19.6.12

Special Request - Antara 2 Darjat

Ini gua terjumpa satu surat. Surat tersebut berbunyi begini:

...

Assalamualaikum awak.

Awak, saya ada satu cerita nak cerita pada awak. Saya ada satu kawan orang Myanmar. Namanya Joned (bukan nama sebenar). Joned berbangsa Rohingya. Awak tahu pasal Rohingya? Sekarang etnik Buddha dengan kerjasama polis dan tentera di Myanmar sedang melakukan pembersihan etnik Islam Rohingya di Myanmar. Awak bukalah TV dan carilah kisah dalam internet.

Orang Islam Rohingya di Malaysia merupakan pelarian UNHCR. Dalam bahasa Inggerisnya, asylum seeker. Joned sudah berada di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu. Dulu beliau bekerja kontrak buruh binaan. Kini beliau merupakan imam di surau di kawasan perumahan saya. Walaupun beliau seorang alim dan hafiz, tetapi sekadar imam di surau tidaklah melayakkan dia mendapat elaun imam dari jabatan agama.

Oleh kerana itu beliau bekerja khidmat membersihkan masjid berdekatan dengan anggaran upah RM 500 sebulan. Kemudian dapatlah beliau topup sedikit dengan upah mengajar budak-budak kampung mengaji. Jika nak dibandingkan dengan gaji saya, berbeza amat jauh sekali. Sekarang beliau tinggal di bilik imam yang kecil di surau perumahan kami. Oleh kerana itu, sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan kerana tidak perlu membayar bil api dan air.

Cuma persamaan kami, beliau dan saya bercita-cita untuk mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat. Saya sedang menyiapkan keperluan saya, beliau juga sedang menyiapkan keperluannya.

Awak tahu? Dengan pendapatan bulanan sebegitu, dapatkah beliau melangsungkan perkahwinan sebagaimana orang kita hari ini melangsungkan perkahwinan?

Awak tahu? Bila beliau dah berkahwin nanti, tak bolehlah beliau terus tinggal di bilik imam itu. Orang kata tak manislah. Maka beliau terpaksa mencari rumah sewa untuk kehidupan bekeluarga. Rumah sewa di sekitar sini bukanlah murah. Paling koman RM 200. Itu belum masuk bil api dan air lagi. Belum masuk kos sara hidup beliau dan anak bini nanti.

Awak tahu? Baru-baru ini biliknya dimasuki pencuri. Rantai emas yang disimpannya untuk dijadikan emas kahwin dan hantaran telah dicuri orang.

Awak tahu? Kaum keluarganya sekarang dihimpit ketakutan akibat peristiwa pembersihan etnik yang sedang berlaku di Myanmar.

Awak tahu? Semua orang pun mengimpikan yang indah-indah untuk majlis perkahwinan mereka. Tetapi adakah semua mereka mampu?

Awak tahu semua itu?

Sedangkan hari ini kita mengimpikan majlis perkahwinan yang indah-indah. Pakaian yang indah-indah untuk dipakai di majlis nanti. Perarakan yang indah-indah. Persandingan yang indah-indah. Dan bermacam lagi yang indah-indah.

Padahal beliau dan saya mempunyai impian yang sama, iaitu mendirikan rumah tangga. Cuma bezanya saya dalam keadaan senang tetapi beliau dalam keadaan susah payah.

Paling komanlah, belanja nak kahwin orang zaman sekarang RM 10k. Awak rasa beliau mampu nak dapatkan duit sebanyak itu? Saya yang gaji lebat pun kena kumpul berbulan-bulan untuk dapat sebanyak itu. Inikan beliau yang gaji ciput saja.

Padahal beliau dan saya mempunyai impian yang sama, iaitu mendirikan rumah tangga. Cuma bezanya saya dalam keadaan senang tetapi beliau dalam keadaan susah payah.

Saya nak awak tahu, sesusah mana pun kita, ada orang lagi susah nasibnya dari kita. Mereka pun mengimpikan yang indah-indah di hari berbahagia mereka. Tapi apakan daya?

Padahal saya dan beliau mempunyai impian yang sama, iaitu mendirikan rumah tangga. Cuma bezanya saya dalam keadaan senang tetapi beliau dalam keadaan susah payah.

Dan beliau kawan baik saya. Bertepuk tampar, makan sireh sama-sama setiap hari. Cuma bezanya saya dalam keadaan senang tetapi beliau dalam keadaan susah payah.

