23.5.12

Mencegah kemungkaran dengan mengundi?

Pada suatu petang yang damai, Ramli dan kawan-kawannya merancang untuk menziarah penduduk kampungnya. Mereka pun berkumpul di surau lebih kurang pukul 6 petang yang damai.

Salah seorang daripada mereka diputuskan untuk memberi adab-adab dan tertib yang harus diikuti sewaktu menjalankan aktiviti ziarah pada petang yang damai itu. Hal ini penting supaya aktiviti ziarah mereka mengikut sunnah yang ditunjukkan Nabi SAW. Supaya bantuan dan rahmat Alah SWT bersama-sama mereka kerana dalam sunnah itu ada kejayaan. Tak ke damai gitu?

Antaranya adalah berjalan di bahu kanan jalan dan menunaikan hak jalan. Antara hak jalan yang harus ditunaikan adalah menundukkan pandangan, tidak mengganggu dan menyakiti orang lain, menjawab salam serta mengajak kepada ma'ruf dan mencegah kemungkaran.

Kemudian apabila memberi salam haruslah tidak lebih dari tiga kali salam dan diselangi dengan tasbihat. Jika tidak ada respon, segera beredar dengan sangkaan baik dan damai. Jika ada wanita yang keluar dari rumah, kurangkan berinteraksi dengan mereka supaya tidak menimbulkan fitnah. Berdiri di kiri atau di kanan rumah yakni bukan di tengah-tengah pintu rumah supaya tidak kelihatan aurat dalam rumah. Begitulah serba-sedikit penerangan dari sahabat berkenaan.

Setelah mereka faham tentang tugas yang akan dilakukan maka mereka pun keluar dari surau untuk memulakan aktiviti ziarah mereka. Sebelum bergerak mereka menadah tangan memohon doa supaya Allah SWT membantu usaha mereka, menerima pengorbanan mereka dan membuka pintu hidayat untuk seluruh orang kampung supaya dekat dengan agama.

Maka perjalanan ziarah mereka pun bermula. Setiap langkah mereka disertai dengan zikir tasbihat supaya ada hubungan dengan Allah SWT. Kepala mereka penuh dengan fikir macam mana hendak selamatkan umat ini dari azab Allah SWT. Sambil hati mereka penuh rasa syukur kerana dipilih oleh Allah SWT untuk melakukan kerja yang telah ditinggalkan Nabi SAW ini. Dan sentiasa mereka bersabar dengan segala ujian dan dugaan yang bakal hadapi.

Dari satu lorong ke satu lorong, dari satu pintu ke satu pintu dan dari hati ke hati, tetap perkara yang disampaikan adalah cerita tentang kebesaran Allah SWT. Cerita untuk mengubah fikir dunia yang sementara kepada fikir akhirat yang selamanya. Dan diakhiri dengan seruan mengajak kepada kebaikan.

Dan tiba-tiba mereka tiba ke sebuah rumah yang aman damai. Seorang pakcik pun keluar dari rumah dengan penuh bergaya setelah menjawab salam yang diberi. Ramli lantas membentangkan tujuan mereka menziarahi pakcik tersebut di petang yang damai itu. Lantas pakcik berkenaan pun turut sama berbalas bicara.

"Oh! Baguslah amar ma'ruf ni. Tapi dalam masa yang sama kena cegah kemungkaran juga," kata pakcik berkenaan.

"Betul pakcik. Ini tugas kita," sahut Ramli.

"Tapi saya dok jumpa banyak kali dah. Ada orang yang dok ajak kebaikan ja. Ajak buat amal ibadat ja. Tapi kemungkaran tak mau cegah," sambung pakcik berkenaan.

"Oh! Bukan begitu pakcik. Bila kita ajak kepada kebaikan, automatik dia akan tinggalkan kemungkaran," Ramli membalas.

"Haish! Mana ada macam tu. Ajak kebaikan, ajak kebaikanlah. Cegah kemungkaran, cegah kemungkaranlah," pakcik tersebut mula tak puas hati.

