24.4.12

Ini sebuah kisah cinta abad ke-21.

Beberapa tahun yang lalu, ada seorang lelaki bernama Hamdan di sebuah universiti. Hamdan pelajar jurusan kejuruteraan di situ. Itu tidak penting sebenarnya untuk dibincangkan. Perkara yang cuba hendak ditonjolkan di sini adalah Hamdan ada seorang makwe yang sangat beliau sayang.

Hamdan ada seorang makwe yang sangat beliau sayang. Siang malam kerja berkepit saja. Macam belangkas gayanya. Makan sama-sama. Pergi kelas sama-sama. Study sama-sama. Tidur saja tak sama-sama.

Boleh kata cinta Hamdan kepada makwenya itu tidak berbelah bagi. Lautan api sanggup direnangi. Gunung Daik sanggup didaki. Pulau Pandan sanggup diterokai.

Malangnya nak dijadikan cerita, satu hari makwe Hamdan tetiba diserang nyamuk Aedes lalu mati demam denggi berdarah. Oleh kerana kehilangan insan yang paling disayang, Hamdan mula jadi tak tentu arah dan hilang pedoman.

Mandi dah mula tak basah. Makan dah mula tak kenyang. Memang tak senang duduk jadinya. Tengok sana, nampak kenangan terindah suatu masa dulu. Tengok sini, nampak kenangan terindah suatu masa dulu. Tengok mana-mana, semua nampak kenangan terindahnya bersama makwe pengarang jantungnya itu.

Member-member tegur sikit, tak layan. Jalan pun dah sorang-sorang. Kalau ada orang terlanggar bahu mulalah Hamdan melenting, "Woi! Apahal? Buta ke?" Memang tak keruan jadinya.

Namun nak dijadikan cerita semula. Saat Hamdan di tahun akhir, tiba-tiba ada freshie baru masuk. Dalam banyak-banyak freshie tu ada pula seorang muka iras-iras mawe lama dia. Pehh!

Hamdan tahu itu bukan makwenya yang dulu. Tapi hatinya kini teruja habis. Mulutnya yang sudah 4 tahun tidak menguntum senyuman itu mula bersinar. Kali ini sengihnya memanjang sampai ke telinga. Habis disiasat siapa budak baru yang menyerupai kekasihnya itu.

Saat itu, mandi Hamdan dah mula basah sikit-sikit. Makannya pun dah lalu. Chicken chop pun mampu dibedalnya. Siang malam tercari-cari budak freshie tersebut semata-mata nak tengok mukanya yang iras-iras makwe lamanya. Saat itu, orang langgar bahu pun dia boleh senyum lagi, "Eh! Takpa. Sikit je ni! Tadehal!"

Waktu itu mulalah beliau rasa bagai dunia beliau yang punya.

...

Begitulah tuan-tuan dan puan-puan. Kekasih Allah SWT yang Allah SWT paling suka dah meninggalkanNya lebih kurang 1400 tahun yang lalu. Semakin hari umat ini semakin jauh daripada agama. Semakin jauh daripadaNya. Jauh dari pandangan kasih sayangNya.

Namun tiba-tiba last-last minute nak kiamat, muncul golongan yang mirip-mirip Baginda SAW. Cara kerjanya mirip-mirip Nabi SAW. Cara pakaiannya mirip-mirip kekasihNya. Fikirnya seperti fikir kekasihNya. Boleh kata mirip sangatlah serupa buah hatiNya itu.

Pehh! Mau tak suka Allah SWT tengok mereka? Biarpun mereka ini bukan Nabi yang Dia paling sayang dulu, tetapi mereka mirip sungguh dengan gaya kekasihNya. Seperti mana Nabi SAW disusahkan, diejek, dihina dalam menyebarkan agama. Hari ini mereka turut sama disusahkan, diejek, dihina dalam mengamalkan agama. Itulah perkara yang Allah SWT paling suka. Suka melihat kekasihNya bersusah payah demi agama.

Jangan risau. Allah SWT dengar rintihan kalian. Hari ini kalian bersusah payah demi agama. Nak enjoy-enjoy pun tak ada masa. Nak berkapel pun tak boleh. Nak tengok wayang macam orang lain pun tak boleh. Nak main futsal, main takraw dengan member-member pun tak sempat. Nak pakai baju hensem-hensem pun tak mampu. Semua tu Allah dengar dan tahu wahai kawanku.

Hari ini orang mengejek kalian. Orang mencemuh dan mengata kalian. Orang menghalang usaha kalian. Allah tahu semua itu. Semua itu pernah dirasai kekasihNya suatu masa dahulu. Di sini bukan tempat balasannya kawanku. Tunggulah. Sabarlah. Tak lama lagi dah. Pejam celik pejam celik, nanti rasalah nikmat yang Allah SWT janjikan untuk kalian.

Hari ini kalian bersusah-payah menongkah arus melawan nafsu menyelamatkan umat yang sedang lalai dan tidak sedar rumah mereka sedang terbakar hangus. InsyaAllah di sana kelak, kalian akan sekali lagi menempuh neraka. Tetapi bukan untuk menerima hukuman. Kalian ke neraka untuk menyelamatkan mereka yang kalian suka dari terus rentung terbakar di dalamnya.

Saat itu api-api neraka langsung tidak dapat memudaratkan kalian. Kerana pasti debu-debu yang melekat pada tubuh kalian ketika di jalan Allah pada hari ini akan menjadi asbab haram api neraka menyentuh kalian hatta asapnya sekalipun.

Haram api neraka ke atas kalian bukan sekadar kalian selamat dari azab neraka, tetapi dapat menjadi penyelamat kepada mereka yang lain asbab fikir risau kalian terhadap mereka saat di dunia.

