31.7.12

Hikayat Bidadari Syurga

Maka malam itu seperti biasa, gua pun membuka kitab sambil membaca satu dua hadith dan ayat Al-Quran untuk renungan anak bini gua dalam majlis taklim pada malam tersebut.

"Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah." (Al-Imran:15)

Batrisya sudah mula pelik. "Walid! Nanti orang lelaki ada banyak isteri ke dekat syurga?"

"Erk! Bila masa walid kahwin sampai empat?" Gua naik hairan. Bini gua dah mula merenung tajam dengan hujung mata ke arah gua takut-takut gua ada menyembunyikan sebarang petanda.

"Tu walid baca, pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih..." Batrisya cuba mengingat. "Kan plural tu. Kan kan?"

Gua mengurut dada. Nasib baik! "Batrisya sayang.. itu maksudnya bidadari syurga."

"Oh.. bidadari tu apa walid?" soal Batrisya.

"Batrisya tak tahu ke bidadari tu apa? Umi tak pernah cerita?"

"Tak pun!" Batrisya menggeleng.

"Memanglah. Umi tu kuat jeles."

"Walid ceritalah bidadari tu apa. Nak tahu. Pedulikan je umi ni." Batrisya merengek minta bercerita.

...

Di syurga kelak, ada bidadari-bidadari yang sangat rindukan walid. Pagi petang siang malam tunggu walid datang kat diorang. Tapi sebab walid belum mati lagi, so diorang terpaksa tunggu dan tunggu sambil menjenguk-jenguk ke bumi melihat-lihat dan melambai-lambai walid.

Nak cerita, bidadari ni sikit punya cantik. Tak ada siapa boleh lawan. Umur mereka sebaya dengan ahli syurga. Gadis jelita. Kulitnya putih melepak. Matanya tersangatlah cantik tak boleh tahan. Bidadari ni sentiasa dalam keadaan dara.

"Batrisya tau dara tu apa?"

"Tak!"

"Oke takpe. Nanti umi ajar bila dah besar."

Mata diorang tak pernah pandang tempat lain selain tengok muka walid je. Buah dada diorang tegang-tegang, montok-montok tahu. Sekali diorang tunjuk muka, terang benderang alam ini. Sehelai saja rambut jatuh ke bumi, harum semerbak segenap penjuru timur dan barat.

Bila saja walid masuk ke dalam syurga, walid akan disambut oleh bidadari dengan pelukan yang hangat dan erat. Dalam setiap mahligai di syurga itu ada tujuh puluh kamar. Dan setiap kamar itu ada tujuh katil. Dan setiap katil itu ada menanti bidadari-bidadari untuk melayani walid.

"Walid tak penat ke layan reramai pempuan?"

"Huish! Jangan cakap macam tu. Walid dah ready dah. Nanti walid punya kekuatan macam seratus orang lelaki yang gagah perkasa. Tak tahu erti penat."

"Wow! Katang walid ni."

"Well!"

"Batrisya tahu tak kalau umi buat walid sedih, apa bidadari ni cakap?"

"Dia cakap apa walid?"

Bidadari ni akan melaknat sambil berkata, "Janganlah kau menyakitinya. Semoga Allah memerangimu. Sesunguhnya dia hanyalah tamu di sisimu, sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkanmu.”

"Sampai macam tu sekali ye walid?"

"Sampai..."

Batrisya tahu bidadari ni pakai 70 lapis pakaian. Tapi pakaiannya sangat nipis jarang dan ringan. Sampai boleh nampak apa dalam baju. Sampai boleh nampak jiwa diorang. Boleh nampak terpahatnya nama walid dan tanda cinta mereka yang penuh mekar kepada walid. Oh! Tak tahan lagi. Walid rasa macam nak mati laju-laju je.

"Sampai hati walid nak tinggal Batrisya dengan umi. Habis tu nanti umi cane?"

"Umi nanti walid tak pandang dah."

Gua dah nampak bini gua mula mendengus seperti harimau malaya kepenatan solat tarawikh.

Gua lalu memujuk, "Hek! Umi nanti jadi ketua bidadarilah. Lagi special dari bidadari-bidadari lain. Hasil dari solat, puasa dan ibadah kepada Allah SWT."

Allah meletakkan cahaya di wajah, tubuhnya adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas.

...

Bini gua mula kembali menguntum senyuman. Lega benar rasa hatinya.

"Batrisya.. Batrisya dah besar kan?"

"Aah!"

"Dah tu kenapa duduk atas riba umi lagi? Kesian umi. Umi tu dahlah kurus keding. Nanti tulang patah, apa pun walid tak dapat."

"Hoh! Mencik!" bini gua terus menempik.

Lalu gua pun cepat-cepat tukar topik sebelum keadaan menjadi lebih gersang. "Okelah! Semoga apa yang kita dengar malam ni dapat kita ambil iktibar, amal dan sampaikan. Kita sudahi majlis dengan tasbih kaffarah..."

"Oke! Jazakumullah khair. Jangan lupa niat puasa walid, umi. Sayang walid, umi. Nite nite sleep tite. Assalamualaikum!"

...

N/S: Kadang-kadang skrip kehidupan yang kita karang tak sama pun dengan apa yang telah Dia karang.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

19 comments:

Anonymous said... [Reply]

Maka malam itu seperti biasa, gua pun membuka kitab sambil membaca satu dua hadith dan ayat Al-Quran untuk renungan anak bini gua dalam majlis taklim pada malam tersebut.

"Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah." (Al-Imran:15)

alien said... [Reply]

hehe..

