3.4.12

Asep Bijak 1

(Sambungan kisah sebelum ini)

"Oke der! Beta bagi masa sampai sepurnama untuk lu orang jawab soalan kuiz beta," titah sang raja.

"Siapa yang dapat jawab kesemua soalan beta dengan cepat dan tepat, akan beta nikahkan dengan puteri kesayangan beta yang seorang ini. Dan dia juga bakal naik menggantikan takhta kerajaan beta. Amacam ada brand?" sambung raja yang dah uzur nak mati itu.

Seluruh rakyat Putrijaya yang mendengar ucapan sang raja mengetus air liur. Semuanya sudah memasang angan-angan untuk mengahwini puteri raja yang comel-lote dan seterusnya memegang tampuk pemerintahan kota Putrijaya. Takhta yang sudah lama diidamkan. Sejak 16 September yang lalu. Ya! 16 September yang sudah lama berlalu-lalu.

Dalam ramai-ramai rakyat jelata, ada seorang orang kebanyakan yang tertarik dengan tawaran raja. Namanya Asep. Kerjanya bertani di kampung. Dengan hasrat untuk mengubah nasib keluarganya, dia pun mencuba nasib menyahut cabaran si raja.

Pada suatu hari, Asep mendapat tahu bahawa di sebuah kampung ada seorang yang pintar yang diyakininya mampu menjawab segala persoalan yang terbuku di minda. Lalu tanpa membuang masa, Asep pun bergegas menemui orang pintar tersebut.

Ternyata orang pintar tersebut merupakan seorang kiyai. Kiyai tersebut sudah berumur. Janggutnya putih. Jubahnya serba putih. Beserban putih dan juga bertongkat coklat, bukan putih. Orang di sekitar mengenalnya dengan sebutan 'karkun'. Asep sungguh girang dapat menemui orang tua tersebut lantas menyatakan hasratnya untuk memenangi kuiz berkenaan lantas menjadi raja kota Putrijaya.

Kiyai yang mendengar hasrat Asep hanya tersenyum simpul lantas berkata, "Baiklah! Keinginanmu akan ku penuhi.. tapi dengan satu syarat."

"Syarat apa?" Asep suspen.

"Kamu harus mengikutiku berkelana selama 3 hari," balas kiyai.

Tanpa berfikir 4-5 kali, Asep terus bersetuju. Asep kemudian diajak kiyai untuk pergi ke sebuah masjid. Dia diperkenalkan dengan amalan ziarah dan amalan-amalan masjid Masjid Nabawi sewaktu Baginda SAW berada di Madinah.

Pendek cerita, program 3 hari Asep bersama dengan kiyai telah pun selesai. Lantas kiyai pun bertanya kepada Asep, "Apa perkara yang paling benar dan dibenarkan oleh semua orang?"

"Ce kabor please!" balas Asep.

"Jawapannya adalah kematian," kiyai menjawab selamba.

Asep tanpa membuang masa terus pergi berjumpa raja dan menyatakan jawapannya.

Raja menjawab, "Betul Asep. Clever boy!"

"Tapi you ada lagi 3 soalan untuk dijawab. Ingat tu!" sambung si raja.

Asep dengan riang gembira segera kembali menemui pak kiyai dan mengucapkan terima kasih. Sebagai tanda saguhati, Asep memberi kiyai sekeping sampul berisi wang bernilai RM 500 yang diterimanya menerusi program Bantuan Rakyat 1 Putrijaya (BR1P) baru-baru ini.

"Aku tidak membutuhkannya," ucap pak kiyai.

"Erk! Kiyai! Mencarut apakah?" Asep terkejut.

"Itu bukan mencarutlah. Tidak membutuhkannya tu dalam bahasa Indonesia. Maksudnya aku tidak memerlukannya. Faham?"

"Oh begitu! Heheh! So macam mana dengan soalan kedua: Apa perkara yang paling menipu di antara yang paling menipu?" soal Asep.

Kiyai menjawab, "Jika engkau ingin tahu jawapannya, ada syaratnya."

"Apa syaratnya? Slowlah pak kiyai oi."

"Syaratnya, tunggu di post akan datang. Jeng jeng jeng!"

...

Pertandingan kuiz masih dibuka. Siapa dapat menjawab semua soalan tersebut dengan cepat dan tepat insyaAllah akan menerima kiriman oleh-oleh dari Indonesia. Jeng jeng jeng!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

13 comments:

Anonymous said... [Reply]

(Sambungan kisah sebelum ini)

"Oke der! Beta bagi masa sampai sepurnama untuk lu orang jawab soalan kuiz beta," titah sang raja.

"Siapa yang dapat jawab kesemua soalan beta dengan cepat dan tepat, akan beta nikahkan dengan puteri kesayangan beta yang seorang ini. Dan dia juga bakal naik menggantikan takhta kerajaan beta. Amacam ada brand?" sambung raja yang dah uzur nak mati itu.

Anonymous said... [Reply]

2. Dunia itu menipu, sehingga kita selalu lalai dan alpa.
3. Yang paling menguntungkan itu dakwah.
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung" [3:104]
4.Yang paling berharga itu syurga kerana Allah memberi nikmat tak ternilai kepada hambaNya yang beriman.

Anonymous said... [Reply]

1. Kematian
2. Dunia
3. Syurga
4. Iman

leely said... [Reply]

1. Kematian
2. Dunia
3. Akhirat
4. Iman

ALIAAZUAN said... [Reply]

Salam.
Saya kurang pinterr pak. Jd sy tunggu ajelah apa jawapannya ye pak.

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Untunglah!
Bagi detail kat emel ye.
Jzkk.

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Teettt!
:)

Bijen M. said... [Reply]

@leely
Erk!
Macam mana boleh sampai sini?
Haih haih.

Bijen M. said... [Reply]

@ALIAAZUAN
Wahh!
Mak orang.
Selamat kembali ke dunia...
Dunia...
Dunia apa entah ni?
Heh!

leely said... [Reply]

Erk!
Random jek.
Tak boleh ke?
Okay, lepas ni tak datang dah.

Bijen M. said... [Reply]

@leely
Masalohnya awok tu anok Abe Hassan.
Heh!

leely said... [Reply]

Erk! camne leh kantoi ni.
okbai!

Bijen M. said... [Reply]

@leely
Pastu ripot ke ayoh awok ye?
>_<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...