16.5.12

Selamat datang musim mengawan!

Hari tersebut merupakan hari yang penuh debaran buat Salman. Tapi tak adalah berdebar sangat pun. Cuma hari itu lain dari yang lain kerana pada hari itu Salman nak pergi meminang seorang gadis.

Gadis tersebut dia tak adalah kenal mana sangat. Hanya beberapa kali bertemu. Itupun bertemu atas dasar pesakit bertemu dengan doktor. Nak dijadikan jodoh, mereka pun bersetuju nak berkahwin.

Maka pergilah Salman dengan mak bapaknya ke rumah gadis tersebut untuk berjumpa dengan orang tuanya. Kedatangan mereka ke banglo tersebut disambut mesra dan penuh sederhana oleh pihak tuan rumah. Tak adalah nak berpantun-pantun, tepak sirih bagai.

Lepas beberapa rangkap taaruf, Salman pun memulakan bicara.

"Okelah pakcik. Tak nak buang masa. Straight to the point je. Berapa nak letak? Bila tiang nak pacak?" kata Salman selamba.

"Hmm. Anak pakcik ni belajar tinggi. Kerja pun doktor. Rumah, kereta semua dah ada. Kau ada?"

"Ada pakcik!" Salman menjawab perlahan sambil menunduk.

"Nasib baik ada. Heh!"

"Dah tu pakcik nak letak berapa ni? Ce serius sikit."

"Hmm. Pakcik tak mintak banyak. 20 ribu je. Cukup?"

Tertelan air liur Salman mendengarnya. Tapi dia tak hairan. Memang trend mak bapak zaman sekarang letak harga tinggi. Tambah-tambah anak bekerjaya hebat macam tu.

"Okelah pakcik. Tak kisahlah pakcik nak letak berapa ringgit pun."

"Betul tak kisah?"

"Aah. 20 ribu kan? So bila nak pacak khemah ni?"

"Bergantung kepada kamulah. Bila dapat ready duit."

"Amboi! Okelah pakcik. Lagi dua bulan lagi insyaAllah. 20 ribu kan? Boleh sangat. Tapi saya nak letak syarat juga boleh?"

"Hoh! Amende?"

"Dalam masa dua bulan ni saya nak minta anak pakcik tender resignation. Maknanya nanti dah kahwin tak perlu lagi kerja di luar. Duduk rumah saja. Kemudian pastikan anak pakcik boleh buat kerja rumah seperti memasak, membasuh, menjaga anak dan sebagainya kerja-kerja di rumah. Kemudian dalam masa dua bulan ini juga boleh belajar berniqab. Dan lagi bagus kalau dah pandai baca Quran. Kalau boleh paling kurang hafal Juz Amma. Blablabla... Amacam?"

"Hmm..."

"Kalau oke, bismillah. Kalau tak oke, kirim salamlah ye!"

"Hmm..."

"Okelah pakcik. Kami beransur dulu. Jumpa lagi dua bulan akan datang ye?"

"Hmm..."

...

Sebenarnya lelaki pun berhak letak syarat juga.

...

By the way, bersempena musim mengawan yang akan datang ini, bagi sesiapa yang masih buntu tentang tema wedding, lu orang boleh rujuk petikan gambar di bawah.


Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

19 comments:

Anonymous said... [Reply]

Hari tersebut merupakan hari yang penuh debaran buat Salman. Tapi tak adalah berdebar sangat pun. Cuma hari itu lain dari yang lain kerana pada hari itu Salman nak pergi meminang seorang gadis.

Gadis tersebut dia tak adalah kenal mana sangat. Hanya beberapa kali bertemu. Itupun bertemu atas dasar pesakit bertemu dengan doktor. Nak dijadikan jodoh, mereka pun bersetuju nak berkahwin.