HijabRockers said... [Reply]

masuk syurga dlu baru merasa ya bijen...... Iman amal keje dakwah mau tiptop. Banyak berangan je mmg xjalan ae...

نور توفيقة ادريس said... [Reply]

Batrisya meh duduk dekat Aunty Pqa.. I have stories to tell you..

Soon, ummi Batrisya masuk syurga hundredsssss of years earlier dari Walid.. Bidadari2 yang super duper tu semua jadi gundik Ummi je..

Batrisya waktu tu tak duduk dekat Ummi.. Tak duduk dekat Walid..

Batrisya pun tengah siap2.. Tunggu suami Batrisya, sambil gundik2 tolong make up:)

Mas blogger said... [Reply]

salam?

selamat berpuasa ustaz...lama x jengok blog yg best giler nie....he3

Siti Fairos Jaafar said... [Reply]

Aunty Pqa: terbaek!!!

HijabRockers: terbaek!!!

Bijen M: terbaek!!!anda berjaya membuat saya ketawa berdekah2..hehe..

Bijen M. said... [Reply]

@alien
He he he!

Bijen M. said... [Reply]

@HijabRockers
Ho ho!
Baek!

Bijen M. said... [Reply]

@نور توفيقة ادريس
Alar makcik ni.
Potong stimlah reveal the secret.

Bijen M. said... [Reply]

@Mas blogger
Salam cikgu.
Selamat berpuasa dan berhari raya juga!
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Siti Fairos Jaafar
Amboi!
Semua nak terbaek terbaek.
Heh!

aku-alam said... [Reply]

"Hoh ! Mencik !" (jugak !)
Indahnya syurga..
Cenggini kena usaha lagi nak lawan bidadari syurga tu.. Adehhh !! Practice makes perfect.. hehe..

fuad ansari said... [Reply]

(",)....

Berbunga2 rasanya hati selepas membaca entri ni... (",)

Tu mujur tak cerita, "di syurga, setiap lelaki syurga akan punya dua orang isteri,"..

kalau di cerita, silap2 mau lagi kuat tempikannya sebab takut di dunia lagi sudah pasang dua..

(",)

Bijen M. said... [Reply]

@aku-alam
Ahahak!
Akak punya fight tinggi lagi.
Doakan yang terbaik!

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Terus tidur luarlah malam tu.
;)

Anonymous said... [Reply]

Kenapa setiap kali saya baca tentang bidadari syurga, saya rasa tidak adil?
sebagai seorang wanita muslim, saya rasa hairan kenapa Allah jadikan bidadari2, kenapa ayat2 Al Quran bercerita tentang syurga, mesti ada menyebut bidadari? Mengapa perlu ada bidadari? Rasa sedih menjadi wanita. Seriously sedih. Kenapa bila seorg isteri menyakiti hati suami, ada bidadari menepelak, apakah bila seorang suami menyakiti hati isteri, adakah pemuda syurga yg akan menempelak si suami tersebut? kenapa tiada ayat quran yg menyebut tentang hensemnya pemuda syurga yg menanti2 kehadiran si isteri ke syurga? kenapa tiada 2 suami di syurga?

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
:)
Jangan rasa tak adil, sebab Allah itu Maha Adil.
Mungkin sebab saya lelaki, jadnya penulisan saya memihak kepada lelaki.
Orang lelaki, nafsunya kepada wanita.
Maka diciptakan bidadari di syurga untuknya.
Wanita nafsunya pada kecantikan dan harta benda.
Maka diciptakan segalanya itu di syurga.
Suami yang menyakiti isterinya, bukan setakat pemuda syurga yang menempelaknya tetapi Nabi SAW dan Allah SWT pun tidak suka padanya.
Yakin dan percayalah, martabat wanita itu diangkat setinggi-tingginya dengan agama Islam.
Mungkin kita saja masih belum nampak akan ia.
:)

Anonymous said... [Reply]

@Bijen M.

Wanita nafsunya pada kecantikan dan harta benda? Saya kurang bersetuju dgn statement tu, sbb lelaki juga nafsunya pada kehenseman/kemachoan dan apatahlagi harta benda.. wanita juga sama seperti lelaki, nafsunya kepada lelaki.. wanita bukan makhluk yg tiada perasaan cemburu, wanita bukan robot, kdg2 saya jadi hairan dgn ganjaran2 syurga yg agak 'memihak' kepada lelaki.. saya tak nafikan Allah Maha Adil, cuma saudara nampakkah apa kebuntuan saya? saya takut terjerumus dlm memikirkan perkara2 yg mengundang kemurkaan Allah tetapi dlm masa yg sama saya tidak boleh menafikan pertanyaan2 yg datang dlm fikiran saya

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Nafsu lelaki ada satu dan terhad.
While nafsu perempuan ada sembilan.
Umumnya, lelaki hanya akan nampak perempuan bila jalan di mall-mall.
While umumnya, perempuan even bila jalan dengan suami dekat mall, dia akan lupa suaminya untuk terus shopping shopping dan shopping.
Bila test baju, sure akan tanya cantik tak cantik tak tanpa fikir sebenarnya suami dah boring nak layan dia.

Satu perkara saya nak tanya, awak pernah masuk syurga?
Atau pernah mimpi berada di dalam syurga?
Nafsu tak akan pernah puas bila di dunia.
Tetapi syurgalah tempat untuk puaskan nafsu.
Macam mana cara untuk Allah SWT nak puaskan nafsu kita tak kiralah lelaki atau perempuan, itu terpulang pada Allah SWT.
Tetapi beriman dan percayalah, awak tak akan menyesal masuk syurga.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...