30.4.12

Asbab tersangkut

(Sambungan kisah Satu Travelog : India - Bangladesh. Sila rujuk kolum 'Nota Bersiri' di kanan)

Sebenarnya gua rasa down sangat dalam tempoh gua habis belajar sampai gua nak dapat keluar merantau dulu. Banyak kali gua tanya diri sendiri apesal gua tak dapat-dapat keluar lagi?

Duit dah cukup dah dalam bank waktu tu. Nak kata masa free, memang dah free sangat dah time tu. Kerja pun tak ada nak cari gua. Gua pun malas nak cari kerja tu. Dalam kepala otak, gua nak merantau dulu. Pape hal pun, tunggu gua habis merantau. Gua pun nak jadi Merantau Warrior juga.

...

Waktu tu banyak masa gua dihabiskan termenung depan laptop. Sebab tu kalau lu orang perasan, trend posting awal tahun lepas kerap sangat. Sebab kerja gua menghadap komputer saja.

Ada juga kawan bercerita tentang seorang pakcik yang hendak keluar merantau. Katanya pakcik tu menunjukkan secawan gelas berisi air penuh sambil berkata, "Pakcik keluar dulu dengan air mata sebanyak ini." Maksudnya di sini, banyakkan doa nangis-nangis tengah malam.

Pernah juga kawan pesan supaya hentikan hubungan komunikasi dengan yang bukan mahram. Maklumlah dunia internet ni, banyak sangat medium komunikasi. Kalau tak dekat emel, dekat Fesbuk. Tak dekat Fesbuk, blog. Takpun Twitter dan Formspring. Haih! Ujian.

Walaupun komunikasi bukan perkara cintan-cintun, tapi berbicara tentang perkara yang tidak perlu itu sepatutnya dielakkan. Walaupun tujuannya untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, tetap fitnahnya belambak. Serahkan saja kepada yang lebih layak. Katanya itu semua faktor-faktor Allah tak pilih untuk keluar lagi.

...

Waktu awal-awal tu mak bapak gua memang tak bagi gua pergi jauh-jauh. Katanya dalam Malaysia cukuplah. Nanti Cik P panggil, senang. Kalau pergi sampai luar negara, nanti orang offer kerja kita tak ada, habis melepas.

Gua berkeras. Tapi dalam keras-keras gua, gua tak mahu memberontak. Gua tak buatlah demonstrasi jalanan. Mak bapak kan. Redha Allah pada redha mak bapak. Sia-sia gua pergi belajar ilmu agama kalau tanpa keredhaan mak bapak. Ye dak?

Maka dalam termenungan gua, Allah bagi ilham. Gua terfikir, apa guna Allah bagi masa gua free duduk rumah goyang kaki makan free? Perabih boraih je orang Neghori Similan kabor.

Lalu gua pun merangka strategi melancarkan perang saraf. Bila mak bapak gua keluar bekerja tinggal gua sensorang dekat rumah, gua jadi bibik handalan. Kemas rumah sekemas-kemas mungkin sampai bila mereka balik dari kerja, hati pun tenang.

Perkara tersebut berlarutan selama beberapa minggu sehinggalah mereka sedar gua adalah seorang anak yang bertanggungjawab. Heheh! Gua usaha ikram mereka sebaik mungkin. Jadi driver mak gua ke sana sini.

Sehinggalah sampai satu ketika nak dijadikan cerita, Allah bagi peluang ke gua dengan mak gua duduk dalam kereta untuk satu tempoh perjalanan yang panjang. Waktu tu gua manfaatkan sebaik mungkin untuk sesi luah perasaan dan bagi pemahaman kepada mak gua tentang tujuan gua nak pergi jejauh tu.

Dengan izin Allah, akhirnya beliau pun faham. So moralnya di sini, slow talk dengan cara baik dan berdiplomasi adalah lebih berkesan berbanding cara pemberontakan.

...

Sejak mak gua faham dan mula sedikit demi sedikit pasrah dengan kemahuan gua, akhirnya jalan-jalan makin terbuka dengan mudah. Wahh! Rupanya gua tersangkut asbab izin mak bapak je sebenarnya. Mak bapak bukannya tak bagi. Cuma mereka risau je. So bagilah mereka harapan dan hilangkanlah kerisauan mereka.

