8.5.12

36:36?

Atas nasihat puan penasihat, gua share-lah satu benda dengan lu orang. Benda baik tak elok simpan-simpan ye dak? Tambah-tambah kalau bab perihal jodoh ni. Bukan benda main-main.

Oke! Adakah di sini gua nak umumkan tarikh gua bakal menamatkan zaman bujang gua? Oh tidak! Serius tidak. Sebelum kita berbicara tentang perkara ini dengan lebih serius, gua nak tanya apa dalam kepala otak lu orang pasal 36:36?

Kalau 3:16 tahulah Stone Cold. Tapi 36:36 amende pula? 6 kali 6 dapat 36. 36 pasang dengan 36. Molek sungguh jadinya. Ke gua nak cerita pasal line 30, 36, 77? Oh tidak! Serius tidak.

Tapi kalau kahwin 6 haribulan 6 pun smart juga. Ahhh! Semua itu tak penting. Baiklah straight to the point. Dalam setiap pembicaraan, tak sah kalau tak cerita tentang kebesaran Allah SWT. Bila sesuatu pembicaraan tak ada cerita tentang kehebatan Allah, maka jadi sia-sialah perkataan tersebut.

Bila sesuatu pembicaraan tersebut ada puji-pujian pada Allah, cerita tentang kebesaran Allah, cukup suka Allah pada hambaNya. Sentiasa ada ingat pada Allah.

Allah adalah zat yang Maha Agung. Allah mencipta setiap benda berpasang-pasangan. Dalam Surah An-Naba' ayat 8 Allah kabor, "Dan Kami menciptakan kamu berpasang-pasangan". Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Dia menciptakan bulan dan bintang. Dia menciptakan lelaki dan perempuan.

Uhh! Cerita pasal pasangan ni boleh baca dekat sini. Sekarang gua nak fokus ke arah pasangan 36:36 ni. Sebenarnya gua tak perasan pun pasal pasangan 36:36 ni. Gua main amal saja sampailah satu hari kawan gua bilang, "Something unique about the new amalan you share with me. Yassin ayat 36. About pasangan-pasangan. Yassin is surah 36 so it's 36:36. Pasangan!"

Amboi! Kemain speaking beliau. Gua pun terkagum seketika dengan perkara tersebut lalu gua pun menge-wow teruja. Okelah! Gua rasa lu orang dah dapat hint kan?

Benda ni gua dapat waktu pergi melawat kiyai dekat Indonesia tempoh hari. Rujuk sini. Tapi bukan gua yang minta. Orang lain yang minta dengan pak kiyai lalu diperturunkan kepada gua.

Benda ni amalan untuk mudahkan jodoh. Caranya baca Yassin sehingga ayat 36 diulang sebanyak 7 kali lalu terus dibaca sampai habis. Dah habis, doa bebanyok. Amalkan baca setiap hari. Kalau gua, bagus baca tetiap lepas Subuh.

Kalau agak iman power sikit, boleh baca Yassin 40 kali atau 7 kali atau 3 kali selama 40 hari berturut-turut. Ni sesuai diamalkan oleh orang yang keluar 40 hari. Ha ha ha! Takpun boleh buat jadi wirid ayat 36 tu. Buat opening doa pun boleh pasal ayat tersebut memuji-muji Allah.

Doa tu, jangan lupa untuk doakan orang lain sama. Terutama doa untuk gua. Bila doa untuk orang lain, malaikat akan doakan untuk kita juga. Kan kool begitu?

Okelah! Renung-renungkan dan selamat beramal. Jangan sampai overdose beramal sudahlah. Kalau tak nanti jadi macam gua. Ha ha ha!

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya."

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

15 comments:

Anonymous said... [Reply]

Atas nasihat puan penasihat, gua share-lah satu benda dengan lu orang. Benda baik tak elok simpan-simpan ye dak? Tambah-tambah kalau bab perihal jodoh ni. Bukan benda main-main.

Oke! Adakah di sini gua nak umumkan tarikh gua bakal menamatkan zaman bujang gua? Oh tidak! Serius tidak. Sebelum kita berbicara tentang perkara ini dengan lebih serius, gua nak tanya apa dalam kepala otak lu orang pasal 36:36?

fzfd said... [Reply]

ayat tu utk jodoh ke?seriously=p

Umma-ali said... [Reply]

hek!

ALIAAZUAN said... [Reply]

Salam.
Baca slama 40 hari? Lama tu.....
Dah penah baca surah yasin 40x dlm tempoh 24jam (khas utk dpt anak). Patu melepek...akhirnya nmpk bulan bintang sgala.. alhmdulillah bjaya menghabiskannya.

Pencari Allah said... [Reply]

nampak usaha dakwah. Tu je :))

Bijen M. said... [Reply]

@fzfd
InsyaAllah dimudahkan jodoh.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Tercekik ke apa?

Bijen M. said... [Reply]

@ALIAAZUAN
Alhamdulillah anak pun dah keluar ye.
Ho ho ho!

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Lain tarak nampak?
Haiyo!

Umma-ali said... [Reply]

tersedak bila bc hat overdose tu...

fuad ansari said... [Reply]

kena amalkan ni.. (",)

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Heheh!

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Kalau orang yang dah kahwin tak tahu jadi macam mana kalau amal.

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Hamboi overdose.

Btw, ada ke overdose amal? Umur yg ada pun sebenarnya tak cukup. Cemana nak overdose. Hek. Btw. Tahniah lah. Tahniah. Tahniah. Grr!

Bijen M. said... [Reply]

@~PENCHENTA~
Ibadat umat hari ini hanya boleh dapat seteguk air dan sekeping roti je di hari akhirat.
Macam mana nak masuk syurga?
Heh!
Dengan rahmat Allah.
Nabi SAW sendiri pun kabor dia masuk syurga dengan rahmat Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...