...

Begitulah isi surat berkenaan serba sedikit. Pengajarannya di sini, bila kita rasa kita susah, pandanglah orang di bawah. Bukan pandang orang di atas. Zasss!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

23 comments:

Anonymous said... [Reply]

Ini gua terjumpa satu surat. Surat tersebut berbunyi begini:

...

Assalamualaikum awak.

Awak, saya ada satu cerita nak cerita pada awak. Saya ada satu kawan orang Myanmar. Namanya Joned (bukan nama sebenar). Joned berbangsa Rohingya. Awak tahu pasal Rohingya? Sekarang etnik Buddha dengan kerjasama polis dan tentera di Myanmar sedang melakukan pembersihan etnik Islam Rohingya di Myanmar. Awak bukalah TV dan carilah kisah dalam internet.

I.A.M.R said... [Reply]

:'(

HijabRockers said... [Reply]

elehhh...... ayat makan dalam la tu... =)

Norsha said... [Reply]

sapala yg antar surat kat hang ni,bijen ? sedihla pulak membacanya...btw memang betullh isi kandungan surat tu....dan simpati sgt2 kat sedara2 seislam kita kat myanmar tu

p/s; hang dah buat prsediaan ke belum nak kawin ?

Bijen M. said... [Reply]

@I.A.M.R
Apa sedih-sedih?

Bijen M. said... [Reply]

@HijabRockers
Usaha ni, usaha.
Heheh!

Bijen M. said... [Reply]

@Norsha
Tengah buat persedian dengan Jonedlah ni.
Hek hek!

ukhti,mardhiah said... [Reply]

sedih..

airazulaikha said... [Reply]

ada yg lebih susah drpd kita..
tunduk kepala.

izzatimar'e said... [Reply]

salam, xsangka pulak saya org myanmar pn suka makan sireh... hehe
tengs 4 da sharing....
semoga ALlah bersama kita selalu....

School Of Tots said... [Reply]

Tang makan sireh tu yg aku tak minat...kita putuskan saja perhubungan kita.

Bijen M. said... [Reply]

@ukhti,mardhiah
T_T

Bijen M. said... [Reply]

@airazulaikha
Keluarlah ke negara orang.
Banyak lagi yang boleh kita jumpa.

Bijen M. said... [Reply]

@izzatimar'e
Heheh.
Bukan orang Melayu je.
Orang depa lagi kuat makan sireh.

Bijen M. said... [Reply]

@School Of Tots
Sampai hati awak.
T_T

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Adeh. Entah. Gua dalam hati fikir nak kawin buat yang wajib dan usaha kan yang sunnah pun, tapi mak bapak masih mengharapkan nak ada majlis yang vogue. Gua fikir nak mahar paling rendah pun, mak bapak masih fikir yang anak gadis kena dapatkan harta yang at least boleh buat simpanan masa depan.

Gua fikir,,,
Gua fikir,,,
Gua fikir nak masuk gua lah!

Umma-ali said... [Reply]

Aslm, mmg vvveryyy special request ni...harap ada yg ngerti...semoga tercapailah niat si tukang request... aamiin...

Pencari Allah said... [Reply]

Tetapkan amal dan berterusan mencari ilmu. Minta ALLAH bagi mudah segala hal. InsyaALLAH, masa kini kita mahukannya tapi ianya ada sebab musabab kenapa kita inginkannya tapi belum dapat lagi. ALLAH didik baik-baik supaya kita sentiasa bersedia dan tidak mengalami genjatan elektrik berbentuk budaya apabila mendapatkannya kelak.

Bijen M. said... [Reply]

@~PENCHENTA~
Kena ajak mak bapak fikir macam lu lah.
Moga Alah bagi kefahaman tu ke mak bapak kita.

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Amiiiinnnnn. :D

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
He he he.
Jazakillah khair nasihat tersebut.
:D

fuad ansari said... [Reply]

joned ada keyakinan bahawa Allah swt akan murahkan rezeki dia bila dia mendirikan rumahtangga...

p/s: kawan joned pun dah nak kawin... sapelah agaknya gerangan wanita yg bertuah tu.. kawan joned akan buat kenduri kawen kat perak kot.. ke guane? (",)

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
He he he!
Sama-sama kita tunggu walimah kawan Joned.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...