13.6.12

Letaklah rezeki aku di sana

(Sambungan kisah Satu Travelog : India - Bangladesh. Sila rujuk kolum 'Nota Bersiri' di kanan)

Selain ujian keluarga nak lepas, ujian tak cukup keperluan, ujian susah dapat cuti dan lain-lain lagi ujian, ada lagi satu ujian yang sering dihadapi oleh para perantau macam gua. Ujiannya adalah kesukaran memperoleh visa India. Setiap orang berbeza jenis ujiannya bergantung kepada iman dan amalnya. Sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui perihal setiap hambaNya.

Alhamdulillah, ujian visa India dipermudahkan untuk gua. Bukan sebab amalan yang tinggi, tapi mungkin Allah tahu gua tak mampu tanggung ujian tersebut so Dia skip jelah.

Ujian mendapatkan visa ni pula ada berjenis-jenis ujian pula. Ada yang hanya dapat seminggu saja visa India. Ada yang terpaksa pergi mencuba berkali-kali barulah dapat. Ada yang diarahkan pergi ke pejabat kedutaan bagi memohon terus dari sana. Ada yang kena interview dulu dengan pejabat kedutaan. Ada yang di-black listed terus dari memasuki India sehingga ada yang terpaksa buat surat sumpah, tukar nama dan buat passport baru. Ada yang terpaksa potong janggut. Macam-macam hal.

Oh! Ujian sebegini jarang dilalui oleh orang awam yang ingin pergi melancong ke India melawat Taj Mahal misalnya. Jika mereka apply visa, mudah saja lepas. Ujian ini hanya diberikan Allah SWT (bukan embassy) untuk menguji tahap iman yakin serta amal para perantau ini saja.

Ada orang pernah pesan ke gua, selalulah doa:

"Ya Allah. Kau letaklah rezeki aku di India. Aku nak rasa rezeki di sana."

...

Setelah jemu menunggu visa gua diuruskan di Pulau Pinang, gua mengambil keputusan untuk gamble saja terus pergi ke KL dan buat visa di sana. Risiko yang bakal gua hadapi adalah lambat dapat visa menyebabkan gua akan terkandas di ibu kota untuk beberapa lama dan menyebabkan duit poket gua makin susut.

Waktu itu gua hanya bawa duit lebih kurang RM 4k untuk belanja gua selama 4 bulan termasuklah duit tiket kapal terbang dan sebagainya. Duit tersebut hasil gadaian laptop, DSLR, basikal BMX dan segala harta gua yang boleh digadai setelah tamatnya pengajian. Yang gua tak jual hanyalah sebiji external hard disk yang masih ada hingga sekarang.

...

Pagi tersebut adalah hari gua bakal meninggalkan rumah. Hari tu sehari selepas birthday bapak gua. Gua tak tahu rupanya itulah hari terakhir gua akan bermastautin di situ. Gua bajet lepas balik merantau nanti gua nak majukan usaha agama dekat surau kampung gua tu. Tapi perancangan Allah lebih baik. Dia tahu mana Dia nak hantar gua lepas itu. Kita tunggu dan lihat saja.

Mak bapak gua hari tu tak ada di rumah. Ada majlis kenduri dekat mana entah. So pagi-pagi lagi sebelum mereka meninggalkan rumah mereka datang ke bilik gua untuk menatap wajah gua buat kali terakhir. Wuuuu!

Mak pesan amanat terakhir. Takut tak dapat jumpa gua lagi dah, anak lelaki seorang. Sambil mata bergenang, beliau memberiku sedikit duit belanja. Abah pun begitu. Tapi disebabkan sama-sama lelaki, kitorang cover-lah. Tak rokeslah nangis-nangis nak berpisah ni. Cam repuang. Abah gua pun topup sikit duit belanja.

Hari tu gua pergi KL sendiri naik bas. Tak ada orang hantar pun. Jiran sebelah rumah gua tolong hantar. Nama dia Pak Tam. Bas tu bawa sampai Bukit Jalil. Maka jawabnya gua kena menapak dari Bukit Jalil sampai ke Masjid Seri Petaling. Ada chance nak berlatih paddle. Tambahan pula bolehlah gua praktis zikir yang gua dapat dari sorang mamat Myanmar. Dia cerita dia pernah jalan kaki berpuluh kilometer sewaktu jadi pelarian UNHCR, rilek saja.

"Allahu Rahmantu Merajtu Mo'minin"

Melalui muzakarah dengan beberapa orang, kitorang syak doa ni dalam Bahasa Arab + Urdu takpun Myanmar. Kalau dalam Urdu, Meraj/Miraj tu lebih kurang macam tangga ataupun memberi gambaran menaik ataupun tempat tinggi. So gua syak lu orang boleh faham kot maksud zikir tersebut. Mamat tu kabor bila berjalan rasa macam berjalan atas angin.

Selain itu boleh juga doa:

"Ya hayyu ya qayyum birahmatika nastaghist"

InsyaAllah, Allah akan sebarkan hidayat sepanjang safar kita kepada orang disekeliling kita. Bila melihat kita susah-payah dan mujahadah berjalan kaki bawa beg Deuter 50 + 10 liter. (Bayangkan seorang budak bertubuh kecil macam budak sekolah menggalas sebuah beg besar)

Memang hidayat. Sampai separuh jalan ada seorang pakcik bawa motor berhenti sebelah gua ajak naik di belakang. Takkanlah gua nak menyombong dan menolak pelawaannya pula kan? So gua pun melompat ke atas motor beliau dengan sopannya.

