang bersetuju sangat. Malah dengan mengatakan berniqab adalah hanya sesuai untuk kawasan Arab yang berdebu dan berpasir, juga saya tidak dapat bersetuju.

Artikel tersebut banyak memberikan contoh yang membandingkan sesuatu budaya di sesuatu tempat dengan tempat yang lain dan meletakkan pandangan masyarakat sebagai kesimpulannya. Penerangannya memang betul dan tepat. Tapi bila bercakap soal sunnah dan budaya setempat, saya tidak boleh bersetuju seratus peratus.

Seperti yang dikatakan, bila masuk kepada budaya Melayu dengan pakaian sinonimnya baju Melayu, ianya masih boleh diterima pakai oleh syariat. Kerana cirinya longgar dan labuh. Begitu juga baju kurung dan kainnya, longgar dan labuh. Lainlah kalau baju kurung yang sudah mengikut cutting badan, tak approve. Ataupun sekadar baju kurung saja tanpa berkain, tak approve juga sebab bahagian bawah tidak ditutup.

Namun bila diceritakan tentang budaya orang Scotland yang berskirt, memanglah pada pandangan mata orang di sana ianya bukan tasyabuh atau menyerupai wanita. Cuma saya cuba untuk membayangkan orang Islam di sana bersolat dengan berpakaian seperti itu iaitu lelaki yang berskirt. Ahhh! Bagaimana?

Seperti yang saya selalu perkatakan sebelum-sebelum ini, saya tidak terlalu rigid untuk menghukum seribu satu cara yang tidak mengikut sunnah adalah salah. Seperti berdakwah mengikut internet, menggunakan kereta berbanding unta, menggunakan berus gigi berbanding kayu sugi dan sebagainya.

Mahu guna internet untuk berdakwah, gunalah. Mahu berkereta berbanding unta, ikutlah. Mahu berberus gigi berbanding kayu sugi, teruskanlah. Tapi apa yang harus dalam kepala ialah cara yang ditunjukkan Nabi SAW adalah yang paling baik. Tak ada cara lain dah. Kalau dapat buat, alhamdulillah. Kalau tak dapat buat, istighfar dan berdoalah. Jangan dikatakan sunnah itu tak kena zaman dah.

Mana yang lebih baik antara dakwah internet dengan dakwah jumpa orang itu dengan penuh kasih sayang? Mereka-mereka yang di pelusuk pedalaman yang tiada akses internet bagaimana pula? Mana yang lebih baik antara belajar dengan Ustaz Youtube atau pergi ke majlis ilmunya untuk mendengar? Itu salah satu contohnya.

Oh ya! Perihal berjubah dan berniqab adalah budaya Arab dan bukan sunnah, katanya berniqab ini supaya debu dan pasir tidak masuk hidung. Kalau begitu, mengapa tidak orang lelaki di sana berniqab juga? Mungkin dikatakan yang lelaki berserban untuk menutup muka. Tapi berapa ramai yang berserban? Setahu saya niqab itu dipakai supaya wajah wanita disembunyikan. Dan baru-baru ini saya terbaca bagaimana para sahabat nak membezakan isteri Nabi SAW dengan hambanya adalah dengan wajah yang ditutup. Itulah sebenarnya beza pakaian orang yang merdeka dengan hamba.

Mari kita berbicara tentang satu sunnah yang tampak kecil yang orang hari ini kata tidak relevan iaitu sugi. Banyak dah kajian yang mengatakan kebaikan kayu sugi. Tapi yang hendak dibincangkan adalah kesannya terhadap alam sekitar.

Berada dalam industri petrokimia, saya banyak berkongsi buah fikiran dengan ahli kimia dan jurutera proses. Mereka menyuruh saya membayangkan jika satu juta orang memberus gigi menggunakan berus gigi dan setiap tiga bulan seperti yang disarankan hendaklah berus itu diganti. Bagaimanakah keadaannya kepada bumi kita? Itu baru sejuta, belum semua penduduk dunia. Jika dikumpulkan setempat berus gigi lama itu, pasti sudah jadi berbukit-bukau.

Dan satu yang perlu diingat, plastik adalah bahan yang tidak terbiodegradasi. Untuk menghapuskannya dari muka bumi, ianya harus dibakar dengan menggunakan insinerator pada suhu yang sangat tinggi. Hal ini pasti melibatkan kos yang tinggi juga. Bila cerdik pandai berfikir, mereka boleh memanipulasi proses itu untuk mendapatkan sumber tenaga dari stim. Tapi proses tersebut perlu dibuat pada kadar suhu yang rendah. Maka yang jadinya, toksin berleluasa.

Lalu apabila sisa toksin masuk ke dalam tanah, akar-akar pokok akan menyedutnya. Lalu pokok-pokok dan rumput ini dimakan oleh binatang. Binatang ini pula dimakan oleh manusia. Maka end-up kembalilah kepada manusia. Benarlah keterangan Allah yang kerosakan di muka bumi ini adalah dari tangan manusia sendiri.

