29.5.12

Tragedi musim mengawan.

Hari tersebut merupakan hari yang penuh debaran buat Salman. Tapi tak adalah berdebar sangat pun. Cuma hari itu lain dari yang lain kerana pada hari itu Salman nak pergi meminang seorang gadis.

Setelah gagal dalam peminangannya baru-baru ini (rujuk sini), kali ini Salman lebih optimis. Sebelum pergi ke rumah yang hendak dituju, Salman sudah membuat persiapan rapi. Dengan puasa sunatnya, solat hajatnya dan istikharahnya; diharap pertemuan kali ini lebih bermakna.

Gadis tersebut dia tak adalah kenal mana sangat. Hanya beberapa kali bertemu. Itupun bertemu di atas talian (baca: online) melalui emel. Pada suatu hari, gadis itu menghantar emel. Bunyi emel tersebut begini, "Awak. Nanti saya balik Malaysia tolong datang rumah dan pinang saya. Alamat adalah seperti yang tertera di bawah..."

Nak dijadikan jodoh, mereka pun bersetuju untuk berkahwin. Gadis tersebut sedang menamatkan pelajarannya di bumi bertuah Kanada. Dia berharap agar Salman datang meminangnya sesampainya dia di tanah air.

Maka pergilah Salman dengan mak bapaknya ke rumah gadis tersebut pada hari yang telah ditetapkan untuk berjumpa dengan orang tua gadis tersebut. Oleh kerana tidak berkemampuan, mereka hanya pergi menaiki teksi sahaja.

Sesampainya mereka di depan rumah gadis tersebut, emak Salman terkejut beruk. "Oh my god, oh my god! Kau biar betul Salman. Ini kalau tak rumah PM ni mesti rumah datuk menteri. Kalau tak pun rumah artis Youtube masa kini," ujar emak Salman sambil mulut masih ternganga.

"Haih! Jomlah balik Salman. Kita tak layak nak pinang orang macam ni. Kau ni gila ke apa? Belajar tak tinggi. Poket tak berisi. Malu bapak nanti," giliran bapak Salman pula bersuara.

Tanpa berfikir panjang, bapaknya menahan kembali teksi tadi yang baru saja selesai membuat pusingan U. "Pehal pakcik? Tak jadi minang anak orang kaya ke? Kah kah kah!" tanya pemandu teksi itu tanpa penuh adab.

"Ciss! Shut up you! Gua tahulah siapa gua. Anak gua ni yang tak sedar diri," bapak Salman membalas semula smash yang diberi.

Salman diam tak terkata. Dia pulang dengan perasaan hampa.

...

Selepas solat Asar, Salman duduk seorang diri di surau itu. Mengenang kejadian yang berlaku tadi. Sambil jari-jemarinya melurut tasbih menghabiskan zikir petang, hatinya memohon kepada Allah agar dibukakan jalan baginya.

Dalam kejauhan, Najib, rakan karibnya kelihatan sedang datang merapati Salman dengan wajah tersenyum kerang.

"Beb! Amacam tadi? Jadi?" tanya Najib.

Salman menghela nafas panjang lalu berkata, "Tak sempat nak bagi salam dah patah balik."

"Uik! Bakpe?" Najib kepelikan.

"Mak bapak gua tak ada keyakinan diri. Gua gentle je. Mak bapak gualah yang cuak bebenor," Salman membalas.

"Hmm. Cenilah. Malam ni kita mesyuarat dengan fikirman-fikirman. Mungkin Allah tunjuk jalan," cadang Najib.

Mata Salman mula bersinar harapan, "InsyaAllah Taala."

...

Keesokan harinya Salman, Najib dan dua orang rakan mereka kembali ke tempat kejadian semalam. Loceng ditekan selamba sambil salam dilemparkan kepada penghuni rumah. Seketika kemudian salam mereka berjawab. Tuan rumah mengalukan kedatangan mereka.

Selepas melabuhkan bontot di atas sofa kulit yang empuk itu, salah seorang dari mereka memulakan bicara.

"Pakcik! Kami datang ni sebenarnya ada hajat besar."

