22.7.12

Muzakarah Nikah

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Akibat perasaan sibuk yang mencengkam dalam satu dua minggu kebelakangan ini, gua tidak dapat menumpukan fokus dan perhatian sebaik mungkin di hadapan laptop. Menggunakan tablet adalah alternatif untuk menghubungkan gua dengan dunia maya di saat sibuk sebegini. Namun mengarang karangan untuk dimuat naik dalam blog menggunakan tablet bukanlah satu cara yang baik untuk memuaskan nafsu. Lu orang faham tak ni gua cakap? Pendek kata, mengarang blog menggunakan laptop adalah lebih setim!

Baiklah! Bulan lepas Allah SWT bagi peluang ke gua bersyuhbah dengan satu orang ulama'. Sebut pasal ulama' mungkin pada pandangan kebiasaan masyarakat kita, perkataan ulama' itu terlalu tinggi untuk dilabel. Tidak sesuai untuk melabel ulama' kepada ustaz dari golongan biasa-biasa. Namun gua diajar dan cuba belajar untuk memuliakan dan mengangkat tinggi golongan ini walaupun dari golongan biasa-biasa saja. Kerana ilmu yang ada dalam dada mereka, itu ilmu nubuwwah. Ulama' itu orang yang berilmu juga kita panggil sebagai orang yang alim.

Cukuplah setelah bertahun lamanya gua mendewakan golongan retis, sekarang nak belajar pula cium tangan orang alim. Jujurnya kaki gua pernah hinggap di dada orang alim yang di dalamnya penuh dengan ilmu Allah. Moga Allah SWT ampunkan gua. T_T

Oke! Berbalik kepada cerita orang alim tadi, mulalah kami bertaaruf saling memperkenalkan diri. Seterusnya soalan yang ditanya beliau, dah berapa orang anak dah? Gua syak memang dia saja nak melawak. Dengan wajah gua yang muda remaja macam budak belasan tahun ini, tak patut sungguh beliau bertanya gua soalan sedemikian. Selepas gua memberi jawapan dengan menyatakan anak kucing pun tak ada, beliau membalas bahawa tak lama lagi gua akan berkahwin. Selang beberapa ketika, telefon gua bergetar akibat menerima panggilan dari bapak gua. Bapak gua mahu berbincang hal kahwin. Aneh!

Seiring kedatangannya ke tempat gua, gua pun melapangkan diri untuk bersafar bersamanya selama lebih kurang tiga hari tiga malam. Bagi pembaca diluar sana, petua amalan bersafar bersama boleh digunakan oleh seorang bapak untuk mengenali lebih lanjut tentang perihal seorang pemuda bagi dijodohkan dengan anak perempuannya. Dalam tempoh 3 hari bersafar itu, bapak tersebut boleh menilai jati diri pemuda yang bakal dijodohkan dengan anaknya. Boleh dilihat sesuai atau tidak. Baik perangainya atau tidak. Ini petua Saidina Umar RA. Tetapi dalam kes gua, bukanlah gua bersafar dengan beliau untuk di-interview kahwin. Gua nak gali ilmu dari beliau je.

Berhubung dengan petua di atas, patutlah banyak anak-anak muda yang keluar bersafar di-offer anak atau adik perempuan oleh rakan safar mereka setelah selesai pulang dari safar yang kadang-kadang memakan masa sehingga 40 hari ataupun 4 bulan. Ingat lagi pepatah, If your colleague offers you his daughter, then YOU WIN!

Sepatutnya kalau seorang pemuda nak kahwin dengan seseorang perempuan pun, dia kena ajak bapak perempuan itu bersafar sekali. Barulah boleh tahu hati budi bakal bapak mentuanya disamping mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Baru kamcing gua cakap lu!

