18.3.12

Pengembaraan Solo

Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa gua dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Badan dan nyawa gua serahkan
Tak gitu?

Ceewah! Mengikut kata pepantun di atas, baru-baru yang terbaru ini gua bersama-sama dengan satu rombongan dari Melaka telah pergi ke tanah Jawa. Simbolik gittew! (baca: euww!)

Okelah der! Secara seriusnya bebaru ni gua pergi tanah Jawa atau secara lebih terperincinya Solo atau lebih tepatnya lagi Temboro. Gua pergi 4 hari. Yelah! Nak keluar 40 hari negara jiran tak layak lagi ye dak? Bila entah gua nak berbini ni?

Gua pergilah attach rombongan dari Melaka. Kira lone ranger lagilah travel kali ni. Tapi awal-awal je. Dah sehari dua lepak dengan diorang, gua dah jadi anak cucu angkat diorang dah. Heh!

Bak kata Pak Kiyai Thohir, harapnya silaturahmi (baca: ziarah) kali ini hanyalah semata-mata kerana agama (bukan nyopping ye!). Moga-moga dengan pertemuan tersebut dapatlah kami bertukar-tukar pandangan tentang usaha dakwah di tempat masing-masing dan asbabnya kalimah Allah tertegak di seluruh alam. Amin.

Nak jumpa Pak Kiyai Uzairon tak ada pula. Pergi umrah kabornya. Maka dapat jugalah bermuzakarah dengan kiyai-kiyai yang available tatkala itu. Juga dapat duduk bersama santri-santri (baca: pelajar pondok) dari Malaysia dan Indonesia yang sedang belajar alim dan hafiz di sana.

Eh! Besar rahmat woh dapat lepak dengan orang alim dan para ulama ni. Moganya rahmatnya berpanjangan sampai ke hari akhirat yang mana menjadi asbab dapat duduk di atas mimbar bercahaya saat manusia-manusia lain lemas dalam lautan peluh masing-masing. Amin lagi. Heh!

Dekat sana gua jenjalan melawat pondok-pondok pesantren yang ada. Ada tempat belajar khusus untuk alim. Ada tempat khusus untuk yang belajar alim dan hafiz. Ada juga tempat khusus untuk alim dan akademik. Macam-macam ada. Santri-santrinya beribu-riban. Ada santri putra, ada santri putri. Peewit!

Gua jenjalan lagi sampai ke kandang kuda. Sana ada kuda yang dibela untuk ditunggangi para santri. Kendian ada juga diajar seni-seni mempertahankan diri seperti silat dan kick-boxing. Eh! Gua cerita dah gaya duta nak promote pesantrenlah pulak. Tapi tak apalah. Lu orang nak register belajar ke nak datang ziarah ke kaborlah. Nanti gua adjust.

Kendian lagi gua jenjalan pergi naik bukit ala-ala Cameron Highland gitu. Dekat sana ada telaga (baca: tasik) besar. Nama telaga tersebut adalah Telaga Sarangan. Boleh naik speedboat gaya hidup tak lama yang memang speedo. Tapi gua tak naiklah sebab gua sensorang je. Kesian ke gua kan? Ha ha ha! Gua naik kuda je keliling tasik. Turun je kuda dah jalan mengengkang. #Oketipu

Make it short, kendian jenjalan lagi pergi pusat kraf barangan kulit dan hari last pergi pasar besar dekat kota Solo yang jual memacam barangan batik. Gua pun pening nak nyopping mende pasal gua ni tak biasa nyopping-nyopping ni kalau tengah bersafar. Hek! Nyopping untuk ikram orang rumah dan budak-budak opis yang gua tinggalkan lama je.

Hari last tu ada muzakarah dengan pak kiyai lagi. Ceritanya tentang kepentingan majlis ilmu, majlis zikir dan majlis dakwah. Tiga-tiga tersebut penting bagi para dai'e untuk bekalan kerja dakwahnya di muka bumi ini. Itu yang diterapkan di Pondok Pesantren Al-Fatah Temboro.

