7.6.12

Special Request - Muhammad Rasulullah

(Entri special request ni lain sikit dari yang lain. Namapun special)

Ulama' cakap, apa yang kita lemah itu yang kita kena banyakkan dakwah. Supaya Allah SWT bagi kekuatan kepada kita untuk kita amal apa yang kita sampaikan. Maka hari ini saya nak banyakkan dakwah tentang Muhammad Rasulullah. (rujuk sini)

Sebab apa kita kena banyakkan dakwah? Sebab kalau kita tak dakwah, kita akan menjadi semakin lemah. Malah bila kita tak dakwah, kita akan jadi mad'u. Makna kata kita pula akan didakwah. Kalau kita didakwah kepada kebaikan tak mengapa. Cuma takut-takut kita didakyah kepada keburukan. Na'uzubillah. Macam kisah perang Tabuk tempoh hari. (rujuk sini)

Oke! Sekarang mari kita telusuri kepada apa yang dimaksudkan dengan Muhammad Rasulullah? Perkara ini diertikan dengan makna Muhammad adalah pesuruh Allah SWT. Dari segi maksud dan tujuan, perkara tersebut membawa kefahaman bahawa cara yang ditunjukkan oleh Baginda SAW melalui sunnah yang terdiri daripada surah, sirah dan saghirah adalah cara yang paling terbaik untuk diikuti umat manusia kerana di dalamnya ada kejayaan.

Sesungguhnya Nabi SAW diturunkan ke muka bumi ini dalam bentuk manusia untuk diikuti oleh manusia. Baginda SAW diturunkan membawa syariat Allah SWT. Itulah dia hak Lailahaillallah yang membawa erti tiada Tuhan selain Allah. Bukan setakat diulang sambil goyang-goyang di dalam majlis tahlil. Tapi ada hak yang perlu ditunaikan iaitu dengan mengikut syariat dan perintah Allah SWT. Dengan cara yang ditunjukkan Nabi SAW yakni Muhammad Rasulullah. Nampak tak kombinasi di situ?

Contohnya perintah Allah dalam Al-Quran agar bersolat. Itu adalah Lailahaillallah. Tak ada perintah yang lebih besar melainkan perintah Allah. Walaupun bos suruh kerja tanpa henti, tetap perintah Allah SWT lebih besar dari segalanya.

Maka caranya adalah seperti yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Jadilah Muhammad Rasulullah. Cara Nabi SAW dengan tiga tertib iaitu solat secara berjemaah, di awal waktu dan di tempat azan dilaungkan. Selain dari cara itu, tak ada kejayaan. Pernah dengar Nabi SAW solat fardhu secara solo? Tak ada riwayat der. Sehinggakan solat terakhir Nabi, Baginda minta dua orang sahabat tolong papahkan Baginda untuk menyertai solat berjemaah dengan diimamkan oleh Saidina Abu Bakar RA.

Makna kata di sini solat di rumah bukanlah tidak sah. Sah! Cuma ulama kata, kita sekadar cukup syarat menunaikan perintah Allah SWT. Pahala solat, wallahu'alam. Seperti mana orang berpuasa yang hanya dapat lapar dan dahaga. Juga seperti mana orang yang berpuasa tapi masih meninggalkan solat. Juga seperti mana orang yang bersolat tapi masih tak tutup aurat. Ibadatnya tak memberi kesan sampingan kepada imannya. Kerana apa? Kerana bila dia meninggalkan sunnah, kejayaan hilang dari sisinya. Faham?

Dalam bab perkahwinan misalnya. Konon kita mahu mengikut sunnah dengan berkahwin. Tapi bila majlis perkahwinan itu sendiri dicemari dengan adat dan kebiasaan perkara yang tidak mengikut sunnah, maka apalah gunanya lagi sebuah perkahwinan. Tak ada kejayaan di sisi Allah SWT. Boleh jadi hilang keberkatan rumah tangga sejak awal-awal lagi. Na'uzubillah.

Nabi SAW diturunkan sebagai satu role-model kepada umat manusia. Apa saja yang ditunjukkan oleh Baginda telah diperakui dan dijamin oleh Allah SWT. Tidak ada penafian lagi. Maka cara siapa lagi yang hendak kita ikut kalau bukan cara Nabi SAW?

Ibaratnya askar-askar Malaysia yang bekerja dengan kerajaan Malaysia. Jika mereka memakai uniform askar Thailand misalnya, pastilah mereka akan dibuang kerja. Serupa juga kita. Kita orang Islam dan mengaku Islam. Tetapi dalam masa yang sama kita masih memakai 'uniform' Yahudi, Nasrani, Majusi dan lain-lain lagi. Sudah tentu di hari akhirat kita akan dibuang oleh Allah SWT ke dalam api neraka. Na'uzubillah. (Petikan ucapan ulama)

Pada suatu hari Umar RA pernah bertanya kepada anaknya merangkap isteri Nabi SAW iaitu Hafsah RHA, "Engkaulah yang boleh menceritakan sebaik-baik pakaian Nabi SAW di rumahmu?"

