18.4.12

Dakwah melawan dakyah.

Tahukah tuan-puan, syarat untuk takbiratul ihram adalah jelas kedengaran bacaannya sekurang-kurangnya di telinga kita. Orang sini kata 'dok jadi' kalau setakat angkat takbir tapi tak dengar suara.

Oke! Cukup sembang bab masail sikit-sikit. Hari ini kita sembang bab dakwah. Sila fahami FAQ di bawah tentang dakwah dengan teliti.


Sebab apa perlu belajar dakwah, buat dakwah, bagi dakwah, terima dakwah dan segala mak nenek dakwah?

Ulama' kata hari ini manusia menganggap dakwah adalah fardhu kifayah. Maka orang lain buat kita tak payah. Sepatutnya kita kena anggap dakwah sebagai fardhu ain. Baru akan timbul rasa tanggungjawab dalam diri untuk buat dakwah.

Ada orang kata mana ada dalam rukun Islam buat dakwah. Cukuplah gua mengucap, solat, puasa, bayar zakat dan naik haji. Cukupkah? Mari kita ambil satu dua contoh. Mana ada dalam rukun Islam suruh makan. Tapi kenapa kita hari-hari kena makan? Mana ada dalam rukun Islam suruh pergi kerja. Tapi kenapa kita sungguh-sungguh membanting tulang tulang dibanting pergi kerja?

Nak cerita dekat sini dakwah adalah satu keperluan seperti juga makan dan kerja. Kalau tak buat, orang sini kata 'dok jadi'.

Kita ambil contoh lain pula. Sedang kita jalan-jalan nak pergi rumah mak mentua kita. Tiba-tiba kita lihat rumahnya sedang dijilat api. Anak bini dan keluarga mentua kita terperangkap di dalam sana. Adakah kita susah hati lalu berusaha menyelamatkan mereka dan memikirkan macam mana cara untuk memadamkan kebakaran?

Ataupun kita berkata, "Ini bukan kerja gua! Ini kerja bomba!" Lalu kita pun pulang ke rumah untuk hisap rokok daun dan minum kopi goyang kaki sambil berdebat dengan orang dari parti lain tentang isu politik tanah air.

Bukan kerja gua!
Ini kerja abang bomba!

Bayangkan anak isteri dan jiran tetangga kita sedang enak dibakar dalam api neraka. Adakah kita akan masih kata, "Bukan kerja gua! Ini kerja orang dakwah!"


Baiklah tuan-tuan puan-puan. Apa akan jadi kalau kita tidak buat dakwah?

Bila kita tak buat dakwah. Kita akan didatangi dakyah. Bila tak ada usaha ke atas diri kita dan ahli keluarga kita misalnya, syaitan akan datang untuk menyebarkan dakyahnya.

Maka bila kita penuhkan ruang masa kita dengan gerak kerja dakwah, tidak ada lagi peluang untuk syaitan menyebarkan dakyah.

Kita dapat ambil pengajaran dalam kisah perang Tabuk. Ada beberapa orang sahabat RHUM yang tidak mahu ikut serta dalam peperangan tersebut. Orang-orang munafik terus-terusan menghasut orang Islam agar tidak menyertai perang. Saat itu buah-buah kurma tengah menjadi. Kalau mereka meninggalkan kampung halaman, saat mereka pulang nanti pasti buah-buah kurma itu akan rosak kerana tidak dipetik. Namun orang Islam yang yakin dengan janji Allah tidak termakan tipu daya tersebut. Mereka tetap keluar di jalan Allah menyahut seruan jihad.

Maka tinggallah beberapa orang sahabat yang tidak turut serta. Walaupun mereka ahli Badar, tetapi Nabi SAW berasa kecewa lalu memerintahkan para sahabat RHUM yang lain memulaukan mereka. Saat dipulaukan, dakyah-dakyah luar datang kepada sahabat yang tak nak ikut perang ni agar meninggalkan Islam. Pehh! Lihatlah bila tak buat dakwah terus kena dakyah.

Sama juga perihalnya di rumah kita. Bila kita tidak babitkan isteri kita dengan usaha dakwah, dakyah akan masuk ke dalam rumah kita melalui pelbagai medium. Televisyen, internet, radio bergerak, kesatuan wanita-wanita dan sebagainya. Maka mulalah bini-bini kita ini akan mulakan dakwah mereka. Dakwah pinggan mangkuk, kain ela, emas permata dan sebagainya.

Tetapi bila mereka buat dakwah, percakapan mereka akan bersekitar tentang kebesaran Allah, keutamaan sunnah, kepentingan solah, kepentingan ilmu dan zikir, kelebihan memuliakan orang Islam, keutamaan ikhlas dan kefahaman dakwah. Maka pentingnya untuk kita hidupkan majlis taklim di rumah beserta muzakarah 6 sifat sahabat. Jika tidak, sifat-sifat wanita tipikal masa kini akan menjadi perbualan harian mereka. Oh!

Oke! Cukuplah sikit-sikit. Lain kali kita sembang pula macam mana cara nak buat dakwah. Tapi kalau tak sabar-sabar nak tahu, boleh emel gua secara peribadi. Heheh!

...

Hari ini ramai betul umat manusia di negara ini dok tuntut hak macam-macam dekat kerajaan. Sampai duduk berbaring tengah jalanlah apalah.

