28.6.12

Tahajed Cinta

"Nantilah dulu," jawab ibunya.

Ahmad menunduk kecewa. Itu jawapan kali ke 150 juta dari mulut ibunya bila dia berbicara saja bab kahwin. Cakap pasal kahwin saja, ibunya pasti menolak akan hasratnya.

Entah apa yang emaknya fikirkan. Nak kata kecil lagi, umur dah tua. Nak kata tak ada wang sendiri, sekarang sudah bekerja.

Ahmad pun tak faham dengan prinsip ibunya. Mungkin ibunya belum sedia melepaskan Ahmad jauh dari ketiaknya. Apalah nasib Ahmad. Sungguh kesian.

Setiap malam Ahmad bangun pukul 4 pagi menuju ke tandas. Kedengaran jelas bunyi air muntah dari gayung menjunam ke lantai.

Cebooooorrrrr!

"Abang! Dengar tak bunyi tu?" tanya ibunya kepada bapanya tengah-tengah malam buta.

"Hoh! Awat?" balas bapanya dalam keadaan kelopak mata yang terbuka sedang-sedang.

"Dah dekat seminggu dah saya perasan si Amad tu mandi tengah-tengah malam. Risau saya."

"Hmm. Apa awak fikir?" tanya bapaknya.

"Saya risaulah. Takut dia dah tak tahan sangat. Budak muda kan," balas ibunya.

"Awak rasa dia melancap? Takpun asyik baca buku porno sampai termimpi-mimpi?"

"Boleh jadilah. Hari-hari dok minta dengan saya nak kahwin, nak kahwin. Tak tahan sangatlah tu. Berat sixty six ni bang."

"Amende sixty six?"

"Berat nanang!"

"Oh! So nak buat apa sekarang?"

"Kahwinkan jelah dia."

"Hmm. Elok juga. Esok awak tanyalah dia."

...

Dalam kedinginan pagi itu, Ahmad masih tekun di atas sejadah menyeru Tuhan sambil mengalirkan air matanya setelah badan segar-bugar lepas mandi pagi.

"Ya Allah.. Kau bukakanlah pintu hati orang tuaku dan orang disekelilingku.."

...

Pagi itu waktu sarapan, ibunya merenung wajah Amad yang sedang khusyuk menjamah karipap pusing.

"Amad. Hang nak kawen sesangat ka?"

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

25 comments:

Anonymous said... [Reply]

"Nantilah dulu," jawab ibunya.

Ahmad menunduk kecewa. Itu jawapan kali ke 150 juta dari mulut ibunya bila dia berbicara saja bab kahwin. Cakap pasal kahwin saja, ibunya pasti menolak akan hasratnya.

Entah apa yang emaknya fikirkan. Nak kata kecil lagi, umur dah tua. Nak kata tak ada wang sendiri, sekarang sudah bekerja.

Ahmad pun tak faham dengan prinsip ibunya. Mungkin ibunya belum sedia melepaskan Ahmad jauh dari ketiaknya. Apalah nasib Ahmad. Sungguh kesian.

miza kimbum said... [Reply]

akhirnya...termakbul juga doa ahmad

the fikirman said... [Reply]

haha....
melan***....

|| A r a W a n i || said... [Reply]

termakbul~
Alhamdulillah!

Danial_arif said... [Reply]

dah sampai seru dah Amad oi....haha

Cik Mala said... [Reply]

Solution yang bagus. Memohon pada yang Empunya Hak.

Pencari Allah said... [Reply]

Doa di awal cerita, memberi kesan yang mendalam bahawa ALLAH MAHA MENGKABULKAN DOA.

Luna said... [Reply]

alah. dia pun kemain juga. cakap orang.

I.A.M.R said... [Reply]

Nak sambungan..

Ismi Ijmi said... [Reply]

:D

airazulaikha said... [Reply]

doa senjata utama.

Bijen M. said... [Reply]

@miza kimbum
Aminnnn.
Alhamdulillah.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@the fikirman
Apa censored-censored ni?
Ha ha ha!

Bijen M. said... [Reply]

@|| A r a W a n i ||
Alhamdulillah.
Allah kabul.
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Danial_arif
Aah ye.
Kalau dah sampai seru, tayah minta pun dia datang.
Heheh!

Bijen M. said... [Reply]

@Cik Mala
Itu yang sepatutnya.
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Semua natijah pun datang dari Allah kan.
;)

Bijen M. said... [Reply]

@Luna
Eh eh.
Sape kate?
Ni cerita rekaan je.

Bijen M. said... [Reply]

@I.A.M.R
Sambunglah sendiri.
Blog dia tak nak tulis.
Ceh!

Bijen M. said... [Reply]

@Ismi Ijmi
Nape senyum-senyum?
Dah nak pi 4B ke?
:D

Bijen M. said... [Reply]

@airazulaikha
Doakan untuk saya ya.
Ha ha ha!

Norsha said... [Reply]

sian Amad....habis, apa Amad jawab kat mak dia?

نور توفيقة ادريس said... [Reply]

Kena tukar mentality as what mama Ahmad is having..

Bangun mandi pagi2 buta, right away said due to mel*****

-_-"

Bijen M. said... [Reply]

@Norsha
Tanya lagi apa Amad jawab?
Heheh!
Boleh teka kot.

Bijen M. said... [Reply]

@نور توفيقة ادريس
Bayangkan sebuah femili yang tak menjadikan tahajud sebagai amalan.
So tak datang idea yang anaknya bangun tahajud.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...