Treteteteeeteteteteteteett! Motosikal tersebut pun meluncur laju belalu meninggalkan asap hitam di belakang menuju ke Masjid Seri Petaling.

bersambung...

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

19 comments:

Anonymous said... [Reply]

Selain ujian keluarga nak lepas, ujian tak cukup keperluan, ujian susah dapat cuti dan lain-lain lagi ujian, ada lagi satu ujian yang sering dihadapi oleh para perantau macam gua. Ujiannya adalah kesukaran memperoleh visa India. Setiap orang berbeza jenis ujiannya bergantung kepada iman dan amalnya. Sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui perihal setiap hambaNya.

miza kimbum said... [Reply]

alhamdulillah...thanks share (: ohh ya,semoga ada ibrah di sana buat mu nanti ^^

ukhti,mardhiah said... [Reply]

Selamat Maju Jaya!

Kakzakie said... [Reply]

Selagi hidup ujian kena lalui tapi bila iman penuh di dada insya-allah apa juga ujian pasti dapat dilalui dgn hati terbuka.

Kunfayakun Allah tidak siapa boleh menduga tapi kita tahu ada hikmah atas setiap kejadian...

fuad ansari said... [Reply]

pernah jugak balik2 dari 40hari, dalam perjalanan menuju ke stesen lrt n komuter untuk balik rumah, Allah swt hantar satu orang hamba, yg bukan hantar ke stesen lrt, tapi hantar terus sampai pintu pagar rumah.. hebat Allah swt..

pernah jugak ketika sedang keluar 40hari, ketika seakan keperluan tidak mencukupi, adik beradik call dan bagitau dah masukkan duit dalam bank.. hebat Allah swt...

Hebat Allah swt... tak mintak pun, Allah swt bagi...

bila keluar jalan Allah, byk perkara ajaib yg berlaku.. menambah keimanan dan semangat diri juga rasanya... (",)

penchacaiz said... [Reply]

saya kuar 40 hari doa mintak Allah kasi laptop, pelepap! sebijik laptop mai lepas tangguh 40 hari...sesen pon tak kuar duit...wuwuwu

Bijen M. said... [Reply]

@miza kimbum
Eh!
Ni cerita dah lepaslah.
Heheh!

Bijen M. said... [Reply]

@ukhti,mardhiah
:D
Ada apa-apa ke Mard?

Bijen M. said... [Reply]

@Kakzakie
Betul tu kak.
Belajar dari pengalaman.

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Itulah Allah nak tarbiah iman.
Satu hari sampai kat KTM Bangi, hari Jumaat.
Orang dah berpusu-pusu ke masjid.
Call member tak angkat-angkat.
Plan nak pi Masjid UKM.
Berdiri tepi jalan dengan penuh mengharap.
Tiba-tiba Allah hantar orang bawa pergi masjid.
Dia bawa pergi Masjid GMI.
Dekat sana jumpa karkun sana tengah mesyuarat lepas solat.
Terus buat hubungan.
Diorang ikram makan.
Fuhh!
Hebat perancangan Allah.

Bijen M. said... [Reply]

@penchacaiz
Rugilah minta laptop.
Patut minta hidayat seluruh alam, terutama untuk saya.
Heheh!
(Bini pun jangan minta, minta hidayat)

Anonymous said... [Reply]

Jazakallahu khoir Bijen...

:')

Anonymous said... [Reply]

no komen.tgh tunggu dan jalan..

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Waiyakum.
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Amin.
Semoga Allah permudahkan urusan.

Nurul Ain Anuar said... [Reply]

salam.. bile nak sambung entry khuruj kat IPB ni? tak sabar pulak nak baca.. hee.

masa keluar tu kan, mcm mane dgn makan, air utk mandi? kat sane cuaca panas kan.. betul ke?

bila keluar ni, memang tak bole langsung kontek family atau tunang ke mcm mane? sy jahil sket pasal tertib khuruj..

Bijen M. said... [Reply]

@Nurul Ain Anuar
Salam.
InsyaAllah bila kena masanya.
Heheh!
Makan masakan orang sanalah.
Air mandi biasanya air pam bawah tanah.
Waktu saya pergi, tengah summer.
Boleh kontek, tapi bergantung kepada individu itu.
Nanti saya cerita lebih detail bila sampai masanya, insyaAllah.

Anonymous said... [Reply]

Salam..
bestnye..dah kluar 4bulan..
my husband pernah tinggal sy 40hr je..tu pun baru je kawen n tgh pregnant 1st bb..sedih gak time tu..lame btul rasanya..tp mengenangkan dapat pahala berganda2.. ana redho..
skrg planning nk kluar 4 bulan gak..
Saudara jemaah mana?
Kalau dtg ke Ampang, singgah la Masjid Bukit Indah. best kat sini.. ramai karkun.. antaranya Dr.Sam.. :)

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Untunglah~
Heh!
Kalau keluar masturat kat Terengganu kaborlah.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...