Gua dan kawan-kawan pula tak mau minta banyak. Nak minta bos tolong luluskan cuti saja. Bukannya nak ambil cuti free-free. Cuti tanpa gaji pun tak apa. Kami sanggup tak dibayar gaji. Pedulilah orang lain nak minta bersihlah, cucilah, suci murnilah, apalah. Kami nak bos luluskan cuti kami saja.

Kami nak pergi belajar-belajar usaha dakwah. Nak belajar-belajar hidupkan sunnah. Nak belajar-belajar tunaikan hak Al-Quran iaitu khatam 2 kali setahun. Nak belajar tunaikan hak masjid dengan mengunjunginya, bersolat berjemaah dan sebagainya. Nak belajar ikut sunnah tunaikan hak jalan seperti berjalan di bahu jalan, tidak menyusahkan orang lain, membuang duri atau benda yang menghalang orang lain, bagi salam kepada orang lain dan sebagainya. Nak belajar tunaikan hak orang Muslim yang lain.

Eh! Banyak lagilah hak-hak lain kita nak kena tunaikan. Asyik dok tuntut hak, orang sini kata 'dok jadi'.

Nak bagi cuti pun sebenarnya hak Allah. Bukan kuasa bos nak bagi cuti. Maka kena minta dengan Allah sebenarnya. Nak kena bangun tiap-tiap malam nangis-nangis minta dengan Allah. Kalau setakat minta dengan bos saja, orang sini kata 'dok jadi'. Tuan-tuan puan-puan tolong doakan untuk kami sekali ya!

...

Last but not least, kalau mereka-mereka ini pergi belajar dekat universiti dengan susah-payah pakai duit sendiri, mesti mereka-mereka ini tidak ada masa nak berdemo. Sebab mereka akan sibuk buat kerja part-time cari duit buat tampung bayar yuran belajar dan kirim duit bagi kat mak ayah di kampung. Tapi orang kita hari ini 'kaya-kaya'. Duit 'mudah-mudah' dapat. So banyak masa lapang mereka nak diisi. Nak buat macam mana ye dak? Orang sini kata 'dok jadi!'. Okebai!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

20 comments:

Anonymous said... [Reply]

Tahukah tuan-puan, syarat untuk takbiratul ihram adalah jelas kedengaran bacaannya sekurang-kurangnya di telinga kita. Orang sini kata 'dok jadi' kalau setakat angkat takbir tapi tak dengar suara.

Oke! Cukup sembang bab masail sikit-sikit. Hari ini kita sembang bab dakwah. Sila fahami FAQ di bawah tentang dakwah dengan teliti.

ahmad farhi said... [Reply]

betoi , semua dok sibuk tuntun hak, tapi x mau tunaikan hak.. pe la manusia . moga Allah ampunkan mereka.

Umma-ali said... [Reply]

solat dll fardhu 'ain...tapi dakwah fardhu ghein...heh!
dakwah ummu 'amal, ibu segala amalan..

fuad ansari said... [Reply]

bila tak buat dakwah, ingat boleh duduk senang-lenang... rupanya 'dok jadi' jugak.. dunia pulak datang menyibuk... bila dunia datang menyibuk, lagi serabut hidup jadinya... haish...

boleh dikatakan, hikmah buat dakwah ni, Allah swt mudahkan urusan dunia... (",)

Bijen M. said... [Reply]

@ahmad farhi
Takpelah.
Walaupun manusia ingkar perintah Allah, syirik kepada Allah, Allah masih bagi rezeki, harta, makan dan sebagainya.
Moga-moga dapat hidayah.

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Kalau Ummu Ali guane plop?

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Dok jadi.
Nabi kabor dah.
Kalu kite tawajuh dengan dunia, Allah suruh dunia lari sampai kite dok rok nok keja.
Tapi kalu kite tawajuh dengan akhirat, Allah perintah dunia tunduk ke kite.
Pahang dok?

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Dok jadi!

Amboi. Debat parti napok? Hahah.

Doa untuk aku sekali weh. :'(

Umma-ali said... [Reply]

ummu ali, mok kpd ali, anak saya yg sdg mnunggu mok nye di syurga...anak2 yg lain dok ngaji pondok, anak yg nm ali ni, ngaji dlm kubur...sok2 qiyamat dah jadi hafiz 'alim, insyaAllah...gitu kata2 org alim yg bc kitab...

Pencari Allah said... [Reply]

Ce email saya nak buat usaha dakwah antara perempuan boleh?

asy_syakirin said... [Reply]

dok jadi!
pahang starang doh nih..
inshaAllah..Allah bagi pahang~

Norsha said... [Reply]

dok jadi kalu tok laki 'dok begahi' g sejid, wat malu ke oghang puang je....pahang dok ambe cakak ni?

Husaini said... [Reply]

Jadi blake org2 sini cakak tranung..tggi pikir tuan..doakan untuk kami org2 yg korban kurang ni..

Bijen M. said... [Reply]

@~PENCHENTA~
Semoga aku kawen dulu daripada kau.
Amin.

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Amin.
Untunglah ada anak nama Ali tengah nanti kat sana.

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Macam mana entah nak cari emel dia?

Bijen M. said... [Reply]

@asy_syakirin
Amboi!
Kemah keming ye cakak Tranung.
Bulih jadi oghang sini doh.

Bijen M. said... [Reply]

@Norsha
Pahang, pahang.
Dok Pahang kat mane?
Kuangtang?
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Husaini
InsyaAllah, Melaka banyak orang-orang korban tinggi.
Sama-sama buat usaha insyaAllah.

Pencari Allah said... [Reply]

pencariallahsubhanawataallah@gmail.com

ce email sini.thanks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...