6.6.12

Masuk kapal terbang tanpa hisab

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu
Ramai orang membelinya
Bunga-bunga jualannya
Si ayu, gadis ayu

Kedengaran siulan lagu 'Gadis & Bunga' dari mulut Najeb yang sedang berjalan mengusung beg membelah kesibukan airport. Hari itu dia riang gembira. Mahu menuju ke negara seberang khabarnya. Ada lawatan sambil belajar bersama teman-temannya.

Najeb hanya menggalas sebuah beg di bahunya. Perginya tak lama mana pun. Cukuplah bekalan baju untuk seminggu. Dalam begnya ada barang larangan. Barang larangan berbentuk sabun cecair dan senjata tajam berbentuk pengetip kuku dan gunting bulu ketiak dan hidung. Barang-barang seperti itu tidak boleh dibawa masuk ke dalam perut kapal terbang. Hanya boleh disimpan di burit kapal tempat bagasi saja.

Cuma masalahnya Najeb tidak menempah ruang bagasi. Dia berharap dapat menumpang barang larangannya itu pada beg kawannya yang menempah ruang bagasi. Inilah satu kesilapan Najeb. Terlalu berharap kepada makhluk. Satu contoh yang tidak patut kita ikut.

Najeb pun tanpa membuang masa mengolah muka minta simpati kepada kawannya itu agar diberi ruang dan kesempatan untuk menumpang barangnya di dalam beg tersebut. Malangnya bila ditimbang, overweight pula.

Waktu itu mulalah Najeb sedikit hilang arah. Tapi dia buat-buat kool dan cuba berfikiran positif bagi menstabilkan keadaan. Dia menarik nafas panjang dan menenangkan dirinya.

"Sekaranglah kau nak test zikir kau. Inilah ujian iman dan amal," ujar kawannya itu.

Ciss! Waktu-waktu beginilah Najeb kena tempek atas muka. Apa yang telah diusahakan dan diamalkan selama ini akan diperuji.

Dia tahu risikonya apabila menempuh mesin pengimbas itu. Paling kurang mendapat malu di khalayak ramai. Tapi yang pasti, segala barang kesayangannya itu akan ditinggalkan dalam tong sampah yang telah disediakan.

Dalam perjalanan menuju ke mesin pengimbas itu, mulutnya terkumat-kamit mengalunkan zikir kepada Allah SWT. Waktu itulah ingatannya kepada dosa-dosa lampau mula muncul. Maka mulalah Najeb memperbanyakkan istighfar takut-takut dosanya itu menjadi asbab kesulitan bakal mendatang.

Dia bertawakal dan menyerahkan nasibnya kepada Allah SWT. Kalau takdir menentukan dia terpaksa buang bahan larangan tersebut, dia pasrah. Apa lagi yang boleh dibuat.

Maka sampailah Najeb ke tempat pemeriksaan polis. Wajahnya tak ubah-ubah seperti seorang penyeludup dadah yang tampak begitu kool sekali. Begnya ditolak ke dalam mesin pengimbas. Dia melihat begnya itu disedut masuk ke dalam perut mesin pengimbas untuk diimbas kandungan dalamannya.

Mata Najeb dari tadi mencuri-curi pandang skrin komputer polis berkenaan. Sambil hatinya terus membuat hubungan dengan Allah SWT. Nak dijadikan cerita, tiba-tiba mesin tersebut berbunyi lalu terhenti operasinya. Beg-beg tersangkut di dalam perut mesin tidak dapat bergerak. Nampaknya mesin pengimbas jammed secara tiba-tiba.

Tiga empat kali polis brutal berkenaan menekan-nekan butang mesin namun usahanya gagal. Melihat orang ramai beratur semakin panjang, beliau mengarahkan agar para penumpang lain mengambil beg mereka dan memeriksanya di mesin sebelah.

Untung menyebelahi Najeb apabila polis berkenaan menarik beg Najeb keluar dari mesin dan memberi kepada Najeb untuk meneruskan perjalanannya. Waktu itu terpancar riak kesyukuran pada wajah Najeb. Dia lepas sewaktu pemeriksaan. Fuhh!

Najeb tak tahu nak kata apa lagi. Kini beliau semakin yakin yang makhluk langsung tak ada kuasa. Hanya Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Fikirannya mula merenung jauh ke alam akhirat.

Jika di dunia dapat lepas dari sekatan pun sudah cukup lega, alangkah indahnya bila di akhirat dapat masuk syurga tanpa hisab. Woah!

...

Zikir yang boleh diamalkan waktu dalam kesulitan adalah seperti:
  • Istighfar/Saiyidul istighfar
  • لآ إِلَهَ إِلَّآ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ (Lailahailla anta subhanakainni kuntu minadzolimin
  • لَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيمِ (La haulawala quwwata illabillahil'aliyyil'azim)
  • اَللَّهُمَّ يَسِّرْ وَلَا تُعَسِّرْ (Allahumma yassir wala tu'assir)
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

13 comments:

Anonymous said... [Reply]

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu


Ramai orang membelinya
Bunga-bunga jualannya
Si ayu, gadis ayu


Kedengaran siulan lagu Gadis & Bunga dari mulut Najeb yang sedang berjalan mengusung beg membelah kesibukan airport. Hari itu dia riang gembira. Mahu menuju ke negara seberang khabarnya. Ada lawatan sambil belajar bersama teman-temannya.

miza kimbum said... [Reply]

thanks share zikir2nye,suka dgn entry ini,thumbs up ! (:

Pok Amai-Amai said... [Reply]

Luv u too (sbb share ilmu)

Anonymous said... [Reply]

pembetulan:

Lailahailla anta subhanakainni kuntu minadzolimin (surah al-anbiyaa ayat 87)

Fatim said... [Reply]

gadis ayuuuu..

ayu sangat ker ;ppp

Bijen M. said... [Reply]

@miza kimbum
Welkam welkam!
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Pok Amai-Amai
Luv u tree!
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Thanks!
:))

Bijen M. said... [Reply]

@Fatim
Gadis ayuuuu..
Senyum pipit di pipi..
Ayuuu..
Senyummu menawan..
Gadis ayuu..
Ku jangan dilupakan..
Ayuuu..
Sungguh ayu.
Okebai!

fuad ansari said... [Reply]

(",)...

bagus najeb.. bagus...

kalau dengan pengharapan kepada Allah pada hari tersebut dapat selamatkan najeb di kehidupan dunia, tidak mustahil utk najeb dapat selamat jugak pada kehidupan akhirat jika pengharapan tu berterusan.. (",)

selalu dengar orang kata, jika dengan doa dan amalan kita hari ni tak boleh nak selesaikan masalah dunia, takut2 doa dan amalan kita tidak mampu juga utk selesaikan masalah akhirat.. (",)

Pencari Allah said... [Reply]

Terbaik!!! hahaha

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Kena ada sifat khauf dan raja'.
Perasaan takut dan harap.

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Baik baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...