4.7.12

Bali, si tukang bela gajah.

Suasana di jalan raya pada pagi itu sesak sekali. Jarang-jarang jalan raya di Kerteh ini mengalami kesesakan lalu lintas. Melainkan jika ada kemalangan yang menyebabkan banyak orang ramai bertukar menjadi prihatin.

Mereka memperlahankan kenderaan lalu memuncungkan mulut sambil menggeleng-gelengkan kepala, "Chutt chutt chutt... kesiannn." Skrip yang sama setiap kali ada kemalangan di negara Malaysia. Kalau tak pun, "Eh abang! Ada accident ke?"

Tapi yang berlaku pada hari itu bukan kemalangan. Cumanya ada seekor gajah besar sedang menggunakan jalan raya. Habis kereta-kereta terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas pada hari itu. Terpaksa mengikut gajah yang jalannya selaju kura-kura.

Walaupun sedar orang ramai sedang menyumpah-nyumpahnya, namun si tukang bela gajah tersebut masih buat selamba gajah saja sambil buat pekak gajah. Beranggapan seperti tiada apa-apa yang sedang berlaku. Dia tak sedar yang tindakannya membawa gajah tersebut menggunakan jalan raya telah menyusahkan berbagai pihak.

Namun dalam banyak-banyak orang yang menyumpahnya, ada seorang pemuda yang kacak tidak menyumpahnya. Ini kerana sewaktu dia hendak memintas gajah tersebut, dia melihat si tukang bela gajah rilek saja menambat gajah besar tersebut dengan menggunakan tali yang nipis.

Oleh kerana semangat inkuiri si pemuda kacak tadi membuak-buak, beliau pun memberhentikan kereta di tepi jalan lalu menemui si tukang bela gajah tadi untuk menemuramah. Beliau sebenarnya berasa hairan bagaimana si tukang bela gajah tersebut hanya menambat gajah yang besar itu dengan hanya menggunakan seutas tali yang nipis. Boleh kata, sekali gajah tu rentap kompem putus.

"Bro! Pakai tali nipis gini boleh ke?" Tanya pemuda kacak itu.

Sambil tersengih si tukang bela gajah itu pun menjawab, "Tadehal bro! Oke je!"

"Gua tengok kalau gajah ni rentap sekali je boleh putus dah. Tapi gua tengok lu rilek je. Apa rahsianya?"

"Lu nak tau? Dulu masa gajah ni kecik, gua pakai tali besar gini gak. Sampai ke besar dan semakin membesar, tetap pakai yang ini jugak."

"Makanya?"

"Maka dulu dia kecik, dia tak dapat lepaskan diri dari tali setebal ini. Sampai sekarang, dia masih fikir dia tak akan dapat lepaskan diri dari tali setebal ini."

"Ohhhhh!"

...

Seseorang masih belum dapat keluar dari kepompong kerana masih dibelengu dengan sejarah halangan terdahulu. Padahal dia tidak sedar bahawa kini dia sudah mampu.

Oh lagi satu. Bantuan demi bantuan oleh you-know-that menjelang you-know-that gua lihat hanya sekadar dapat merawat penyakit untuk seketika. Lama kelamaan wang bantuan itu pun habis. Padahal punca masalah tidak diselesaikan. Perkara ini akan berulang dan terus berulang.

Satu perkara yang gua belajar baru-baru ini, di sesebuah negara ada yang mengamalkan prinsip orang kaya terus kaya dan orang miskin terus miskin. Mereka tak mahu mendekatkan jurang itu supaya orang miskin ini akan sentiasa perlu bergantung kepada you-know-that.

Nampak tak, nampak tak? Okebai!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

13 comments:

Anonymous said... [Reply]

Suasana di jalan raya pada pagi itu sesak sekali. Jarang-jarang jalan raya di Kerteh ini mengalami kesesakan lalu lintas. Melainkan jika ada kemalangan yang menyebabkan banyak orang ramai bertukar menjadi prihatin.

Mereka memperlahankan kenderaan lalu memuncungkan mulut sambil menggeleng-gelengkan kepala, "Chutt chutt chutt... kesiannn." Skrip yang sama setiap kali ada kemalangan di negara Malaysia. Kalau tak pun, "Eh abang! Ada accident ke?"

airazulaikha said... [Reply]

nampak. nampak sgt.
i know what u mean. and i know that. ehheh

pahlawan said... [Reply]

ahakh...
Naseb wa bela harimau...
X yah ikat2...

[ a D D y h A I K A L ] said... [Reply]

padu

Cik Mala said... [Reply]

Terbaik!!!
Ringkas tapi mendalam...

Miss Etown said... [Reply]

hi. nice entry. im already follow ur blog.. feel free to visit n follow me back.. thanks :)

Bijen M. said... [Reply]

@airazulaikha
I know you want me, you know I want cha!
Ha ha!

Bijen M. said... [Reply]

@pahlawan
Lu bela harimau pondan bolehlah tak ikat.
Hehek!

Bijen M. said... [Reply]

@[ a D D y h A I K A L ]
Paddy!
:)

Bijen M. said... [Reply]

@Cik Mala
:)

Bijen M. said... [Reply]

@Miss Etown
Oh tank!

Pencari Allah said... [Reply]

ubah perspektif pemikiran boleh ubah dunia. kasi gegaq sikit :)

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Jom gegaq!
;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...