Tuan rumah tersenyum lebar, "Hajat apa encik?"

"Sebelum itu saya perkenalkan diri saya. Nama saya Hanapi. Ini kawan saya, Salman. Yang itu Najib. Yang hujung sekali bertahi lalat itu namanya Sulaiman."

Tuan rumah mengangguk lalu berkata, "Baik! Teruskan, teruskan."

"Hajat kami datang ni nak meminang anak pakcik. Tapi bukan untuk sayalah. Tu untuk si Salman tu," Hanapi meneruskan perbualan.

Seperti gaya orang kaya tipikal, tuan rumah rumah pun bertanya, "Oh ye ke? He he! Kamu ni kerja apa? Mak bapak buat apa?"

Hanapi yang sudah dilantik untuk menjadi jurucakap bagi pihak rombongan lantas menjawab jujur, "Salman ni biasa-biasa saja. Keluarga dia pun biasa-biasa saja. Ayahnya meniaga warung. Ibunya mengasuh anak jiran."

"Oh! Salman ni kerja apa?"

"Salman ni dulu belajar di sebuah universiti di utara tanah air. Tapi sekerat jalan saja kerana tak dapat meneruskan pelajaran. Tidak dapat menanggung kos pendidikan yang membebankan. Maklumlah, PTPTN pun dah dimansuhkan..."

Hanapi menghirup air teh yang dihidangkan di depannya seraya menyambung perbualan tadi.

"Sekarang Salman bekerja sebagai kerani dan ustaz sambilan di madrasah berdekatan tempat tinggal kami. Bolehlah mengajar sikit-sikit. Dulu mengaji pondok."

Seperti orang kaya tipikal yang lain, si tuan rumah tak puas hati dengan susuk tubuh yang tak tahu malu minta anak dara orang kaya itu.

"Haih! Kerja biasa-biasa macam mana nak bagi anak saya makan? Takkan makan ikan kering saja hari-hari?"

Sambung tuan ramah lagi, "Saya tak rela biar anak saya hidup susah. Dari kecil saya jaga dia bagai menatang minyak yang penuh."

Hanapi sudah dapat mengagak perkara tersebut bakal terjadi. Sambil tersenyum dia berkata, "Pakcik. Pakcik nak apa lagi? Pakcik dah kaya. Harta dah banyak. Kasih sayang diberi cukup-cukup. Cumai anak pakcik perlu satu benda saja lagi."

"Apa dia?" pakcik tersebut tertanya-tanya.

"Agama pakcik, agama. Anak pakcik perlukan bimbingan, perlukan asuhan. Perlukan suami yang soleh yang dapat membawanya ke syurga. Hanya dengan jalan agama yang dapat membawa kejayaan kepada seseorang. Harta yang banyak takkan ke mana pakcik."

"Hmm..."

Pernyataan Hanapi tersebut membuatkan tuan rumah berfikir sejenak.

"Tanpa agama, kita belum terjamin selamat di sisi Allah. Biarlah rumah bertingkat-tingkat, kereta berkilat-kilat, bini sampai empat sekalipun, kalau tak ada agama, nasib kita sama saja seperti A. Yogeswaran dan Lim Chun Li."

"Hmm... Baiklah. Tapi dengan satu syarat," tuan rumah bersetuju.

"Apa syaratnya?" keempat-empat mereka bertanya serentak.

...

Setelah beberapa tahun perkahwinan, Salman dan isterinya hidup bahagia. Salman kini bekerja di pejabat bapak mentuanya. Bininya khidmat di rumah saja. Anak-anak mereka sudah jadi hafiz Al-Quran. Alhamdulillah.

Kesimpulannya, nak kahwin bukan dengan harta bhai! Sekian!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

27 comments:

Anonymous said... [Reply]

Hari tersebut merupakan hari yang penuh debaran buat Salman. Tapi tak adalah berdebar sangat pun. Cuma hari itu lain dari yang lain kerana pada hari itu Salman nak pergi meminang seorang gadis.

