6.4.12

Asep Bijak Final!

(Sambungan kisah sebelum ini dan ini)

"Oke! Dah masuk post yang seterusnya. Apa jawapan untuk soalan kedua wahai pak kiyai karkung?" tanya Asep semula.

"Amende tah soalan hari tu?" Kiyai menduga Asep.

"Perkara yang paling menipu di antara yang paling menipu?" balas Asep.

"Oke! Syaratnya, ikutku berkelana selama 40 hari pula."

"Erk! Mana boleh macam ni kiyai. Jangan buat pasal. Raja bagi masa 1 bulan je," Asep mula panik.

Kiyai menjawab, "Up to you der. Kalau nak tahu, ikut. Kalau tak nak sudah. Okebai!"

Asep tak senang duduk. Dia pergi semula ke kota menemui raja untuk bernegosiasi.

"Encik raja! Dah ada pemenangnya belum?"

"Belum Asep. Lu je orang first yang dapat jawab dengan tepat."

Lantas terus Asep berangkat meninggalkan raja dalam kebingungan dan menemui pak kiyai. Dia bersedia mengikut pak kiyai tadi bersafar selama 40 hari. Pak kiyai pun sangat senang hati sama Asep.

Selama 40 hari bersama kiyai, banyak sekali pelajaran, ilmu dan pengalaman yang ditimbanya. Tempoh 40 hari itu betul-betul dimanfaatkan oleh Asep untuk belajar agama dan kerja kenabian.

Perubahan demi perubahan sedikit sebanyak mulai melanda diri Asep. Penampilannya pun sudah mulai berubah, ada sedikit janggut yang dibiarkan tumbuh. Bacaan Al-Quran pun semakin lancar, fikir risau umat mulai tertanam, visi dan misi hidup untuk kehidupan akhirat mulai terbentuk.

Akhirnya pada akhir program 40 hari tersebut kiyai berkata kepada Asep, "Baiklah! Oleh kerana kamu bersungguh-sungguh mengikutku selama 40 hari ini, aku akan jawab soalan yang kedua. Jawapannya adalah dunia."

"Oh!" Asep tergamam.

"Kamu bisa temukannya di dalam Al-Quran. Dunia itu menipu kita. Segala yang kita usahakan siang malam bahkan sampai lupa waktu. Pada akhirnya akan kita tinggalkan saat kematian kita datang. Harta yang akan dipakai di alam kubur hanyalah selembar kain kafan," terang kiyai.

"Mengapa dunia rajanya penipu?" Asep meminta penjelasan.

"Jika ada orang menipu kita sekali maka untuk kali kedua kita tak akan ditipu oleh orang yang sama. Akan tetapi dunia ini telah menipu dan menghancurkan manusia terdahulu dan kita hari ini."

"Kita terus sibuk dengan urusan dunia sampai lupa akhirat padahal Allah SWT yang menciptakan kita dan dunia ini mengatakan jangan terpedaya oleh dunia, dunia hanyalah sandiwara! Tapi kita tetap tertipu, entah untuk keberapa kalinya."

Setelah mendengar huraian bernas pak kiyai, Asep tanpa membuang masa terus menemui raja. Hatinya bedebor rasa takut-takut dia sudah terlambat.

Setelah mendengar jawapan Asep, raja pun mengiyakannya. Malah raja memutuskan untuk melanjutkan tempoh kuiz sehingga semua soalan berjaya dijawab oleh para peserta. Hal ini kerana tidak ramai yang mampu menjawab soalan tersebut dengan tepat.

Asep berasa lega. Terus dia menemui pak kiyai untuk menanyakan soalan yang selanjutnya. Pak kiyai sudah mampu meneka hasrat Asep. Seperti biasa, kiyai mengenakan syaratnya. "Syaratnya mudah. Ikut aku sekali lagi. Tapi kali ini selama 4 bulan."

"Hmm...," Asep termenung.

...

Pendek cerita, pengembaraan dakwah 4 bulan itu semakin membentuk kerohanian Asep. Di samping ilmu agamanya yang kian bertambah, sifat-sifat baik dari dalam dirinya mulai tumbuh subur laksana bunga di taman. Selama 4 bulan, pancainderanya terjaga dari melakukan maksiat dan dosa.

