1.6.12

Amad dan penyakit misteri.

Amad adalah seorang budak yang berumur 6 tahun lebih. Dia mempunyai sejenis penyakit misteri. Penyakit misterinya adalah kuat kencing. Jalan sikit kencing, berlari sikit kencing. Duduk diam-diam pun kencing. Pendek kata tak boleh duduk diam kerja nak terkencing saja.

Pada suatu hari di satu majlis keramaian, Amad acapkali request untuk kencing kepada ibunya. Sehinggakan ibunya berasa malu sungguh dengan orang kebanyakan yang lain. Bukan waktu itu saja malah ada saja majlis yang spoil gara-gara dek penyakit si Amad ni.

Oleh kerana tidak tahan dengan perkara itu, akhirnya ibu Amad mendapat satu idea untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ibu Amad memanggil Amad lalu berkata, "Amad Amad. Lepas ni kalau Amad nak terkencing Amad cakap `nak nyanyi`. Understand?"

"Bakpe ibu?" tanya Amad.

"Tak payah cakap banyak. Bertindak mengikut arahan," bilang ibunya.

Amad hanya mengangguk sambil memuncungkan mulutnya.

Mulai hari itu selesailah masalah yang dihadapi ibu Amad. Kali ini beliau lebih berkeyakinan untuk membawa Amad ke khalayak ramai. Apabila Amad hendak kencing saja dia akan meminta izin kepada ibunya untuk menyanyi. Nak kencing saja, minta nyanyi. Begitulah seterusnya kehidupan Amad yang penuh pancaroba.

Nak dijadikan cerita, suatu hari ibunya perlu menjalani kursus team-building anjuran syarikatnya. Sebagai wanita bekerjaya yang komited dengan kerja, ibu Amad tidak boleh elak lagi akan hal itu. Maka ibu Amad pun membuat keputusan untuk menghantar Amad ke rumah neneknya di kampung.

Maka dipendekkan cerita, tinggallah Amad bersama neneknya untuk satu tempoh sementara menjalani kursus. Situasi masih normal sepanjang peninggalan ibunya itu sehinggalah segala-galanya berubah pada jam 2 pagi.

Di tengah pagi itu, Amad terjaga. Pundi kencingnya terasa hendak pecah. Akibat tidak tahan lagi Amad pun mengejut neneknya.

"Nenek nak nyanyi!"

"Hoh?! WTF?"

"Nak nyanyi, nak nyanyi!"

"Nyanyi apa pagi-pagi buta ni?"

"Nak nyanyi jugak!" Amad meronta-ronta sambil menghentak-hentak kakinya.

"Mana boleh nyanyi tengah-tengah malam ni. Nanti orang marah."

"Aaaaaa tak kira. Nak nyanyi jugak!"

Akibat tidak tahan dengan desakan cucunya, nenek Amad pun fed-ud lalu berkata, "Yelah yelah! Nyanyi pelan-pelan dekat telinga nenek."

Dengan wajah puas Amad menjawab, "Ok!"

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

16 comments:

Anonymous said... [Reply]

Amad adalah seorang budak yang berumur 6 tahun lebih. Dia mempunyai sejenis penyakit misteri. Penyakit misterinya adalah kuat kencing. Jalan sikit kencing, berlari sikit kencing. Duduk diam-diam pun kencing. Pendek kata tak boleh duduk diam kerja nak terkencing saja.

miza kimbum said... [Reply]

apakah ? LOL

.tufah. said... [Reply]

apakah? hehe
sepanjang baca ni terbayang muka adik aku saja. sebab nama timangan dia amad :D

airazulaikha said... [Reply]

eishhh..
wahai ibu, penggunaan frasa nyanyi dengan kencing mana sesuai..
tengok alih-alih lain jadinya..

fuad ansari said... [Reply]

kadang2 bila baca entri cenggini, best jugak.. (",)

untuk perkara dunia, bila didikan salah, buruk padahnya...

agaknya...
lebih2 lagi buruk padahnya bila tersalah didikan terhadap perkara agama.. (",)

Pencari Allah said... [Reply]

mampu senyum je :) gelak dalam hati

Bijen M. said... [Reply]

@miza kimbum
ROFLMAO!

Bijen M. said... [Reply]

@.tufah.
Kirim salam sama Amad ya.
Bilang Pakcik Bijen sayang sama kamu.
Kah kah!

Bijen M. said... [Reply]

@airazulaikha
Baiklah cikgu.
Frasa apa yang lebih sesuai untuk menyelesaikan masalah ini?

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Akhirnya ada juga orang yang bawa fikir agama.
Gua ingat post ini dah tak meningkatkan iman dah.
Hak hak!

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Jangan gelak dalam hati.
Luahkan!
Pasti anda akan lebih bahagia!
Woah!

miza kimbum said... [Reply]

ROFLMAO!

miza kimbum said... [Reply]

apa tu ROFLMAO! ? @@

Bijen M. said... [Reply]

@miza kimbum
Rolling on floor laughing my ass off.

Pencari Allah said... [Reply]

woah versi Bijen :)

Pencari Allah said... [Reply]

woah versi Bijen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...