27.3.12

PRA PRU

Malam ni sebenarnya gua dah mengantuk nak menulis. Tapi sebab karang kalau tak menulis malam ni, lambat pulak nak update. Esok outstation ke Bangi pula. Harap-harap ada orang hensem tu nak belanja pasal hari tu jumpa tak sempat nak belanja.

Oke! Pada tengah hari terik di hari Jumaat yang lalu, gua sedang bawa kereta di kawasan perumahan tempat gua tinggal. Gua jalan-jalan pusing taman nak menuju ke satu destinasi. Tiba-tiba kelibat satu kumpulan jemaah mencuri perhatian gua.

Gua terpandang ada satu orang laki-laki berketayap sama tiga orang perempuan bertudung labuh sedang menziarahi penduduk dari lorong ke lorong, pintu ke pintu, hati ke hati. Di tangan mereka ada pamphlet berwarna hijau untuk diedarkan kepada orang kampung. Aiseh!

"Woh! Ada masturat buat ghastlah tengah-tengah hari buta," kata gua dalam hati.

Seketika kemudian, gua pun senyum. Mujur umat hari ini sedar kepentingan ziarah dari lorong ke lorong, pintu ke pintu, hati ke hati. Bukan dakwah ikut internet saja, tapi orang mesti mau jumpa juga depan-depan. Hati perasaan mereka mesti mau kena selam.

Cuma harapnya usaha ziarah macam ni dapatlah dikekalkan setahun sekali ke, sebulan sekali ke, seminggu dua kali ke ye dak? Janganlah hanya 5 tahun sekali baru nak masuk celah-celah kampung jenguk orang. Dan harapnya perbicaraan itu dapat dilebihkan kepada janji-janji Allah dan Rasul lebih daripada janji-janji makhluk. Juga banyaklah ceritakan kebesaran Allah lebih dari kebesaran kerajaan dan makhluk yang lainnya.

Oh! Lagi satu jangan lupa jenguk sekali mat-mat Bangla dekat rumah kongsi hujung kampung tu. Depa pun orang Islam juga. Kata kita orang pertubuhan Islam ye dak? Tapi nak buat apa jenguk depa kan? Bukan ada kepentingan pun. Lainlah kalau depa ...

Eh? Okebai!

p/s: Sekarang dah nampak usaha sedang meningkat. Ziarah-ziarah giat dilakukan. Markaz-markaz dah banyak dibina di tepi-tepi jalan yang strategik. Ceramah-ceramah pun tetiap malam. Wahhh! Bendera pun dah banyak terpacak. Nak sambut kedatangan ijtimak yang jatuh pada tarikh yang sama gamaknya. Hak hak!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

17 comments:

Anonymous said... [Reply]

Malam ni sebenarnya gua dah mengantuk nak menulis. Tapi sebab karang kalau tak menulis malam ni, lambat pulak nak update. Esok outstation ke Bangi pula. Harap-harap ada orang hensem tu nak belanja pasal hari tu jumpa tak sempat nak belanja.

aku-alam said... [Reply]

menanti juga mereka-mereka ini datang ke rumah.. tapi tak pernah ada..

Amin Baek said... [Reply]

tanda2 PRU..

makin kerap lah berziarah..haha..moga2 biarlah selalu2..

Norsha said... [Reply]

kirim salam kat org hensem tu...

im the fikirman said... [Reply]

moga Allah pandanh usaha kita

fuad ansari said... [Reply]

mudah2an ada la rezeki tuan untuk dibelanja oleh orang yg tak berapa nak hensem tu.. (",)

tapi takpe, at least leh makan coklat... sebab baru balik dari langkawi.. (",)

RuMaH TuA said... [Reply]

dalam maksudnya...

Pencari ALLAH said... [Reply]

Dalam kesinisan..

Bijen M. said... [Reply]

@aku-alam
Kena pasang banner 'Jemput Datang!'
:)

Bijen M. said... [Reply]

@Amin Baek
Jemput datang Ganu.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@Norsha
Tak sempat jumpa orang hensem.
Heh!

Bijen M. said... [Reply]

@im the fikirman
Ameen.
Usaha sungguh-sungguh noh.

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Tak ado rezeki gamoknya.
Habis meeting dah lewat terus shoot Ganu.
Tak dan nak jenjalan.

Bijen M. said... [Reply]

@RuMaH TuA
Heheh!

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari ALLAH
Terasa ke?
:D

Pencari ALLAH said... [Reply]

Tak dak lah...saya tak ada can main politik. :)

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari ALLAH
Boleh je nak main politik.
Merusuh di tengah jalan.
Amacam?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...