11.4.12

Percakapan Syurga

Tahukah lu orang bahawa amalan apakah yang akan berkekalan di dunia ini sampailah ke syurga kelak? Jawapannya amalan ziarah. Di syurga kelak tidak ada lagi solat 5 waktu, puasa, bayar zakat, naik haji, dan lain-lain lagi. So orang yang istiqamah melakukan amalan ziarah di muka bumi ini rupanya sedang melakukan amalan penduduk di syurga kelak. Heh!

Yang anak akan menziarah syurga ibu bapanya. Penduduk syurga di atas akan menziarah penduduk-penduduk yang syurga di bawahnya. Anak murid akan melawat syurga guru-gurunya. Umat ini akan menziarah syurga Nabi SAW dan para sahabat RHUM. Dan ziarah paling kool sekali adalah ziarah seorang hamba menghadap wajah Allah SWT. Pehhhhhhhhh!

Maka beruntunglah orang-orang yang sentiasa meningkatkan amalannya di dunia ini. Dengan satu zikir subhanallah, Allah akan menumbuhkan sebuah pohon di syurganya yang luasnya tak habis kuda Arab paling pantas pusing berlari di sekelilingnya. Punya besar!

Tak cukup dengan itu, mereka yang berulang-alik ke masjid pula Allah akan menyediakannya hidangan-hidangan menarik yang lazimnya untuk tamu-tamu agung di syurga, setiap kali dia pergi dan pulang. Fuhh!

Malah Allah akan membina untuknya mahligai bagi mereka yang menjaga 12 rakaat solat sunat rawatib dan juga mereka yang membangun masjid semata-mata kerana Allah.

Dan mereka yang mempunyai anak-anak hafiz hafizah, setiap ayat yang dihafal dan dibacakan oleh anak mereka akan meninggikan mereka dari satu darjat ke satu darjat yang lain di dalam syurga sebanding dengan hafalan mereka. Ohhhh!

Banyak lagi bhai cerita syurga. Tak habis nak cerita.

Setakat dalam rumah pakai Unifi, Astro Beyond, tiles import, lampu berlian-berlian, tilam super duper king size, rumah bertingkat-tingkat? Tak layanlah. Tambah kereta Lambo, Ferrari, Audi, Proton parking depan rumah? Tak layanlah. Ada bibik sampai 10-15 orang? Tak layan. Singgahsana buat atas bukit Jalan Duta? Lagilah tak layan.

Dekat dalam syurgalah bhai lu nak bangga-bangga dengan orang lain. Ternanti-nanti orang datang ziarah syurga kita. Nak bangga dengan bermacam-macam nikmat Allah yang dijanjikan dalam syurga kita berdasarkan amalan kita. Waktu tu dah tak ada riak-riak dah.

Bila ziarah-ziarah, tak ada dah nak sembang hal-hal dunia ni. Tak ada dah nak sembang bola sana sini. Semua sembang kebesaran Allah. Semua sembang tentang nikmat dan janji Allah. Waktu tu baru ada yang kata, "Aiseh! Rugi betul aku tak sebut subhanallah banyak-banyak kat dunia dulu. Banyak mengumpat orang saja. Nasib baik Allah ampun."

Dan pembicaraan paling best nak cerita kat anak cucu dan kawan-kawan adalah cerita-cerita usaha agama yang pernah dibuat di dunia dulu. Ada yang jumpa kawan dia lepas tu teringat dulu-dulu masuk kampung orang asli sama-sama buat dakwah. Cerita kat anak-anak dia dulu-dulu ziarah rumah ke rumah ajak orang datang masjid. Jumpa kawan lama dulu-dulu waktu zaman gelap dia kutip kita ajak buat usaha agama. Cerita dulu-dulu korban duit pergi macam-macam negara nak pergi belajar buat dakwah. Fuhhh!

Tapi kalau kerja saja manager dekat company besar-besar seperti Petronas misalnya, tapi tak buat dakwah, malu juga nak cerita kat anak cucu. Pakai saja kereta besar-besar macam Audi misalnya, tapi tak buat dakwah, malu juga nak cerita kat anak cucu.

"Dulu bapak gaji riban-riban pakai kereta Passat woo!" kata bapak.

"Cehh! Ada sampai syurga ke kereta bapak? Kat syurga Aiman ada binatang tunggangan lagi best lagi tau! Sepantas kilat. Heh!" Macam tu je kena pancung dengan anak.

Kesimpulannya, kumpullah cerita-cerita indah untuk dibawa sebagai modal bercerita di dalam syurga.

