4.5.12

Istikhlas?

Salam Jumaat dan salam 1Rusia.

Dikisahkan seorang budak yang bukanlah tak berapa baik, cuma ada nakal sedikit. Biasalah budak-budak akhir zaman, iman turun naik. Oleh kerana nakal sedikit dan lemah imannya, kadang kala dia terlakukan maksiat berbentuk dosa kecil. Cuma bila dosa kecil sentiasa dilakukan, pasti akan menjadi dosa besar kan?

Inilah masalahnya. Sukar betul bagi budak tersebut untuk meninggalkan dosa tersebut. Sudah acapkali dia bertaubat, namun akhirnya tetap tewas dengan godaan syaitan lalu terus melakukan dosa yang sama. Setelah penat dengan perkara tersebut, akhirnya si budak tersebut mendapat satu ilham untuk mengatasi masalah berkenaan.

Dia bernazar, jika dosa tersebut dilakukannya dia akan membayarnya dengan puasa sunat satu hari sama ada hari Isnin atau hari Khamis. Maka sejak dari itu bermulalah perjalanan hidupnya yang baru. Maka jika dalam minggu itu dia melakukan satu kali dosa yang ditetapkan, dia akan berpuasa sunat satu hari pada minggu itu. Jika dua kali maka lengkaplah puasa Isnin Khamisnya pada minggu tersebut. Jika tiga kali, puasa seterusnya akan ditunda ke minggu hadapan.

Begitulah seterusnya rutin mingguan budak tersebut. Sehingga sampai satu tahap, dia merasakan perkara tersebut sudah menjadi perkara biasa. Hinggakan jika dia tidak berpuasa Isnin Khamis pada satu-satu minggu, dia berasa janggal.

Oleh sebab itu, dia telah memutuskan untuk menghentikan tempoh nazarnya dan menjadikan amalan puasa sunat Isnin Khamis sebagai rutin mingguannya. Begitulah ceritanya amalan tersebut melekat pada dirinya.
....

Kemudian dia dilanda pula dengan perkara dosa yang lain. Maka kali ini dia bernazar untuk mensedekahkan sejumlah wang bagi setiap perkara dosa yang dilakukan. Dengan harapan, budaya mensedekah menjadi amalannya yang istiqamah suatu hari nanti. Bukan aktiviti dosanya yang istiqamah.

Demikian cerita yang dipetik dari sumber yang boleh dipercayai.

....

Oke brada sista! Apa perkara yang kita sendiri tak tahu malah malaikat yang mencatit pun tak tahu? Hanya Allah SWT saja yang tahu. Ya! Perkara itu keikhlasan namanya. Susah untuk kita menilai keikhlasan seseorang. Juga nak menilai keikhlasan diri kita. Adakah kita beramal semata-mata mengharapkan redha Allah atau sebenarnya mengharapkan sesuatu dari makhluk?

"Eleh! Kau pakai tudung bukannya ikhlas pun."

"Ahh! Malaslah aku nak pakai tudung lagi. Bukannya ikhlas pun."

Ada dua perkara dalam contoh di atas. Yang pertama kita menilai keikhlasan orang bertudung. Layakkah kita menilai mereka? Sedangkan malaikat yang mencatit pun tidak tahu tahap keikhlasan amalan tersebut, apatah lagi kita yang terhijab akibat dosa-dosa kita.

Kedua adalah mentaliti masyarakat kita yang belum beramal tetapi sudah dapat mengukur keikhlasannya. Maka jadinya mereka tidak mahu beramal dengan alasan belum dapat hidayah atau tidak ikhlas.

Bagi perkara ini, ulama' berkata amal adalah seumpama gelas manakala ikhlasnya adalah air. Jika tidak ada gelas, bagaimana air boleh dimasukkan? Begitu juga jika tidak ada amal, masakan keikhlasan dapat datang? Jadi untuk menyelesaikan perkara ini, hendaklah seseorang itu tekun beramal sehingga keikhlasan itu datang sendiri walupun pada asalnya, tidak begitu ikhlas.

*Wahh! Skema dan berilmiahnya gaya tulis gua kali ini.*

Maka di sini, petunjuk mudahnya untuk menilai keikhlasan adalah dengan melihat amalan tersebut. Jika ianya berkekalan dan istiqamah tidak kira apa keadaan, insyaAllah ada keikhlasan dalam amalan tersebut. Dan inilah yng dikatakan istikhlas. Istiqamah dan ikhlas.