Setelah gagal dalam peminangannya baru-baru ini (rujuk sini), kali ini Salman lebih optimis. Sebelum pergi ke rumah yang hendak dituju, Salman sudah membuat persiapan rapi. Dengan puasa sunatnya, solat hajatnya dan istikharahnya; diharap pertemuan kali ini lebih bermakna.

miza kimbum said... [Reply]

setuju sgt dah ni....wakaka XD

Housemate hang said... [Reply]

Moga Salman yang sebenar bertemu jodoh dengan wanita solehah.Aminnn.

Hehehe

airazulaikha said... [Reply]

dekat siapalah aku nak cakap ni..miahahha...

tolong datang rumah dan pinang saya. Alamat adalah seperti yang tertera di bawah......

fuad ansari said... [Reply]

(",)..

bagus salman.. bagus...

mungkin Hamdan boleh ambik pengajaran...

dan mungkin jugak kalau Hamdan yang datang, tuan rumah tak byk soal dah.. terus setuju je kot.. (",)

mungkin tuan rumah akan kata, "hujung tahun lepas dapat bonus, kita buat majlis ye.."..

(gurau2 tuan.. jgn marah.. ) (",)

gadisBunga said... [Reply]

bagus jugak mak ayah pengantin pompuan tu. takde la fussy bebenor...

cik AngguR said... [Reply]

hahah terbaek ~

I.A.M.R. said... [Reply]

Intro mengada. Kuat berangan nih.

Apa syarat tu. Cerita tak habis.

Bijen M. said... [Reply]

@miza kimbum
Semestinya harta bukan jaminan kebahagiaan dan kejayaan di sini dan di sana.

Bijen M. said... [Reply]

@Housemate hang
Amin!

*Eh, Amin ni rumet hang jugak kan?
Ha ha ha!

Bijen M. said... [Reply]

@airazulaikha
Tulis dalam blog.
Try try!
:D

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Keh keh keh!
Hamdan pun tak lama lagi dah ni.

Bijen M. said... [Reply]

@gadisBunga
Allah yang pegang hati manusia.
Allah boleh ubah hati manusia.
Doa dan yakin!
Tips tu.

Bijen M. said... [Reply]

@cik AngguR
Doakan semoga Salman berbahagia sampai syurga.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@I.A.M.R.
Tekalah dulu.
:D

I.A.M.R. said... [Reply]

Hmm.

Taat perintah Allah dan Rasul. Taat suami. Berniqab. Kerja perlu dirunding. Tak kerang. Hantaran tak tinggi. Tak kuat merajuk. ?????

Tahlah. Sila jawab sebelum 1hb.

Bijen M. said... [Reply]

@I.A.M.R.
Kah kah kah!
Syarat tu tuan rumah yang bagilah.
Bukan Salman yang letak.

kakibiskut said... [Reply]

tahniah bijen, bakal dapat ahlia..
semoga Allah memberkati kalian..

I.A.M.R. said... [Reply]

Oh. Salah baca.

Tahu dah tuan rumah kasi syarat apa.
Jaga anak dia baik2. Tak mau ada madu.
Kihkih!

Amin Baek said... [Reply]

tahun berapa PTPTN ni dimansuhkan??keh3..

#Terus bukak emel.Harap2 ada la emel offer macam dalam cite ni..ahahah#

~PENCHENTA~ said... [Reply]

:)))))))))))))))))

Untunglah!

Bijen M. said... [Reply]

@kakibiskut
Ekekeke!
Doalah untuk saya tuan bila di sana.
Ceewah!

Bijen M. said... [Reply]

@I.A.M.R.
Kih kih!
Gelak sopan sungguh.

Bijen M. said... [Reply]

@Amin Baek
Ahahah!
Sebelum tu kena banyak-banyak doa dulu disertai dengan usaha.
InysaAllah berjaya.
Kah kah!

Bijen M. said... [Reply]

@~PENCHENTA~
Tak payah senyum lebar-lebar macam kerang sangatlah.

I.A.M.R. said... [Reply]

Dia pulak tak dengar suara langsung.

Bijen M. said... [Reply]

@I.A.M.R.
Diam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...