Okelah! Sekarang bayangkan kalau semua orang hari ini pakai kayu sugi? Masih ada lagi pencemaran? Heh! Itu satu hal. Malah kayu sugi juga sesuai dibawa kemana-mana saja lalu dengan itu bolehlah mengamalkan siwak setiap kali hendak solat. Tak kool-lah bawa berus gigi dan ubat gigi dalam poket pergi shopping mall atau pejabat. Bila waktu Zohor atau Asar berus gigi dulu sebelum solat. Kool tak?

Itu baru satu sunnah yang kecil ya! Renung-renungkan dan selamat beramal.

Sekali lagi saya kata, saya tak salahkan cara lain. Tapi kita perlu beriman bahawa cara yang ditunjukkan Nabi SAW adalah yang terbaik, dan itulah hak kalimah Muhamaddurrasulullah. Di hari akhirat, kita akan dibangkitkan bersama dengan orang yang kita ikut. Tak berapa kool-lah kalau geng Nabi SAW dan para sahabat semua pakai jubah, tiba-tiba sesat saya pakai seluar jeans dan kemeja rambut belah tepi. Heh! Lagi satu, agak-agak nanti Nabi Isa AS turun ke dunia pakai baju Melayu ke?

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

25 comments:

Anonymous said... [Reply]

Assalamualaikum dan salam bahagia.

Baru-baru yang tak berapa baru sangatlah, saya ada terbaca satu artikel pasal pemahaman budaya dan perihal jangan menghukum sebelum memahami. Saya pun berbincang dengan satu orang kawan. Ada yang boleh diterima, ada yang beliau tak berapa setuju. Apapun kita raikan semua pihak yang mempunyai pandangan berbeza. Tidak ada siapa yang betul dan tiada siapa yang salah.

pahlawan said... [Reply]

kool gilew kan...
*macho gak kalau aku pon berpurdah p mall*

Ismi Ijmi said... [Reply]

ceyyyy,
siap ada citer pasal kimia.
budak UTP
hehe :D

Anonymous said... [Reply]

Tapi persoalannyo, mano nok caghi kayu sugi? banyok doh cari kat kedai, dop jupo. Gugel pn doh, dop jumpa hok betul2. Ke ambo keno petik kat pokok? Heee. Kirim kat Bijen la. buleh? Buat Online store. hehe

Jzkk

Bijen M. said... [Reply]

@pahlawan
Trylah trylah.
Plissss~
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Ismi Ijmi
Maaf.
Saya budak IT.
Hahak!

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Ado jo.
Acu tera caghi dekak kedai-kedai buku agama, barang sunnah takpon kedai barang haji.
Takpon cuba ghoyak dok mano.
Sene nok ghoyak kat mano buleh caghi.

Anonymous said... [Reply]

Ambo duk alik Shah Alam.

menusuk hati said... [Reply]

gantikan program berus gigi ramai2 kanak-kanak sekolah dengan program sugi gigi ramai2.mesti cool.lebih2 lagi kalau budak tadika.cool...

I.A.M.R. said... [Reply]

Yang sebenarnya...
Saya tak pandai guna kayu sugi

Pencari Allah said... [Reply]

mesej sama, cara penyampaian berbeza. :)

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Sahabat kata ada kat masjid negeri.
Kat Giant Section 13, Tesco, Tesco Extra pon ada kedai jual.
WA.

Bijen M. said... [Reply]

@menusuk hati
Kena ganti juga program susu lembu sekolah dengan susu kambing.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@I.A.M.R.
Tak pandai kena belajarlah.

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Haha.
Bab ilmiah kena sopan sikit.
:)

the fikirman said... [Reply]

sunnah nabi nie.. bila kita buat jer.. kita telah dapat kejayaaan.. :D

Anonymous said... [Reply]

Jazakumullahu khairan katsiro
:)

Edy Fee said... [Reply]

perghh giler kejam lelaki pakai skirt.jajajja lawak la gayenye

fuad ansari said... [Reply]

apa sahaja cara kehidupan yg dibawa oleh baginda nabi saw bolehlah dianggap sebagai budaya islam dan memberi banyak kebaikan kalaupun ia secara tidak langsung telah menjadi budaya orang arab.. (",)

salam ramadhan, tuan bijen.. (",)

Bijen M. said... [Reply]

@the fikirman
Tulah.
Jangan fikir banyak, ye dak?
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Waiyakum.
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Edy Fee
Tak lawak kalau pakai jalan-jalan dekat mall dekat Scotland.
Tapi kalau pakai buat solat, takleh bayang.
Heh!

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Bak kata Tuan Ibnu Mutallib, sebenarnya Nabi SAW yang merevise budaya Arab agar kena dengan Islam.
Bila nak belanja ifthar tuan?
Bukankah bagi makan orang yang berpuasa itu pahalanya tak kurang seperti orang yang berpuasa?
:D

airazulaikha said... [Reply]

mydin ada jual kayu sugi apa.. heheh

Bijen M. said... [Reply]

@airazulaikha
Ahaa!
Betei!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...