13.4.12

Anak Harun, Najiha!

Jam menunjukkan pukul 12.15 tengah malam. Dol Saed baru pulang dari Kuala Terengganu. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kerteh memakan masa lebih kurang 1 jam kalau naik Lamborghini, 1 jam setengah kalau naik Mercedes dan 2 jam ke atas kalau naik Proton yang dipandu penuh sopan santun.

Begitulah rutin mingguan Dol Saed. Setiap kali hari Isnin selepas waktu kerja, dia bersama beberapa orang rakannya yang lain akan pergi ke Kuala Terengganu untuk menghadiri mesyuarat bersama para pendakwah di seluruh negeri Terengganu.

Banyak kerja-kerja agama yang dibentangkan dalam mesyuarat negeri itu yang harus dibawa pulang ke kawasan masing-masing untuk dibahagi-bahagikan. Tambah-tambah pula pada 3-5 Jun nanti akan diadakan satu perhimpunan besar untuk umat Islam di seluruh kawasan Terengganu dan kawasan yang sewaktu dengannya. Maka makin bertambah beratlah lagi beban yang harus dipikul oleh para pekerja agama dalam memastikan perhimpunan tersebut dapat berjalan dengan lancar. Semuanya hanya dengan izin Allah SWT. Doa-doalah.

...

Kita abaikan sebentar kisah Dol Saed dengan kerja agamanya. Sesampainya di rumah, Dol Saed melihat bininya masih setia menanti di ruang tamu. Oh untungnya Dol Saed dapat bini macam tu. Bininya menyambut dengan secawan kopi Jantan yang dicampur madu lebah.

"Abang dah makan?" soal si isteri.

"Alhamdulillah sudah. Tadi berhenti makan roti tempayan kari kambing dekat tengah jalan. He he! Ayang dah makan?" balas Dol Saed.

"Dah tadi bang. Buka puasa tadi."

Sebagai persediaan untuk perhimpunan nanti, para isteri digalakkan untuk melipatgandakan lagi ibadat-ibadat sunat seperti puasa sunat, bacaan Yassin, solat hajat dan tahajud khusus untuk kejayaan ijtimak.

Inilah pentingnya peranan isteri di rumah. Walaupun mereka tidak keluar berdakwah secara umum, tapi mereka menjadi tulang belakang kerja-kerja dakwah yang dilakukan suami mereka. Suami pun senang hati dapat bini macam ni.

"Awak masuk bilik dulu. Abang nak pi tengok Batrisha kejap. Rindu dah seharian tak tengok dia."

Perlahan-lahan Dol Saed membuka pintu bilik Batrisha. Diusapnya kepala budak kecil itu. Sejuk hati dia melihat wajah anaknya yang sentiasa memahami kesibukannya itu. Dikucup dahi Batrisha lantas Dol Saed berpaling meninggalkan katil.

"Walid!" terdengar suara kecil memanggil.

Dol Saed berpaling semula, "Batrisha tak tidur lagi?"

"Rindu walid..." Batrisha bersuara.

"Kasi bedtime story satu kali!" sambungnya lagi.

"Eh! Tadi umi tak baca Hayatus Sahabah ke?" tanya Dol Saed.

"Nak cerita lain pulak."

"Hmm oke! Jap!"

Dol Saed pun merapati Batrisha dan memulakan ceritanya.

Ini kisah Harun dan anaknya, Najiha. Suatu hari Harun dan anaknya ingin bermusafir ke sebuah negeri. Mereka hanya mempunyai seekor keldai sebagai kenderaan. Pada mulanya, Harun menunggang keldai tersebut sementara anaknya berjalan kaki. Sampai ke sebuah kampung, orang kampung mula menegur tindakan Harun yang membiarkan anaknya berjalan kaki. Mereka mengatakan Harun seorang yang zalim.

Tidak senang dengan perkara itu, kali ini Harun membiarkan anaknya pula menunggang keldai manakala dia berjalan kaki. Masuk ke kampung seterusnya, orang kampung itu pula menegur sikap anak Harun yang zalim kerana membiarkan bapanya yang sudah tua berjalan kaki.

Kali ini mereka berdua menunggang keldai yang sama. Masuk kampung seterusnya, orang kampung sama juga menegur sikap kedua-dua mereka kerana menzalimi keldai yang tak berapa tough itu.


Akhirnya mereka berdua turun dan berjalan kaki sambil menarik keldai tersebut. Di kampung yang seterusnya, orang kampung itu pula berkata betapa bodohnya Harun dan anaknya kerana tidak menunggang keldai tersebut.

Stress jadinya Harun dan anaknya, Najiha tentang perkara tersebut.

...

"Jadi apa pengajaran cerita tersebut?" Dol Saed menduga anaknya.

"Jangan peduli cakap orang lain!" Batrisha pantas menjawab.

"Pandai! Batrisha nak tahu tak kalau Harun sembelih keldai itu dan mengagihkannya kepada orang ramai sekalipun, orang takkan berhenti mengata."