Okelah sikit-sikit. Josh sangat pulak ni.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

26 comments:

Anonymous said... [Reply]

Beberapa tahun yang lalu, ada seorang lelaki bernama Hamdan di sebuah universiti. Hamdan pelajar jurusan kejuruteraan di situ. Itu tidak penting sebenarnya untuk dibincangkan. Perkara yang cuba hendak ditonjolkan di sini adalah Hamdan ada seorang makwe yang sangat beliau sayang.

نور توفيقة ادريس said... [Reply]

Dah lama tak ada "feel" macam ni bila baca blog ni.
Suka baca macam ni..

Part dekat "kekasih Allah" tu buat hati ni sedih.. Rasa macam terlajak terpenuhkan hidup dengan baby n suami, somewhat macam rasa rindu dekat Rasulullah tak kuat sangat.

...

Jazakallahu khoir..

Nveil said... [Reply]

power! power!

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Suka!

Anonymous said... [Reply]

aku rindu dgn usaha agama...suasananya...tarbiahnya...tapi sekarang aku dah lemah..byk benda lain yg tashkil aku...huhu...doakan aku bro

K said... [Reply]

Bijen nampak sangat "lembut" dan sopan santun dalam entry ni... :')

Jazakallahu Khair...

p/s: Takmo dah ckp pasal pee pee..haipp!

HijabRockers said... [Reply]

@Tanpa Nama

Nak doa cemana namanya x tulis? =)

Bijen M. said... [Reply]

@نور توفيقة ادريس
Haa.
Tu kena banyak muhasabah balik tu.
Gudluck!

Bijen M. said... [Reply]

@Nveil
Kopi Power!

Bijen M. said... [Reply]

@~PENCHENTA~
:)

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Ni gua kena khususi lu ni.
Lu ada dekat mana?
Ha ha ha!

Bijen M. said... [Reply]

@K
Adeh!
Terserlah keayuanlah pulak.
>_<

Bijen M. said... [Reply]

@HijabRockers
Namanya, Tanpa Nama.
Ye dok?

Pencari Allah said... [Reply]

josh tak josh bergantung pada hati :)

Anonymous said... [Reply]

Josh tu apa?

fuad ansari said... [Reply]

mula2 macam baca novel cinta remaja zaman kini.. kemudian ia bertukar kepada novel agama.. menarik!! (",)

tak mahu berkata banyak... mahu membaca dengan rasa keinsafan..

Umma-ali said... [Reply]

tamsilan alam cyber...
owhh..alangkah...klu kisah cinta yg mula2 tu digarap dgn lbih syahdu, tentu kisah cinta yg kedua akn bertambah syahdu..tapi hmm bijen tetap bijen...kisah cintanya jadik lawak plk...terpengaruh dgn kisah sendiri ke...
mandi tak basah sbb lumur minyak senyonyong satu badan kot...

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Allah tak lihat rupa paras.
Allah lihat hati ye dok?

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Josh tu filem hindustan.

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Tambah bersemangat untuk tambah korban.
Caiyok caiyok!

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Tak mainlah bercinta zaman unibersiti.
Ceewah!

zuraidah idr said... [Reply]

best..suka!memotivasikan...(^-^)

tapi betul ke nanti kalo kita baruntung,kita akan masuk neraka untuk selamatkan orang kat dalamnya?
nak penjlasan sikit,tak penah dgr..

misbah sobah said... [Reply]

fuh,,style la tamsilan tu bro..huhu

Bijen M. said... [Reply]

@zuraidah idr
Pernah dengar seorang hafiz dapat selamatkan 10 orang ahli keluarganya yang dah wajib masuk neraka?
Ada ulama' kata, melainkan dosa syiriklah.

Bijen M. said... [Reply]

@misbah sobah
Ngopi cerita orang sajo.
Dengar, amal dan sampaikan.

Umma-ali said... [Reply]

Aslm, sekadar cb menjawab soklan saudari zuraidah idr...di akhirat kelak akn ada pensyafaat2 selain Rasulullah SAW sebagai pensyafaat utama, bahkan AlQuran juga akn jadi pensyafaat kpd pembacanya...
Pernah semasa haji wida', haji terakhir Rasulullah SAW, baginda telah menggalakkan sahabahnya utk berjihad mendakwahkan agama sehingga ke hujung2 dunia, sahabah pon mmg sedia sambut takaza/keperluan agama tnpa byk soal...hanya yg disoal ialah 'sampai bila, ya Rasulullah SAW?', maka jawab Rasulullah SAW "ilal liqo'", lbhkrg mksudnya, sehingga kita bertemu...iaitu di Kautsar n kemudian akn sama2 cari lagi insan2 yg telah tolak ajakan dakwah di dunia, yg mungkin telah trhumban dlm neraka akibat dosa2...ini kisah sy dgr dr bayan/ceramah ulamak.
Ada jg kisah2 akhirat lagi, seorg da'i iaitu pndkwah akn diseru utk melintasi sirat sepantas kilat, tapi dia dgn tangisan akn memohon kpd Allah bahwa di dalam neraka tu ada org2 yg saya kenal di dunia dulu yg pernah menolak dakwah saya n sekarang akibat dosa2 mereka sdg berada di dalam neraka, saya tidak akn masuk syurga sbelum saya usaha lagi ajak mereka ini...dan dijawab silakan...maka apabila dipijaknya titisirat, maka neraka menjadi sejuk, maka dia akn pergi masuk ke dalam neraka n bawa sesiapa yg ingin utk disyafaatinya masuk ke syurga...kenapa api neraka tidak dpt membakar mereka? kerana apabila seseorg itu berjihad di jln Allah, anggota2 bdnnya yg dilekati debu tidak disambar oleh api neraka, hatta asapnya sekalipun...WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...