"Saya ikut Tabligh bukan sebab saya nak tinggalkan dunia. Tapi saya nak bawa masuk agama dalam dunia saya."

Dan lagi satu janganlah minta syahid awal-awal. Nanti siapa yang nak buat kerja agama? Tapi mintalah Allah hantar kita ke hujung-hujung dunia. Biar dapat mati di sana di suatu masa. Heheh!

bersambung...

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

17 comments:

Anonymous said... [Reply]

(Sambungan kisah Satu Travelog : India - Bangladesh. Sila rujuk kolum 'Nota Bersiri' di kiri)

Sebenarnya gua rasa down sangat dalam tempoh gua habis belajar sampai gua nak dapat keluar merantau dulu. Banyak kali gua tanya diri sendiri apesal gua tak dapat-dapat keluar lagi?

Duit dah cukup dah dalam bank waktu tu. Nak kata masa free, memang dah free sangat dah time tu. Kerja pun tak ada nak cari gua. Gua pun malas nak cari kerja tu. Dalam kepala otak, gua nak merantau dulu. Pape hal pun, tunggu gua habis merantau. Gua pun nak jadi Merantau Warrior juga.

MeWithNoNames said... [Reply]

"saya nak bawa masuk agama dalam dunia saya".....ayat ni buatkan sy berfikir sejenak

susah nk buat tu....pada yang telah lalai dengan godaan dunia

Pencari Allah said... [Reply]

Tabik spring kat tuan hambo :)

Norsha said... [Reply]

bila ingat balik ranjau duri waktu kena tinggal dgn suami masa dia kuar mmg boleh berderai airmata.....

Anonymous said... [Reply]

O.O

ikram,bagi harapan n buat diorg faham...okeh.
mnjawab gundah gulana di hati.jkkk.

fuad ansari said... [Reply]

asbab.. kadang2 benda2 yg dianggap biasa tidak perlu diremehkan.. seperti asbab tidak beroleh kemenangan di zaman sahabat dek kerana tidak bersudi dan saf yg tidak lurus..

teringat masa mula2 hendak keluar.. hati ibu jugak yg risau.. tapi bila ada kesan yg baik, alhamdulillah kelihatan kerisauan sudah bertukar menjadi kegembiraan.. (",)

miss diyana said... [Reply]

sama =)

Bijen M. said... [Reply]

@MeWithNoNames
Keluar dari dunia itu.
Untuk membesihkan kolam yang dicemari bangkai, haruslah dibuang bangkai itu dahulu.
Barulah diisi air.
Jika hanya dimasukkan air, kolam tetap kotor.

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Tak payoh nak tabik sangat.

Bijen M. said... [Reply]

@Norsha
Hai.
Sekarang ni tak keluar dah ke?
Dulu je?
:-)

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Betul.
Jangan ketepikan diorang.
Ketengahkan diorang.
Heheh!

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Betei!
Kalau dulu bila nak balik unibersiti mesti mak pesan jaga semayang, benti *****.
Tapi sekarang mak pesan, jangan bawak keta laju laju.
:-)

Bijen M. said... [Reply]

@miss diyana
Sama sama.
:-)

Danial_arif said... [Reply]

Biasala tu mak mane yang tak sayg kat anak...mak aku lg la siap nanges teresak2 bila aku nak keluar ipb..last tk dpt keluar munkin sbb tkde kerhedoan mak macam yang trjadi kat en bijen...katanye nanti kene bom ke, kene tembak ngan pengganas ke....ya ALLAH dugaan btol huhu...i,allah btol la kata en bijen...nnti kene nanges banyak2 malam2..lemahnye...moga ALLAH bg kekuatan.... :-)

Umma-ali said... [Reply]

danial arif, cb lyn blog sy... http://umi-ali-surahsirahsarirah.blogspot.com/2010/11/nak-keluar-4-bulan-ipb.html

Bijen M. said... [Reply]

@Danial_arif
Mak aku risau pasal tulah.
Dia kata dalam Malaysia dahlah.
Tayahlah pi jejauh.
Waktu tu dahlah kecoh berita pasal bom-bom kat sana.
Tapi dah Allah kata pergi, pergi juga.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Fuyyo!
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...