"Pakcik, kan bila kita ajak orang yang sedang main gitar misalnya untuk bersolat. Pasti dia akan meninggalkan gitarnya lantas bersolat. Bukankah dalam masa yang sama kita telah mencegahnya dari kemungkaran?" tanya Ramli.

"Mana boleh macam tu. Kena cegah jugak. Macam negara kita ni. Kita mesti kena pi mengundi. Kena tukar pemimpin."

"Pakcik pakcik, kan pernah ada sahabat bertanya kepada Nabi SAW tentang seorang pencuri. Lalu Nabi SAW bertanya adakah si fulan bersolat? Lalu dijawab, dia bersolat. Maka Nabi SAW menyuruh untuk lepaskan dia kerana solatnya akan mencegahnya dari melakukan kemungkaran. Sesungguhnya solat itu akan mencegah perkara fahsya' dan mungkar. Ke guane pakcik?" terang Ramli.

"Haih tak boleh, tak boleh. Kita mesti pi mengundi. Pemimpin dah tak betul."

"Kan ulama' dah bagi garis panduan macam mana nak hadapi pemimpin yang tak betul. Kita pergi secara tertutup dan nasihat mereka baik-baik dengan penuh kasih sayang."

"Haih! Tak jalan!"

"Pakcik pakcik. Kita semua nak masuk syurga pakcik. Tak kisahlah orang merah ka, hijau ka, biru ka, hitam ka. Semua orang nak masuk syurga. Bukan kita saja nak masuk syurga, kendian kita tinggalkan orang lain."

"Haih!"

"Hmm takpelah pakcik. Kalau nak muzakarah bab ni panjang lagi. InsyaAllah nanti lepas Maghrib kita ada majlis dekat surau. Jemput datanglah. Boleh kita muzakarah panjang."

"Haih!"

...

Kehadapan pakcik yang dikasihi. Mencegah kemungkaran bukan hanya 5 tahun sekali. Duduk rumah goyang kaki. Sampai masa pergi mengundi. Bila kalah tak puas hati. Tak apa, 5 tahun depan cuba lagi. Tapi sayangnya Subuh berjemaah pun tak mari. Macam mana umat ini nak dihormati? Tak ada rasa nak islah diri. Macam mana nak islah umat ini? Lalu Allah pun turunkan pemimpin yang sesuai macam diri sendiri.

Isk! Salah Ramli sebenarnya tak doa dan buat kerja sungguh-sungguh. K lah, bai!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

15 comments:

Anonymous said... [Reply]

Pada suatu petang yang damai, Ramli dan kawan-kawannya merancang untuk menziarah penduduk kampungnya. Mereka pun berkumpul di surau lebih kurang pukul 6 petang yang damai.

Salah seorang daripada mereka diputuskan untuk memberi adab-adab dan tertib yang harus diikuti sewaktu menjalankan aktiviti ziarah pada petang itu. Hal ini penting supaya aktiviti ziarah mereka mengikut sunnah yang ditunjukkan Nabi SAW. Supaya bantuan dan rahmat Alah SWT bersama-sama mereka kerana dalam sunnah itu ada kejayaan.

saya lambat pikap said... [Reply]

kalau ikut realiti, jangan tengok teori sangat tau, tengok realiti. bukannya tak pernah si opposition tu tegur secara baik, tapi liat semacam je pemerintah?

lagipun, andai kezaliman yg dilakukan adalah memberi mudarat pada rakyat, apakah kezaliman itu tetap tak boleh disebarkan. tidakkah itu dinamakan hak rakyat untuk tahu penyelewengan yg berlaku? kerana zalim nya mereka memudaratkan orang awam, yg ramai bukan individu tertentu yg kecil.

mohon ustaz jawab persoalan sekian lama tertulis di minda.