Lalu jawab Hafsah RHA, "Dua kain yang kemerah-merahan yang Baginda SAW pakai pada hari Jumaat atau ketika menyambut rombongan."

Bertanya lagi Umar RA, "Apakah makanan yang terbaik dimakan oleh Baginda di sini?

Hafsah RHA berkata, "Makanan kami ialah roti daripada barli. Pada satu kali saya telah menyapukan roti yang masih panas dengan saki baki minyak sapi. Rasulullah sendiri memakan roti itu dengan lazat dan menghulurkan roti itu kepada orang lain."

Ditanya lagi, "Apakah hamparan tidur yang terbaik yang kamu hampar untuk Nabi SAW?"

Dijawab, "Sehelai kain yang agak tebal. Pada musim panas saya hampar kain itu berlipat empat dan pada musim sejuk, separuh digunakan untuk hamparan dan separuh lagi sebagai selimut."

Lalu Umar RA berkata, "Hafsah! Sampaikan kepada mereka bahawa Rasulullah SAW telah menentukan satu cara hidup melalui bentuk amalan Baginda SAW dan berpada dengan harapan akhirat. Perumpamaan daku dan dua rakanku Rasulullah SAW dan Abu Bakar RA ialah seperti tiga orang yang melalui satu jalan. Orang pertama telah memulakan perjalanannya dengan membawa satu bekal dan telah sampai ke destinasinya. Orang kedua pun telah mengikut orang yang pertama, berjalan di jalan orang pertama dan telah sampai ke sisinya. Kemudian orang yang ketiga memulakan perjalanan. Sekiranya dia berjalan di jalan lain daripada jalan mereka, tidak mungkin dia akan bertemu mereka."

Beginilah kehidupan para sahabat yang sedaya upaya mencontohi Nabi SAW. Hidup dalam kezuhudan walaupun beliau sendiri digeruni dan ditakuti oleh raja-raja. Pakaian beliau sendiri ditampung dengan 12 tampalan.

Pada suatu hari 'Utbah Abi Farqad RA telah datang dan menziarahi Umar lalu dipersilakan makan. 'Utbah RA pun mulalah makan tetapi roti itu terlalu kasar sehingga beliau tidak dapat menelannya lantas berkata, "Sebenarnya engkau boleh makan roti daripada gandum yang lebih halus."

Lalu jawab Umar RA, "Adakah semua orang Islam mampu makan roti daripada gandum yang lebih halus?"

'Utbah berkata, "Tidak semua orang mampu."

Umar RA membalas, "Sungguh menyedihkan, engkau ingin supaya aku menghabiskan segala kenikmatan di dunia ini saja."

Oh! Banyak sangat kalau nak diceritakan tentang hal ini. Nanti entri ini akan jadi panjang berjela. Tapi namapun entri special request.

Makna kata di sini, segala yang ditunjukkan Nabi SAW mampu diamalkan oleh semua lapisan masyarakat. Seperti contoh dalam bab makan misalnya. Mujur Nabi SAW tidak makan pakai sudu. Kalau tidak, payah pula orang miskin nak ikut sunnah kena cari sudu nak makan. Kena beli meja dan kerusi pula. Tak ada duit, beli ansuran dengan Courth Mammoth. Oh! Susah susah. Lantas kena berhutang pula. Lepas tu mati tak sempat bayar hutang. Maka roh tergantung-gantung di awangan. Susah kan kalau sunnah Nabi SAW sebegitu rupa?

Begitulah pentingnya sunnah. Kita kena amal walau dalam apa keadaan sekalipun kerana di situ ada kejayaan. Seperti minum air tangan kanan lepas makan. Gelas akan kelihatan kotor dan jijik akibat terlekat sisa makanan. Akan tetapi biarlah gelas tercemar asalkan sunnah tidak tercemar. Kerana sesungguhnya syaitan minum dengan tangan kiri. Woah! Cawan yang kotor boleh dibasuh. Tapi sunnah yang dikotori, apalah guna lagi?

Dan langsung apalah guna kita mengaku sebagai umat Nabi SAW yang diberi tugas dakwah di bahu kita tetapi tidak melaksanakan dakwah. Kerana dakwah adalah sunnah terbesar Baginda SAW kerana Baginda SAW diturunkan untuk mendakwahkan agama di muka bumi ini.