Maka ada akhir pengembaraan rohaninya bersama kiyai, kiyai dengan senang hati mahu menjawab sekaligus soalan ketiga dan keempat. "Jawapan ketiga: Apakah perkara yang paling menguntungkan di antara yang paling menguntungkan? Jawapannya adalah dakwah." (Ali Imran : 104)

"Manakala jawapan keempat: Apakah perkara yang paling berharga di antara yang paling berharga? Jawapannya adalah syurga. (At Taubah : 111) Begitu berharganya syurga sampai Allah SWT telah membeli diri dan harta orang yang beriman dengan menggantikannya dengan syurga. Di syurga ada bidadari yang jika menitis air liurnya ke lautan di dunia ini, maka seluruh lautan di dunia ini akan menjadi manis." Begitulah penerangan pak kiyai panjang lebar kepada Asep.

Setelah memperdengarkan berita syurga itu akhirnya kiyai bertanya kepada Asep, "So sekarang nak jadi raja lagi?"

Dengan mantap Asep menjawab, "Tak mboh doh. Asep nak jadi dai'e pulok."

Kiyai pun tersenyum sambil memanjatkan syukur kepada Allah SWT.

...

Nampaknya satu orang tanpa nama 3 April 2012, 9.59 pagi dapat menjawab soalan dengan baik. Maka encik tanpa nama, sila tinggalkan nama anda di emel untuk tujuan tuntutan. Jangan tuntut di akhirat. Terima kasih!

Cuma persoalannya di sini, siapakah raja yang bijak bestari yang telah menanyakan soalan yang bijak itu kepada rakyatnya? Jeng jeng jeng!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

17 comments:

Anonymous said... [Reply]

"Oke! Dah masuk post yang seterusnya. Apa jawapan untuk soalan kedua wahai pak kiyai karkung?" tanya Asep semula.

"Amende tah soalan hari tu?" Kiyai menduga Asep.

"Perkara yang paling menipu di antara yang paling menipu?" balas Asep.

"Oke! Syaratnya, ikutku berkelana selama 40 hari pula."

Oke said... [Reply]

Terbaik... :')

Pencari ALLAH said... [Reply]

Persoalan terjawab. Power power.

Norsha said... [Reply]

sekalipun ramai yg tahu dunia ini menipu, mereka tetap rela menjadi
mangsa.....

Umma-ali said... [Reply]

nama raja tu ialah bijen perasan hensem...huhu, nak terberanak anak makcik klu baca ni! takpe biau dia cpt2 beranak...penat dah tgu dgn saspen ni....

fuad ansari said... [Reply]

baru bercadang nak berkelana bersama kiyai selama 4 bulan untuk mencari jawapan... tapi jawapan dah keluar lah pulak.. (",)

ye lah kan, walaupun ramai yg tau dunia ni penipu, tapi masih ramai yg kena tipu.. dunia pun bijak jugak rupanya..(",)

Bijen M. said... [Reply]

@Oke
Baik baik saja.

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari ALLAH
Sapa yang power?

Bijen M. said... [Reply]

@Norsha
Sayalah tu.

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Nak mudah beranak kena baca Quran.
Bukan baca blog.
Heheh!

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Tak ada rezeki lagi nak berkelana dengan Pak Fuad.
Hek!

Pencari Allah said... [Reply]

ALLAH bagi orang yang jawab dengan betul tu power. :))

Umma-ali said... [Reply]

Heheh...sedap je pekena org ea...
Betul la tu...time ummi nak beranak dulu pon xde blog2 ni...
oit dpt jwb 2 soklan btul, xde hadiah ke?
xpe2 ummi dah dpt hadiah dr puan hijabrocker...hehe...

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Hebat Allah!

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
HR bagi hadiah mende?
Susu kambing?

ALIAAZUAN said... [Reply]

Salam.
MasyaAllah..bijak, bijak.
Allah power. Tgh minum susu kambing jgk ni.

Bijen M. said... [Reply]

@ALIAAZUAN
Minum susu kambing ke Super Power?
Keh keh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...