So, jemputlah siapa yang nak belajar suluk untuk ziarah ke sana pada cuti sekolah akan datang insyaAllah. Tertibnya berkhalwat (baca: beruzlah/berseorangan) selama 13 hari.

Katanya ilmu penting sebagai amalan, dalil dan hujahnya. Zikir pula penting untuk rohaniat agar apa yang disampaikan berkesan dan hikmah. Manakala dakwah juga penting untuk islah dan penyampaian. Eh! Bab ni panjang nak cerita. Kalau nak muzakarah atau dengar lagi karkuzari (baca: laporan) panjang, rogerlah gua ajak ngeteh.

Last but not least, dekat sana makan tempe enak sekali. Tempe saja ada berjenis-jenis resepi. Masak lemak kuning putih merah kelabu, masak sambal dan segala macam masak lagi. Enak enak! Heheh! Rasa macam nak kahwin orang sana je. Maka barulah gua tahu sebab apa tertibnya orang belum kahwin tak boleh jalan-jalan Indonesia 40 hari. Waduhh! Tundukkan pandangan pak!

In a nutshell, safar kali ni gua tambah lagi perbendaharaan bahasa gua dengan bahasa Melaka seperti tawau (baca: tawar), lancau (baca: lancar) dan lain-lain lagi. Selain itu bahasa Indo gua pun semakin fluent. Mudahlah gua nak setel expatriate Indo kat opis gua nanti. Bahasa Brunei pun gua dapat. Heh!

Baiklah, nanti gua sambung kisah misteri lembaga Ladang Bikam time gua nak balik Perak dari LCCT tempoh hari. Kita sudahi majlis dengan lagu di bawah:

Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku


Dari Jawa Tengah sampai Jawa Timur gua pergi. Subhanakallah humma wabihamdika... (baca sampai habis). Sekian saja. Tate teti tetu!

Nenek kata calon banyak, tapi jodohnya yang belum.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

19 comments:

Anonymous said... [Reply]

alau roboh kota Melaka
Papan di Jawa gua dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Badan dan nyawa gua serahkan
Tak gitu?

Ceewah! Mengikut kata pepantun di atas, baru-baru yang terbaru ini gua bersama-sama dengan satu rombongan dari Melaka telah pergi ke tanah Jawa. Simbolik gittew! (baca: euww!)

Norsha said... [Reply]

untunglah hang ! doa kat kami juga dpt pegi sana satu hari nanti...

Okebai! said... [Reply]

Untunglah hang jugak..
Heh!

Umma-ali said... [Reply]

umi nk ngopi pes ke blog umi je la, mls den nk cito laei...dah longkap dah ni...ok? xjd tido...

Umma-ali said... [Reply]

cess!! xbleh plk...tpakso bwt sendiri...len kli laa...ngntuk da ni...

Anonymous said... [Reply]

Beej, yang penting souvenir tuk I mesti ada. Haha

Pencari ALLAH said... [Reply]

Dapat bayangkan suasana. Indah :)

Bijen M. said... [Reply]

@Norsha
Awat tak habaq.
Kalau dak boleh ajak.
Hehek!

Bijen M. said... [Reply]

@Okebai!
Amboii!

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Jangan malaih sangat.
Hehek!

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Lu dah makan abes eskem gua buat?

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari ALLAH
Tunggu gambar dekat Fesbuk.

fuad ansari said... [Reply]

alhamdulillah, selamat dah pun rupanya pergi dan pulang.. cepat betul masa berlalu..

mujur tak dibawa sama cewek indon balik malaysia.. kalau tidak, bikin ribut pak.. (",)

Anonymous said... [Reply]

Beej, nope.. i dok keje pung arini.. smlm threw up.. food poisoning. now feeling a lot better after throw up..

Ismi Ijmi said... [Reply]

wah syok!

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Eh dah seminggu berlalu gua jumpa tuan Fuad.
Heheh!
Pasni boleh belanja minum laju-laju pasal dah ada nombot telipon.
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Patutlah dok memeram dalam bilik je.
Nak makan baca bismillahillazilayadurru... (sampai habis)

Bijen M. said... [Reply]

@Ismi Ijmi
Jom jom!

menusuk hati said... [Reply]

(",)b @ like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...