Berbalik kepada cerita asal, banyaklah perkara yang dimuzakarahkan bersama. Cuma yang gua nak highlight kat sini hanyalah yang berkisar kepada bab kahwin. Gua tulis ni untuk diri sendiri supaya gua tak lupa dan gua dapat amal. Lu orang nak ambil manfaat, terpulanglah. Cuma tak perlu lu orang nilaikan sebagai rigid, jumud dan sebagainya. Masing-masing ada pendapat tersendiri mengikut pemahamannya.

Walimah Yang Mengikut Sunnah
Ustaz kata walimah ini yang sunnahnya adalah dibuat di belah pihak lelaki. Boleh kata sekali saja walimah yang perlu ada. Tak perlu sampai dua tiga kali. Dibuat di belah pihak lelaki kerana waktu itu isteri tersebut sudah menjadi miliknya. Dosa isterinya dia yang tanggung. Bapak si perempuan tidak lagi menanggung dosa anaknya itu. Maka berita kegembiraan adalah di sebelah pihak lelaki kerana keluarganya menerima ahli keluarga baru sedangkan di belah keluarga perempuan, mereka seolah-olah kehilangan ahli keluarga. Sepatutnya mereka bersedih dan tidak patut untuk diraikan dengan kenduri yang meriah bagai. Begitulah pada dasarnya.

Tambah pula si gadis akan mengikut si suami tinggal bersama. Maka patutlah dibuat walimah itu di pihak lelaki supaya fitnahnya dapat dielak. Namun tidaklah salah nak buat juga walimah di belah pihak perempuan. Cuma jangan beranggapan hal itu wajib untuk dilaksanakan sehingga mewajibkan dan membebankan si lelaki untuk mengeluarkan belanja hangus sampai berbelas ribu ringgit semata-mata majlis kenduri dapat dilaksanakan. Dengan mewajibkan perkara itu, ustaz berkata belanja hangus akan jadi belanja neraka.

Katanya yang wajib adalah pada mahar, bukan pada hantaran. Mahu letak mahar beribu-ribu, terpulang pada si wanita yang menilai dirinya. Tapi mewajibkan hantaran, itu tidak sepatutnya. Hantaran itu terpulang kepada pihak lelaki sebagai hadiah kepada si keluarga perempuan. Ustaz kata, terpulanglah kepada gua jika mahu menurut kehendak keluarga si wanita. Tapi bila gua dah lakukan, orang akan berkata "Si Bijen yang (konon) kuat berpegang sunnah itu pun buat, kira tak mengapalah kan kalau kita pun buat."

Bila ustaz berkata sedemikian, gua teringat pesanan Sheikh Nuruddin Al Banjari sewaktu beliau datang ke tempat gua. Katanya lebih kurang, kita ini penuh dengan slogan bermacam-macam. Membangun Bersama Islamlah, Bersama Kepimpinan Ulama'lah, Islam Hadharilah tetapi ciri-ciri kita tidak melambangkan Islam langsung. Songkok (baca: penutup kepala) tidak dipakai. Masih lagi berpakaian seperti orang kafir. Sepatutnya kita menjadi contoh kepada orang lain. Kita menjadi duta kepada agama. Memperkenalkan agama kepada orang yang masih jahil. Kita ini belajar sampai ke Mesir, Jordan. Ijazahnya bergulung-gulung. Sampai ke PhD. Kita belajar tentang sunnah. Kita orang paling faham tentang sunnah. Tapi bila lepas solat, sunnah Nabi SAW kita tinggal. Kita jadi imam namun wirid tasbih, tahmid, takbir 33 kali kita tinggalkan. Kita jadi asbab orang lain tinggalkan sunnah. Kita tahu sunnah, tapi kita berpakaian tidak mencirikan sunnah. Maka orang lain akan berkata, enggak apa-apa tidak memakai songkok (penutup kepala) atau beserban. Ustaz itu pun tidak bersongkok. Enggak apa-apa merokok. Ustaz itu pun merokok juga. Kita jadi asbab orang lain tinggalkan sunnah. Kita jadi asbab orang lain buta sunnah. Apalah guna ijazah yang berjela-jela tapi kalau mengadap Nabi SAW di hari akhirat, kita tidak diakui sebahagian daripada Baginda.