Bijen M. said... [Reply]

Oke bukan senang gua nak upload gambar dalam blog ni.
Ni kira spesellah ni.

s a r said... [Reply]

saya suka konsep dia ni.
konsep pelamin tertutup pun ok. tapi kalau takda lagi ok. bajet dah tu. tak payah nak protokol segala. sebab kalau ada protokol, waktu zohor asar pakai langgar je kan kan..
erm, klau dh bajet, mknenya tak pyhlah sibuk2 nak tempah baju semua kan..kan.. jimat2.
dengan erti kata lain memang sesuailah buat Xgrduan2 hutang PITIH2 yg tak mampu nak bayar ni. :D

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Hahahaha. Aku ingat aku sorang je yang fikir nak tolak tu, nak tolak ni, instead of tambah ni, tambah tu macam pesen orang zaman la ni.

Hek.

Gua punya plan ada baik sikit lah. Sebab Rasulullah pun suruh bagi makan at least sekor kambing kan, dari mung sekat2 orang makan thru kupon tu, aku plan nak bungkus makanan jee. Jadi orang akan kurang bergosip dan kurang buang masa. Dah jumpa pengantin, baca doa, balik bawak nasi, makan dengan femili. Hek.

Conclusionnya, tolak khemah, tolak pelamin, tolak baju mengerlip pengantin, tolak dosa tetamu (keh3), untung2 dapat pahala lebih sikit. Grr.

...antikapel... said... [Reply]

belajar berniqab.....

hmmm......

catherine- said... [Reply]

kapitalis sana sini

kah3

fuad ansari said... [Reply]

dah lah lelaki sebagai penanggung beban dan amanah utk jaga anak dia, dijual pulak mahal2, aduyai..

nampaknya kalau depa demand, kita pun kena demand jugak..

kalau walimah itu macam, nampak macam win-win situation gak tu.. (",)

Anonymous said... [Reply]

haa...?! tetamu g kenduri pakai kupon? Soryla i don't like the idea, dah lari dari konsep kenduri yg sebenar, ni bukan karnival, u nk bagi makan org biarla ikhlas, bajet sikit buat cara sikit, pelamin & bersanding tu mmgla tak patut ada sbb dah lari dr konsep islam tapi kalau makan kenduri pun nk kena pakai kupon, memang melampaulah....!

Cikya said... [Reply]

Nice.. dan kelakar.
kira dah gaya macam style karnival sekolah pakai kupon.

apa-apa.
demand sahaja, demi masa depan bersama.
eheh! :)

kalau pelamin tertutup macam rumah hantu,
mesti pengantin tak pakai mekap sampai pucat..
kihkih

Bijen M. said... [Reply]

@s a r
Senang cerita buat kenduri sikit gaya macam kenduri tahlil sudah.
Yang lain-lain tak perlu dah.
Mudah dan jimat.

Bijen M. said... [Reply]

@~PENCHENTA~
Oke!
Nanti gua pesan ke anak gua suruh tolong ambil sebungkus dua bawa balik rumah.
Tak larat nak pergilah.

Eh!
Aku dah ada anak baru kau nak kahwin?
Wow!

Bijen M. said... [Reply]

@...antikapel...
Hmm hmm.
Amacam?

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Patutnya bapak letak harga.
Lelaki kabor dia sedia berapa.
Jangan diikutkan sangat harga tu.
Kalau tak dapat diskaun, cari kedai lain apa susah.
;D

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Adeh!
Tayahlah serius sangat pasal idea kenduri tu.
>_<

Bijen M. said... [Reply]

@Cikya
Masing-masing demand dan beralah ye dak?
Kalau tak dapat capai sepakat, berpisah saja.
Gitu?

Ismi Ijmi said... [Reply]

hehe

Cik Mala said... [Reply]

Bagus idea tu... tapi wanita di atas tinggi nilainya, kalo dah Doktor blaja susah2,dgan nisbah doktor: pesakit makin tinggi, rugi dok rumah.. Aulawiyatnya >pada bkerja. - My two cent, ^__*

Bijen M. said... [Reply]

@Ismi Ijmi
Hehek!

Bijen M. said... [Reply]

@Cik Mala
Ha ha ha!
Di atas tu tak kiralah apa kerja pun.
Cuma terquote doktor sewaktu buat cerita ni.
Point dia kat sini bila mak bapak zaman sekarang suka nak menyusahkan perkahwinan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...