12.5.12

Cuci 3.0


Negara kucar-kacir?
Rasuah berleluasa?
Penindasan dan kezaliman menjadi-jadi?
Hak-hak anda dirampas?
Gejala sosial berleluasa?
Umat Islam tidak bersatu-padu?
Mahu mentadbir dunia (bukan sekadar Malaysia) dengan agama?
Mahukan nusrah Allah membantu umat ini?
Menuntut integriti dan ketelusan dalam pentadbiran?
Dan lain-lain lagi tuntutan?

Ini menunjukkan masalah iman kita hari ini.
Ini menunjukkan masa untuk islah iman dan diri kita.
Bila iman baik, maka insyaAllah perkara-perkara buruk dapat dikurangkan.

Kejayaan manusia adalah dalam agama.
Dalam mentaati perintah Allah dan mengikut cara Nabi SAW.

Maka atas maksud itu, mari sama-sama kita DUDUK & DENGAR dengan tawajuh dalam perhimpunan cuci iman yang berlangsung secara bersiri di seluruh negara.
InsyaAllah tak perlu berlawan dengan polis.
Tak perlu berperang dengan meriam air dan gas pemedih mata.

Hanya perlu berpakaian menutup aurat dan kunjungi tapak-tapak ijtimak/masjid berdekatan anda.
Perhimpunan aman insyaAllah.
Perhimpunan umat Islam tanpa membabitkan fahaman politik, mazhab, khilaf dan sebagainya.
Perhimpunan untuk membesarkan Allah insyaAllah.
Perhimpunan untuk menarik nusrah dan rahmat Allah insyaAllah.
Perhimpunan untuk fikir macam mana nak selamatkan umat seluruh alam insyaAllah.

Untuk maklumat lanjut, sila tanya orang-orang tanggungjawab di surau-surau atau masjid-masjid berdekatan anda.
Tanya bila dan di mana ijtimak negeri dijalankan.
Kalau tak jumpa, meh tanya gua kat sini.

Okelah.
Tu je nak khabor pasal ijtimak KL dah nak dekat.

See you when I see you insyaAllah.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

19 comments:

Anonymous said... [Reply]

Negara kucar-kacir?
Rasuah berleluasa?
Penindasan dan kezaliman menjadi-jadi?
Hak-hak anda dirampas?
Gejala sosial berleluasa?
Umat Islam tidak bersatu-padu?
Mahu mentadbir dunia (bukan sekadar Malaysia) dengan agama?
Mahukan nusrah Allah membantu umat ini?
Menuntut integriti dan ketelusan dalam pentadbiran?
Dan lain-lain lagi tuntutan?

Pencari Allah said... [Reply]

Kalau kat melaka kat mana je encik ?

Amin Baek said... [Reply]

baik bos..ehehe

jika semua orang begini,insyaallah..aman negara

fuad ansari said... [Reply]

insyaAllah...
doakan sy tuan...

stadium ada aktiviti...
masjid pun ada aktiviti..
kereta yg lalu tol sungai besi..
mungkin ada yg kibar bendera negeri..
mungkin ada yg berkobar2 nak mengisi rohani...
harap2 dapatlah join cuci2..
(",)

abu zarim said... [Reply]

hihihi,,,alhamdulillah,,,moga Allah pilih,,ijtimak france bile?..
sedih la xsempat nk attent ijtimak,,sebb balik msia pon awal bulan 7,ijtima da habis,,:(,,,azam kuar lepas ijtima..:)

Norsha said... [Reply]

kejayaan manusia dlm agama....taat perintah Allah, ikut cara Rasulullah, sgt2 benar tuan tapi sgt susah nk buat bila hati tak betul2 dicuci....

ukhti,mardhiah said... [Reply]

Doakan untuk ijtima yang akan diadakan di penang 25-27/5 di masjid daerah balik pulau..

:)

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Ijtima Malaysia, Mei-Jun 2012:
19-21 Mei - (KL) Masjid Jamek BB Sri Petaling.
31 Mei-2 Jun - (Kelantan)Madrasah Ustaz Nawawi, Kg. Apa-Apa, Bunut Susu, Pasir Mas.
3-5 Jun - (Terengganu) Madrasah Kubang Bujuk, Serada.
6-8 Jun - (Pahang) Kuantan.
9-11 Jun - (Melaka & Negeri Sembilan) Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.
15-17 Jun - (Sarawak) Kuching & Sibu.
21-23 Jun - (Sabah Pantai Barat) Masjid Hj. Akbar Khan, Kg. Bingkul, Beaufort.
24-26 Jun - (Sabah Pantai Timur) Sapagaya, Lahad Datu.

Btw, ini untuk lelaki saja tau.
So suruhlah ayah, abang dan adik lelaki pergi.

Bijen M. said... [Reply]

@Amin Baek
Ameen!
Heheh!
Ajak kawan-kawan semua pergi ye.

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
He he he!
Suruh bini kasi targhiblah.
Baru bersemangat.
:D

Bijen M. said... [Reply]

@abu zarim
InsyaAllah Allah dah terima niat kita.
Balik Malaysia jemput makan kepuk lekor kat sini ye.
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Norsha
Itulah kena cuci selalu.
Barang walaupun tak pakai tapi bila biar lama-lama kusam juga.

Bijen M. said... [Reply]

@ukhti,mardhiah
Semoga Allah jayakan ijtimak tempat cik dan di seluruh dunia ni.
:D

Nanti ijtimak dekat rumah gua jangan lupa datang ye.
:D

Umma-ali said... [Reply]

pakcik kata ms ijtimak pki je apa2 kaler, kuning hijau biru merah putih hitam...boleh belaka...yg pnting BERSIH n suci...

Pencari Allah said... [Reply]

Terima kasih atas info bernas. InsyaALLAH. :)

penchacaiz said... [Reply]

doakan ya tuan ijtimak sri petaling.. mudah2an Allah bantu dan beri kejayaan utk ijtimak kali ini.

syura kerap pesan "pastikan tiada 1 laki2 akil baligh pun terlepas melainkan dia tahu dan ditaskil ke ijtimak".

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Mau cuci hati dari ghairullah.
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Bernas - Berisan Nasional?
Ha ha ha!

Bijen M. said... [Reply]

@penchacaiz
Semoga ALlah terima korban kita dan terima semua orang untuk buat usaha agama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...