Wanita Keluar Bekerja
Perkara seterusnya yang dimuzakarahkan adalah mengenai perempuan yang keluar bekerja. Macam biasa, fitnah. Ustaz kata, bila wanita ini keluar bekerja dia akan lebih mengikut cakap bosnya daripada cakap suaminya. Contohnya bila suami sakit di rumah, isteri tidak dapat tidak terpaksa meninggalkan suami di rumah untuk keluar bekerja. Jika si isteri keluar tanpa rela suami, maka celakalah nasib si isteri pada hari itu. Kata ustaz, tak berbaloi gaji yang bini kita dapat nak dibandingkan dengan dosa yang suami kena tanggung. Si suami tak dapat nak jaga bila isteri berada di pejabat. Pergaulannya dengan bukan mahram bagaimana? Kalau pejabatnya dikalangan orang perempuan saja, itu tak menjadi masalah.

Bab Aurat Wanita
Ustaz cerita tentang aurat hamba dan aurat orang yang merdeka. Macam mana beza aurat Ummul Mukminin dengan aurat orang lain. Tapi malaslah gua nak cerita banyak kat sini. Hal khilafiah. Terpulanglah kepada individu nak ikut yang mana. Kalau nak muzakarah, boleh buat secara personal.

Bumi Allah Maha Luas
Lepas skip beberapa babak yang patut, akhir sekali gua tanya ustaz bagaimana jika gua menghadapi kesulitan berkenaan walimah gua nanti. Ustaz kata, jika masih belum selesai selepas berikhtiar dan berdoa, tinggalkan saja. Ustaz bercerita tentang kisah orang Arab Quraisy yang mengadu kepada Nabi SAW tentang kesulitan yang mereka hadapi. Nabi SAW berkata, bumi Allah itu Maha Luas. Rahmat Allah itu Maha Luas lagi. Tak berbaloi keberkatan perkahwinan yang kita nak cari untuk seumur hidup dunia akhirat itu kita korbankan dalam masa satu hari saja.

Eh! Terpanjang pula kisah gua kali ini. Okelah tu qadha post-post lepas gua ye dak? Okelah! Renung-renungkan dan selamat beramal.

Glosari
Bersyuhbah - Bersahabat
Ulama' - Orang berilmu/orang alim
Nubuwwwah - Kenabian
Retis - Artis (gaya tulisan bebudak masa kini)
Taaruf - Berkenalan
Bersafar - Bermusafir
Kamcing - Hubungan baik/ngam
Dimuzakarahkan - Dibincangkan
Jumud - Sempit
Walimah - Kenduri kahwin
Sunnah - Cara Nabi SAW
Mahar - Mas kahwin
Ummul Mukminin - Ibu Kepada Orang Beriman (gelaran kepada isteri Nabi SAW)
Khilafiah - Berbeza pendapat
Qadha - Ganti

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

19 comments:

Anonymous said... [Reply]

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Akibat perasaan sibuk yang mencengkam dalam satu dua minggu kebelakangan ini, gua tidak dapat menumpukan fokus dan perhatian sebaik mungkin di hadapan laptop. Menggunakan tablet adalah alternatif untuk menghubungkan gua dengan dunia maya di saat sibuk sebegini. Namun mengarang karangan untuk dimuat naik dalam blog menggunakan tablet bukanlah satu cara yang baik untuk memuaskan nafsu. Lu orang faham tak ni gua cakap? Pendek kata, mengarang blog menggunakan laptop adalah lebih setim!

As said... [Reply]

"Perasaan sibuk" atau perasan sibuk? Heh.

Thanks la lu.
Lu salu ingatkan gua pasal amalan sunnah dan kebesaran Allah.
Salu ingatkan akhirat tu jauh tinggi nilai nak di sisi kan dengan dunia.