Namun jika seseorang itu melakukan sesuatu kerana orang lain atau mengharapkan sesuatu dari mereka, maka amalan tersebut akan terhenti apabila beberapa keadaan berlaku seperti orang itu tiada di sisi, atau clash dengan pakwe, atau bergaduh dengan orang yang dihajati itu, atau sudah dapat apa yang dihajati atau lain-lain lagi.

Maka dengan itu mari kita periksa apakah amalan yang pernah kita lakukan tapi terhenti dipertengahan. Apakah faktornya kita gagal istiqamah melakukannya. Langsung kita betulkan balik niat kita semata-mata kerana Allah SWT. Sesungguhnya Allah lebih menyukai amalan yang sedikit tetapi istiqamah.

Sehingga kita istiqamah dalam melakukan amalan, maka syaitan akan berputus asa untuk menyuntik jarum hasutan yang mengakibatkan amalan kita menjadi tidak ikhlas.

Okelah! Gua rasa tidak boleh blah buat ayat skema buku seperti di atas. Akhir kata ketahuilah amalan tidur adalah amalan yang paling ikhlas sekali yang dilakukan oleh manusia. Tak ramai yang tidur tak ikhlas.

Sekian liputan dari Pantai Cahaya Bulan purnama tak penuh. Okebai!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

15 comments:

Anonymous said... [Reply]

Salam Jumaat dan salam 1Rusia.

Dikisahkan seorang budak yang bukanlah tak berapa baik, cuma ada nakal sedikit. Biasalah budak-budak akhir zaman, iman turun naik. Oleh kerana nakal sedikit dan lemah imannya, kadang kala dia terlakukan maksiat berbentuk dosa kecil. Cuma bila dosa kecil sentiasa dilakukan, pasti akan menjadi dosa besar kan?

ukhti,mardhiah said... [Reply]

selalu budak kecik y tdoq x ikhlas, dipaksa, hihi..lagi2 tdoq lps zohor. Depa kalut nak main, mak pulak suh tdoq

.tufah. said... [Reply]

tengs bijen. entri kau kali ni memang kena dgn keadaan aku skrg. :)

Anonymous said... [Reply]

Hmm.
Memang susah nak nilai keikhlasan seseorang.
Lagi susah nak nilai keikhlasan sendiri. Sangat susah.

Dan mungkin sebab tu juga, lahirnya ayat-ayat skema dan berilmiah.

Oke da tu Bijen,
Kata nak buat buku.
Lamo doh tunggu...

Kot kalau ado, boleh jupo Bijen dekat PBAKL..

Ameen..

*Ikhlas ke ni?Heh!*

Pencari Allah said... [Reply]

suka gaya skema begini :)

MeWithNoNames said... [Reply]

"Amal itu gelas, air itu ikhlas"..
Faham..

"Jika ianya berkekalan dan istiqamah tidak kira apa keadaan, insyaAllah ada keikhlasan dalam amalan tersebut"
Faham..

baru saya tahu sekarang semua yg sy dh lakukan itu ikhlas atau tak..

Thanks Bijen...oketata

fuad ansari said... [Reply]

yup, mmg ada orang yg belum buat dah cakap tak ikhlas dan taknak buat..

dan saya pernah jumpa orang yg taknak buat sebab tak boleh nak istiqomah..

contoh:
A: bagus la, rajin tuan buat solat dhuha..
B: tuan tak nak buat solat dhuha?
A: sekarang ni mmg saya ada masa.. tapi hari2 yg lain mmg selalunya takde masa.. jadi tak boleh nak istiqomah.. tu yang tak buat tu..

macam2 kan.. (",)

Bijen M. said... [Reply]

@ukhti,mardhiah
Tak baligh lagi cik Mard.
Takpa.
Heh!

Bijen M. said... [Reply]

@.tufah.
Mengenai sasaran.
Hua hua!
Wc.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Dok layok masok PBAKL.
Bukan novel mainstream.
Hahah.

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Tak suka gaya skema gini.
:D

Bijen M. said... [Reply]

@MeWithNoNames
Semoga semakin cerah.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Ada juga macam tu ye.
Tugas kita tuan jadi asbab mereka faham.
:)

Ismi Ijmi said... [Reply]

"amal umpama air, isinya ikhlas"
tersentap!

Bijen M. said... [Reply]

@Ismi Ijmi
Amal umpama bekas bang.
Airnya adalah ikhlas.
:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...