"Ni gua dapat hidangan ni pasal dulu gua rajin ulang-alik pi masjid. Ni gua dapat kepak ni pasal dulu gua kena potong tangan waktu berjihad. Ni gua dapat mahkota ni pasal dulu gua hantar anak gua belajar hafiz kat madrasah. Lu tak jeles ke bhai? Tu je! He he he!"

Dalam syurga tak ada riak-riak dah.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

23 comments:

Anonymous said... [Reply]

Tahukah lu orang bahawa amalan apakah yang akan berkekalan di dunia ini sampailah ke syurga kelak? Jawapannya amalan ziarah. Di syurga kelak tidak ada lagi solat 5 waktu, puasa, bayar zakat, naik haji, dan lain-lain lagi. So orang yang istiqamah melakukan amalan ziarah di muka bumi ini rupanya sedang melakukan amalan penduduk di syurga kelak. Heh!

firdaus said... [Reply]

SubhanAllah.terkesan sbb indah sangat

RuMaH TuA said... [Reply]

Allah... Best2!

Iwani said... [Reply]

Post teeeeeerbaik bos!

Oke said... [Reply]

O entry ni mmg cool! Cam biasa la kan~

O.."Singgahsana buat atas bukit Jalan Duta?" - Tetiba teringat Hartamas, smlm lalu area sana..kiki

aku-alam said... [Reply]

Apakah semasa "disana" nanti kita masih boleh mengingati kisah sewaktu di dunia ??

Pencari Allah said... [Reply]

Nak tanya. kalau kat syurga, nak solat juga boleh tak encik bijeng?mohon penjelasan. :) Thanks

Amin Baek said... [Reply]

bro bijen,mohon izin mahu share ye..hehe

Bijen M. said... [Reply]

@firdaus
Ini manusia yang cerita.
Tak berapa indah sangat.
Baca lagi yang Allah cerita dalam AQ.

Bijen M. said... [Reply]

@RuMaH TuA
Selamat mengumpul cerita.

Bijen M. said... [Reply]

@Iwani
Dok baik mano.

Bijen M. said... [Reply]

@Oke
Wahh!
Harta-harta dan emas lagi?
Donya ha ha.

Bijen M. said... [Reply]

@aku-alam
Di sana nanti adalah tempat pembalasan amalan.
Bagi mereka yang memasuki neraka, akan menyesal atas perbuatan buruk mereka dahulu.
Dan bagi mereka yang memasuki syurga, akan menyesal dan cemburu kerana tak buat sungguh-sungguh amalan baik di dunia.
Contohnya, "Aiseh! Rugi aku tak zikir banyak-banyak. Kalau aku tau nikmat punya baik lagu ni pasti dan pasti aku isi masa lapang aku dengan zikrullah."

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Mu nok buat mende pun ikut suke mu lah.
Kan dalam syurga kan.
Ada kisah satu orang nak sangat bersolat di dalam kubur.
Maka dia sentiasa berdoakan hajatnya.
Bila kuburnya dikorek, tengok mayatnya sedang bersolat.
Nak cerita detail, cari sendiri.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@Amin Baek
Permohonan diluluskan.
Hek!

Pencari Allah said... [Reply]

ok.Thanks Bijen. :)

Umma-ali said... [Reply]

Aslm, jawab soklan...HR bg sauda powder...perghh...panas2! tambah lg dgn susu kambing...tapi ai mandi wpon kambing x mandi...mbekkk2!
Paling best hat org llki xdpt kat syurga sok ialah wanita yg tutup aurat sempurna, bkn dia yg ziarah Allah tapi Allah sendiri yg akn ziarah wanita2 ini...fullamak! Siapa nak oder niqob 3 lapis?..meh emel kat saya!! Tlg kawan...ngeh3!
Lagi yg best kat syurga sok, wpun makpak bkn wali, bkn ulamak, tapi asbb jadikan ank2 ulamak, dan buat dakwah lagi, maka akn dikumpulkan nanti disyurga...jadi makpak yg manager petronas pon akn dpt drjt tinggi mcm alim ulamak n wali (bkn kuali), bila htr anak2 bljr agama...murahnya kasih sayang Allah pd kita...hmmm nk citer syurga ni, berbuih mulut tak habis2...jom kuar masturat, nnti mcm2 ceghite syurga kita dapat layannnn...

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Welkam.
Belanjalah.

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Bagi?
Nak jugok kalau lagu tu.
Ui!
Ni apa dok cakap Petronas banyak-banyak ni?
Bahayo!

Pencari Allah said... [Reply]

InsyaALLAH.. :)

Umma-ali said... [Reply]

tuan tanah dok mention petronas, tkg komen pun mention jgk laa...takde pape tersirat n tersurat...saja je, contoh...

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Semoga Allah izin.
Amin.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Jangan terkesan.
Dunia semua tu.
Hehek!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...