26.7.12

Hantu Ramadhan?

Sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, sekumpulan pelajar pun merancang aktiviti hujung minggu mereka. Mereka bersepakat untuk beriktikaf di masjid sambil mempergiatkan diri dengan ibadah sunat.

Orang kata bulan Ramadhan tak ada hantu. Khabarnya syaitan dah kena ikat. Cumanya yang gua rasa hantu ni boleh terdiri dari golongan jin. Gua syak jin tak kena ikat pun. Maka logik juga hantu tetap ada di bulan Ramadhan. Itu kemusykilan yang masih terbuku di jiwa.

Sepanjang mereka beriktikaf di masjid, berbagai aktiviti telah dijalankan. Ada majlis taklim. Ada halaqah tajwid. Ada perbicaraan tentang iman dan amal. Ada amalan ziarah dari rumah ke rumah. Ada macam-macam lagi program yang dibuat bersama orang kampung untuk menghidupkan masjid. Di samping itu masa mereka banyak dihabiskan dengan bertilawah, berzikir, solat sunat dan sebagainya.

Bila dah asingkan diri dengan tarikan dunia, insyaAllah mudah untuk kita buat amal kebaikan. Bila beriktikaf di masjid, kita berada dalam suasana ketaatan malaikat. Kerana masjid merupakan rumah Allah, tempat pertama turunnya rahmat Allah. Sebab itu di zaman Nabi SAW, tawanan perang yang diikat di masjid akhirnya memeluk Islam. Kerana sejuk hati mereka berada di sana ditambah lagi terpesona dengan akhlak dan ibadah umat Islam waktu itu.

Banyak betul kebaikan iktikaf ni. Malah menjadi sunnah Nabi SAW untuk beriktikaf di masjid di 10 hari terakhir Ramadhan.

Baiklah! Sambung kisah sekumpulan pelajar tadi. Malam itu Karim mengambil port untuk berqiyamulail di hadapan tingkap supaya dapat merasai angin bayu menggigit bulu roma. Malam tersebut memang agak panas. So port depan tingkap di bawah kipas dinding yang ditala direct ke arahnya memang cukup mengasyikkan.

Dari celah tingkap itu jelas kelihatan stor barang masjid. Dalam samar-samar, kelihatan tempat mandi mayat yang diletakkan di situ. Dalam hati Karim berkata, "Bagus juga. Biarlah tempat mandi mayat ini dapat mengingatkan aku kepada kematian."

Lalu dia pun meneruskan solatnya dari satu rakaat ke satu rakaat yang lain. Akhirnya dalam rakaat yang ke berapa kali entah, Karim pun bangun dari duduk istirahah untuk menyambung ke rakaat yang seterusnya.

Usai Ahmad bangun dan mengangkat takbir matanya terpaku memandang ke celah tingkap. Bulu romanya stim tak terkata. Tercengang dia melihat tiba-tiba ada satu lembaga bangun dari tempat mandi mayat tersebut. Dan baru dia sedar ada kawasan kubur tak jauh dari masjid berkenaan.

Waktu itu, khusyuk entah ke mana mati entah ke mana.

...

Keesokannya Karim demam.

"Jumpa lailatul qadar ke malam tadi bang?" Kamal cuba mengusik. "Ke dapat wahyu?"

"Celah mana wahyu. Nampak hantu adalah," jawab Karim.

Ikhwan mentertawakannya, "Kah kah kah! Jumpa kat mana bulan-bulan biasa camni?"

"Dekat stor. Dekat tempat mandi mayat."

Najib datang dekat Karim sambil menepuk bahu Karim, "Itu gua. Malam tadi gua tidur luar pasal dalam panas sangat. Keh keh keh!"

"K!" Karim menarik muka seposen.

...

P/S: Bulan puasa ada hantu tak?

P/S/S: Jangan halang orang nak iktikaf bulan-bulan puasa ni. Nak hidupkan sunnah orang kata.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

11 comments:

Anonymous said... [Reply]

Sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, sekumpulan pelajar pun merancang aktiviti hujung minggu mereka. Mereka bersepakat untuk beriktikaf di masjid sambil mempergiatkan diri dengan ibadah sunat.

pahlawan said... [Reply]

nasib beliau tak mandi sekali dlm tab mandi tu...

Tabir Lusuh said... [Reply]

Kesian nyee..

ana fatihah said... [Reply]

saspen jer cerita..kesian Karim,sampai demam.hehe

airazulaikha said... [Reply]

siap tidur kat situ... heheh

Bijen M. said... [Reply]

@pahlawan
Kalau tak cukup bajet buat bathtab dekat rumah, bolehlah pinjam mesjid punya.

izzatimar'e said... [Reply]

salam...
bagus karim tu, tapi tulah manusia kan? xleh nmpk bnd yg berkaitan ngan bnd ghaib, mmg terus patah smgt... nak2 plak waktu pagi2....

seronoknye dpt luang masa tahajjud kat masjid! ^^

Bijen M. said... [Reply]

@Tabir Lusuh
Tulah.
Kesian dia.

Bijen M. said... [Reply]

@ana fatihah
Dapat hakikat tu.
Heheh!

Bijen M. said... [Reply]

@airazulaikha
Dah panas, semua boleh jadi.
:-)

Bijen M. said... [Reply]

@izzatimar'e
Kita selalu dimomokkan sebegitu.
T.T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...