"Macam mana pula tu walid?"

"Orang yang mendapat daging mesti tak cakap apa-apa. Tapi orang yang tak dapat, mesti cakap betapa bodohnya Harun menyembelih keldainya itu lalu mengagihkan kepada orang ramai."

"Hmm.. Ye tak ye jugak!"

...

Pagi esoknya waktu sarapan mulut Aminah muncung.

"Sampai hati abang tinggal ayang sorang-sorang dalam bilik semalam."

"Hek! Sori. Abang tertidur dengan Najiha semalam."

"Hoh! Najiha mana pulak ni?"

"Eh! Silap! Bukan Najiha. Batrisha."

"Haa! Najiha tu makwe baru walid. Walid cerita semalam kat Batrisha," Batrisha menyampuk.

"Oi! Baik-baik sikit! Ciss!" terus Dol Saed menepuk manja bahu anaknya.

"Ha ha! Main-mainlah umi. Walid kata walid sayang umi sorang saja. Umi tunggu walid sampai walid balik semalam. Tu yang dia sayang lebeeeh! Hek!"

Oh lupa! Ni gambar kat Indonesia tempoh hari. KLIK!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

30 comments:

Anonymous said... [Reply]

Jam menunjukkan pukul 12.15 tengah malam. Dol Saed baru pulang dari Kuala Terengganu. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kerteh memakan masa lebih kurang 1 jam kalau naik Lamborghini, 1 jam setengah kalau naik Mercedes dan 2 jam ke atas kalau naik Proton yang dipandu penuh sopan santun.

Anonymous said... [Reply]

Jam menunjukkan pukul 12.15 tengah malam. Dol Saed baru pulang dari Kuala Terengganu. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kerteh memakan masa lebih kurang 1 jam kalau naik Lamborghini, 1 jam setengah kalau naik Mercedes dan 2 jam ke atas kalau naik Proton yang dipandu penuh sopan santun.

Anonymous said... [Reply]

Hari tu lalu highway yang masuk kat Dungun tu kejap sangat sampai KT. Dalam setengah jam.

So KT-Kerteh = plus minus sejam suku.

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Itu dari Che Lijah sampai Ajil je.
Lepas tu kena keluar lalu jalan penuh traffic light.
Kerteh - Bukit Besi pun satu perjalanan menyeksakan juga.
Heh!

z to a said... [Reply]

lama takda cerita pasal batrisha hakhak :D

Egg Head said... [Reply]

horhor....barisha...nakal nya..pandai bergurau suda ya....huhuhu

K said... [Reply]

"Kasi bedtime story satu kali!"

Hehe..
like Walid like daughter eh..

nam said... [Reply]

assalamualaikum wbt..

bestnya dapat bedtime story kisah sahabat.. untungnya dia.. (n_n)

Bijen M. said... [Reply]

@z to a
Lama tak nampak Z to A.
Hak hak!

Bijen M. said... [Reply]

@Egg Head
Batrisha pandai bermanja.
Ehek!

Bijen M. said... [Reply]

@K
Walid pee berdiri, doter pee berlari.

Bijen M. said... [Reply]

@nam
Wslm wbt.
Moga dapat jadikan sahabiah sebagai tauladan.
Sanggup korban untuk agama.
:)

K said... [Reply]

Dop paham mende...
Kasi explain satu! Heh

sot said... [Reply]

Alhamdulillah, keluarga bahagia yang faham Agama, insyaAllah.

Umma-ali said... [Reply]

post2 begini yg bikin keliru ni pak bijen...kok sudah ada anakbini mau risik anakdare org!!!hmm..hmm..
*ckp stail abon jowo...

Pencari Allah said... [Reply]

Mengikut kata orang. binasa :)

Bijen M. said... [Reply]

@K
Dop paham celah mano?
Heh!

Bijen M. said... [Reply]

@sot
Amin!
Semoga Allah SWT bagi kita capainya.
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Ini anak bini alam maya.
Hek!

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Ikut fatwa atau taqwa.
He he!

ALIAAZUAN said... [Reply]

Salam.
A 'ah ye la Nek Jijah. Kot ye pon dah kawen, tnjukkanlah si batrisya tu. Jgn la sorok2 ye dok.

Pencari Allah said... [Reply]

Taqwa encik :)

K said... [Reply]

Yang "Walid pee berdiri, doter pee berlari"?

SumBody Me.. said... [Reply]

singgah baca :)

Bijen M. said... [Reply]

@ALIAAZUAN
Ni konspirasi nak jatuhkan saham ke apa ni?
>_<

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari Allah
Bagus!

Bijen M. said... [Reply]

@K
Bapa kencing berdiri, anak kencing berlari.

Bijen M. said... [Reply]

@SumBody Me..
Haaa!
Baca elok-elok.
:)

Norsha said... [Reply]

baru tahu umi batrisha nama aminah...:D

Bijen M. said... [Reply]

@Norsha
Alamak!
Aminah, Aisyah, Khadijah, Fatimah.
Cukuplah empat.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...