RuMaH TuA said... [Reply]

Tengokkan ayat pakcik bergaya tu teringat tym kene smash dgn lecturer waktu kuliah... ^^,

Anonymous said... [Reply]

Tak semestinya bila kita ajak kebaikan akan automatik orang meninggalkan kemungkaran. Sebab tu kena buat keduanya sekaligus.

z to a said... [Reply]

entry yang damai di malam yang damai~~
peace :D

fuad ansari said... [Reply]

mmg rasa bersalah sgt ni tak doa n buat usaha sungguh2..

mengajak kebaikan dalam masa yg sama mencegah kemungkaran...
mungkin kita perlu melihat bahawa manusia punya hati dan perasaan, jika kena caranya, insyaAllah mendatangkan kesan yg baik.. jika tidak, ia hanyalah sekadar hukuman dan bukan menginsafkan.. mungkin yg datang selepas itu tidak lain dan tidak bukan dendam yg berbara di hati.. (",)

Bijen M. said... [Reply]

@saya lambat pikap
The latest kita tunggu outcome muzakarah bersyarat UMNO-PAS nanti.
Sama ada jadi atau tidak.

Bijen M. said... [Reply]

@RuMaH TuA
Mereka memang bijak berdebat.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Mencegah kemungkaran bukan totally menghukum.
Dalam kita berpesan, ada targhib dan tarhib.
Targhib kepada amalan kebaikan dan tarhib kepada ancaman.
Misalnya bercerita tentang azab orang yang meninggalkan satu waktu solat akan dimasukkan ke dalam neraka untuk satu tempoh yang sangat panjang.
Bukankah itu mencegah kemungkaran juga?

Bijen M. said... [Reply]

@z to a
Kedamaian dan kemakmuran~

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Hukuman itu pastilah perkara paling akhir sekali.
Seperti mana seorang perempuan yang mengaku kepada Nabi SAW dia telah berzina.
Dan Nabi SAW melengahkannya sehingga dia melahirkan anak dan menyusui anaknya dengan harapan dia bertaubat.

kakibiskut said... [Reply]

kira ok la tu pakcik tak marah-marah..
mesti ramli and the geng ni muka penuh nur.. tak tersampai hati pakcik nak marah2.. ramli pun sempat cerita sikit2 kisah..

pengalaman time ghast, lecturer jadi rahaba, ziarah rumah lecturer lain.. tp tuan rumah pndang rendah kat lecturer..dia ingat student gamaknya.. sebelah mata je pandang..moga Allah bg hidayat kat semua,.amin..
p/s: doakan aku ipb julai ni..

Anonymous said... [Reply]

aku setuju. memg ada certain rakyat yg nak pemimpin Islam, negara Islam, tapi tak cuba ubah diri sendiri untuk amalkan Islam. haish!

PAS lebih kepada nak bangunkan negara Islam. sebab tu mereka berpolitik, join pilihanraya. -ke arah pentadbiran Islamik, yg mana lebih besar dan dpt cegah kemungkaran dgan polisi/law negara

Tabligh suka dari rumah ke rumah -sesuai untuk masyarakat pedalaman yg 'tertinggal', dan dapat dibawa Islam pada mereka

Maka bagi aku, masing2 ada method dia. Masing2 nak bawa Islam dan kita punya matlamat yang sama. Justeru kita punya kelebihan nan berlainan. Pas buat cara Pas, Tabligh buat cara Tabligh. moga usaha kita mampu islah masyarakat ke arah yg lebih baik. yang penting, faham sebab kenapa join sesuatu jemaah, dan komit. kalau xleh komit, pi cari jemaah yg boleh komit (selagimana J yg dipilih bermatlamatkan Islam)

p/s: terpanjang plak. entah ada kaitan dengan post entah tidak.

WA

Bijen M. said... [Reply]

@kakibiskut
Usaha ni tekan nafsu.
Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
Siapa yang nak tinggi dari orang lain, tak akan lama.
Sama ada dia menyingkirkan diri ataupun Allah yang singkirkan.
Tinggallah orang yang mukhlisin yang tak mengejar nama, pangkat, darjat, kerajaan dan sebagainya.
WA.

Semoga Allah pilih tuan.
Tapi kalau tuan pergi Julai ni tak dapatlah datang walimah saya.
Ha ha ha!

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Tadi ada kawan kata tak solat pun tak apa.
Janji 5 tahun sekali undi.
Nanti dah ada negara Islam, baru wajib solat.
Hoho!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...