Oh ye tadi kawan lama kita mai rumah gua, jadi tersebut nama lu ape dah cite.
Alamatnya gua pun tatau dan tak ambil tahu. Heh.

Gua tau Allah sentiasa jaga lu.

Lu nak walimah jangan lupa layang kad kat gua na.
Dan walimah gua, jika ada rezekilah kan, lu datang na.

Chowzz.

Anonymous said... [Reply]

Baru terfikir nak mengusulkan pada Si Ayah untuk ke kursus tiga hari bersama bakal menantu, skali terbaca entry ni pulak.

Luna said... [Reply]

aku baca sebab ada perkataan nikah. kau katne sekarang eh?

airazulaikha said... [Reply]

Ustaz itu pun tidak bersongkok. Enggak apa-apa merokok. Ustaz itu pun merokok juga. Kita jadi asbab orang lain tinggalkan sunnah. Kita jadi asbab orang lain buta sunnah.

# ya Allah janganlah aku jadi cikgu nanti,aku menjadi asbab murid-murid aku buat benda tak baik.

bila nak walimahnya matpis??

Bijen M. said... [Reply]

@As
Eh!
Gua nak tulis perasan sibuk sebenarnya.
Hari tu kawan lama emel gua, tanya dah kahwin belum.
Baru-baru ni jumpa bapak dia kat Mesjid Hadhori, bapak dia tanya jugak dah kahwin belum.
Tak habis-habis.

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Syor yang baik.
Semuga berjaya.
:-)

Bijen M. said... [Reply]

@Luna
Kerteh bang!

Bijen M. said... [Reply]

@airazulaikha
Guru umpama lilin membakar diri.
Ceewah!
Lu rasa-rasa bila walimah gua?

HijabRockers said... [Reply]

Perenggan ni :

Bumi Allah Maha Luas
Lepas skip beberapa babak yang patut, akhir sekali gua tanya ustaz bagaimana jika gua menghadapi kesulitan berkenaan walimah gua nanti. Ustaz kata, jika masih belum selesai selepas berikhtiar dan berdoa, tinggalkan saja. Ustaz bercerita tentang kisah orang Arab Quraisy yang mengadu kepada Nabi SAW tentang kesulitan yang mereka hadapi. Nabi SAW berkata, bumi Allah itu Maha Luas. Rahmat Allah itu Maha Luas lagi. Tak berbaloi keberkatan perkahwinan yang kita nak cari untuk seumur hidup dunia akhirat itu kita korbankan dalam masa satu hari saja.

(moga bila ustaz ni terangkan kat ko maka ko akan paham nasihat aku kemarin. doakan ko selamat menjalani kehidupan yg bahagia)

Umma-ali said... [Reply]

setuju dgn HR, wpun xtw apa nasihatnya...tapi agk2 sama kot pndangan kami...

fuad ansari said... [Reply]

moga dengan kefahaman yg betul, ummat dapat diselamatkan dari pelbagai masalah yg timbul...

tidak mustahil jika bermulanya kes pembuangan bayi disebabkan rentetan ketidakmampuan diri menyediakan hantaran kahwin yg tinggi..

berkenaan wanita yg keluar bekerja, ada benarnya pendapat tu... malah, sebilangan kecil wanita akan berkelakuan sedikit ego terhadap suaminya lantaran merasakan diri mampu hidup sendiri tanpa suami..

Bijen M. said... [Reply]

@HijabRockers
Doakan gua sentiasa.
Moga Allah bagi jalan tubik.

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Opkosla sama.
Anak dengan mak.
Eh silap.
Mak dengan nenek.

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Terpulang kepada kita sama ada ingin memilih jalan fatwa atau taqwa.

Timun Laut said... [Reply]

Baiklah! (take note)

Bijen M. said... [Reply]

@Timun Laut
:D

As said... [Reply]

Doa la tu maknanya. :)

Bijen M. said... [Reply]

@As
Amin!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...