Serta apalah guna saya sebagai umat Nabi SAW yang buat kerja dakwah tetapi tak dapat jadi contoh kepada orang lain apabila mencemari perkahwinan yang sunnah itu dengan perkara-perkara bidaah misalnya. Tidak dapat memberitahu kepada umat manusia bahawa sunnah perkahwinan itu adalah mudah. Boleh diamalkan oleh semua lapisan masyarakat tak kira miskin atau kaya.

Maka saya ingin belajar-belajar berdoa memohon agar saya lebih rela 'dimatikan' dahulu daripada 'terpaksa' mencemari kemuliaan sunnah Baginda SAW. Apalah guna hidup kalau tak buat dakwah. Apalah lagi guna hidup kalau tak ikut sunnah.

Wassalam.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

26 comments:

Anonymous said... [Reply]

Ulama' cakap, apa yang kita lemah itu yang kita kena banyakkan dakwah. Supaya Allah SWT bagi kekuatan kepada kita untuk kita amal apa yang kita sampaikan. Maka hari ini saya nak banyakkan dakwah tentang Muhammad Rasulullah.

HijabRockers said... [Reply]

Like =).

Pok Amai-Amai said... [Reply]

Berlapik. Tapi ramai yang bebal nak faham. Heee~

Apapun, terima kasih dgn entri ni. Nice.

z to a said... [Reply]

Maka cara siapa lagi yang hendak kita ikut kalau bukan cara Nabi SAW?

so true...

nice entry btw :)

Bijen M. said... [Reply]

Chup.
Solat berjemaah di masjid adalah untuk lelaki sahaja.
Sekian.

fuad ansari said... [Reply]

bilalah agaknya hamdan nak kawin ye... nak makan nasik dagang ni.. eh silap.. nasi minyak je kot..(",) moga2 nanti hamdan dapat laksanakan perkahwinan ikut sunnah.. moga dengan keberkatan daripada perkahwinan tersebut lahirnya zuriat yg soleh solehah hafiz hafizah..

membaca entri ini membuatkan hati merindui insan yg mulia, Muhammad saw.. (",)

Adibah Ishak said... [Reply]

selama ini amalan yg di lakukan atas dasar kerana 'itu perlu, itu wajib' umat islam menjadi punca mengapa ibadat tidak menyentuh hati.

membuka mata dan hati saya mengenai sunnah. Terima kasih untuk perkongsian ini. Moga Allah kasih :)

Pencari Allah said... [Reply]

Sunnah ikut kesesuaian masa. Tiada yang menghalang melainkan mereka yang menghalang diri sendiri untuk melakukan.

airazulaikha said... [Reply]

ohhh kesedaran.. terima kasih bijan a.k.a matpis.. heehe :))

Norsha said... [Reply]

bahagianya melihat anak2 muda yg suka kepada kerja2 agama, suka kpd kebaikan dan selalu berazam utk hidupkan sunnah dlm kehidupan....

Bijen M. said... [Reply]

@HijabRockers
You like belake.

Bijen M. said... [Reply]

@Pok Amai-Amai
Allah belum buka hati.
Kena usaha sikit lagilah.
Sama-sama.

Bijen M. said... [Reply]

@z to a
Tak ada cara lain dah.
Tak ada!

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
InsyaAllah tak lama dah.
Boleh dah start servis kereta nak datang Perak.
:-)
Allahummasolli'ala Muhammad.

Bijen M. said... [Reply]

@Adibah Ishak
Moga kasih Allah kepadamu jua.
Keh keh!

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Nak amal sunnah di akhir zaman ibarat menggenggam bara api.
Besar ganjarannya dan tinggi pandangan Allah padanya.

Bijen M. said... [Reply]

@airazulaikha
Dengar cakap atok selalu!

Bijen M. said... [Reply]

@Norsha
Saya dah tua.
Ha ha ha!

HijabRockers said... [Reply]

@Bijen M. Da mmg aku like nk wat cane? Cari jugak button thumbs up mcm kat FB tp xder plak. terpaksala taip LIKE. Hee~

Pencari Allah said... [Reply]

Ajak orang ramai-ramai ikut sunnah lagi terbaik ye dak.. Tertibkan diri sendiri dahulu. MasyaALLAH.

miza kimbum said... [Reply]

memang best,sunnah sunnah sunnah (:

Bijen M. said... [Reply]

@HijabRockers
Ha ha ha.
Tipu!
Ada je button thumbs up kat bawah tu.
Heh!

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Tertibkan diri dalam masa sama ajak orang.
Bila ramai-ramai buat baru best.
Heh!

Bijen M. said... [Reply]

@miza kimbum
Semoga Allah bagi taufik untuk kita amal dan sampaikan, insyaAllah.

the fikirman said... [Reply]

salam dakwah dari karkun mesir . assalamualaikum.

Bijen M. said... [Reply]

@the fikirman
Waalaikumsalam.
Moga dapat jadi karkun seluruh alam lepas ni.
:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...