21.3.12

Lembaga Misteri Ladang Bikam

(Sambungan kisah sebelum ini)

Memandangkankan gua tak berapa nak bajet pukul berapa gua sampai KL hari last di Temboro tu, maka gua pun tak preparelah tiket nak balik Perak. Sampai saja LCCT dalam pukul 10 malam, mujurlah ada shuttle direct pergi Ipoh. Tapi sampai Ipoh jelah. Gua nak balik PB kot.

Oleh kerana gua tak nak ambil risiko pergi Pudu memalam buta itu dan berdepan dengan kemungkinan tak ada tiket bas balik PB maka gua pun gamble jelah ambil shuttle balik Ipoh. At least gua dah dekat dengan destinasi yang hendak dituju. Nanti gua fikir lainlah macam mana nak buat untuk balik PB. Ha ha ha!

Tengah-tengah tunggu bas, tetiba Allah bagi ilham. Lalu gua pun roger member gua yang kerja controller lori logistik. Gua pun tanya ada lori available tak untuk gua nak tumpang balik PB. Keh keh! Nasib gua baik pasal ada lori trailer 14 tayar nak gerak dari Shah Alam pergi Penang. Lalu gua pun suruh driver bas turunkan gua kat hentian Ladang Bikam pasal gua nak tumpang trailer berkenaan.

Sebenarnya gua nak turun kat R&R yang best-best sikit seperti Bidor, Tapah dan Simpang Pulai misalnya. Tapi gua terpaksa akur dengan polisi syarikat bas yang tak bagi turunkan orang tengah jalan. Lepas gua pujuk rayu, driver tersebut simpati dan kabor boleh turunkan gua kat Ladang Bikam je. Heheh!

Sampai Ladang Bikam pukul 1 pagi. Hentian tu tak ada surau, tak ada apa. Yang ada cuma tandas dan pondok wakaf. Maka gua pun memparkingkan diri di wakaf yang disediakan di tengah kegelapan pagi.

Gua bajet lori kontena berkenaan akan sampai paling lewat dalam sejam dua pasal dari Shah Alam je pun. Lalu gua pun mengisi masa gua  yang lapang itu dengan perkara-perkara berfaedah. Dalam masa tersebut banyaklah bas-bas bersilih ganti parking depan tidak jauh dari wakaf tersebut untuk membenarkan para penumpang membuang air kecil dan besar.

Maka memandangkan saat tersebut gua berpakaian labuh warna putih dan duduk terpacak dekat wakaf tersebut seorang diri dalam kegelapan sambil kena tempias neon cahaya lampu jalan, maka jadilah gua sebagai lembaga misteri Ladang Bikam yang menyeramkan. Kah kah kah! Sambil-sambil tu gua jeling juga ke arah penumpang bas yang tengah mamai tengok gua dari dalam bas. Hek!

Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai lagi diorang. Maka gua pun tanpa berfikir panjang menghamparkan tikar bedding gua di atas wakaf berkenaan lalu gua menghamparkan pula badan gua di atas tikar berkenaan. Sambil mengenakan gaya pembaringan mayat terbujur kaku, gua syak sepanjang tempoh pembaringan gua tersebut, berbagai spekulasi telah terhasil. Namun apa yang penting, para nyamuk telah memberi kerjasama yang baik kepada gua dengan tidak mengganggu gua selama tempoh berkenaan.

Dalam pukul 6 lebih gitu, maka sampailah lori kontena berwarna putih ke tempat kejadian. Saat itu gua sudah tersedia di atas kerusi depan tandas siap-siap menyambut kedatangan mereka. Maka gua pun angkat barang-barang gua masuk ke dalam kepala lori. Rupanya lori tersebut bertolak pukul 4 pagi dari sana lepas siap loading barang masuk kontena. Tapi tak apalah. Janji dapat balik.

Oyeah! Akhirnya Allah SWT makbul juga hajat gua sekian lama nak merasa jadi kelindan lori. Gua dah lama menyimpan hasrat nak follow driver lori ni jalan-jalan. Sebab diorang ni banyak cerita dan pengalaman. Maklumlah, jauh bersafar ke sana ke sini. Moga-mogaa cerita dan pengalaman yang gua dapat itu gua akan jadikan pedoman dalam hidup gua yang mencabar ini.

Sepanjang perjalanan memang gua tak tidur. Asyik bersembang dengan driver lori tersebut. Muda lagi usianya. Dulu dia ikut orang tuanya bawa lori. Sekarang sudah bawa lori sendiri. Banyak cerita dan pengalaman best yang dikongsi. Juga pengalaman naik lori trailer balik kampung pun satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Ahak!

Dalam pukul 9 pagi, gua pun diturunkan oleh driver dekat hentian Alor Pongsu. Dekat sana bapak gua dah tunggu dalam kereta dengan mak gua untuk pikap gua balik rumah. Heheh! Kemudian gua pun menghabiskan masa cuti yang berbaki tersebut bersama keluarga tercinta.

Sekian saja satu karkuzari (baca: laporan) yang tidak begitu meningkatkan iman.

By the way, hari last time gua nak balik ke Terengganu gua tengok mak gua bangun seawal 4-5 pagi untuk buat menyediakan makanan dan sebagainya pasal gua kabor ke mak gua nak gerak balik right after Subuh. Wohh! Sungguh terharu tengok mak-mak korban untuk anak-anak cenggitu. Itulah kasih sayang mak. Tapi kalau lu orang nak tahu, Allah SWT 70 kali ganda lagi sayang kepada hambaNya lebih dari seorang mak sayang kepada anaknya. Dan dengan kasih sayang itulah, Allah kurniakan mak yang menyayangi kita. Maka pesanan penaja, marilah kita saling sayang menyayang dan kita sandarkan pada kenangan. Ehek!

Tu je!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

9 comments:

Anonymous said... [Reply]

Memandangkankan gua tak berapa nak bajet pukul berapa gua sampai KL hari last di Temboro tu, maka gua pun tak preparelah tiket nak balik Perak. Sampai saja LCCT dalam pukul 10 malam, mujurlah ada shuttle direct pergi Ipoh. Tapi sampai Ipoh jelah. Gua nak balik PB kot.

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Ahh. Aku selalu jeles tengok orang lelaki boleh travel sana-sini sesorang. Haha.

HijabRockers said... [Reply]

Aku senyum sorang2 je baca entry ko ni mat apis =)

Neesa Jamal said... [Reply]

Tajuk betul2 bunyi macam artikel dalam mastika. kembang kempis jugak hidung mula2 baca.
but in the end, en.bijirin..eh bijen, saya suka perenggan akhir tu. terima kasih. :D

Pencari ALLAH said... [Reply]

Cayaak lah u bro... :)

Bijen M. said... [Reply]

@~PENCHENTA~
Pompuan pun boleh.
Ikut orang lelakilah.

Bijen M. said... [Reply]

@HijabRockers
Nanti orang kata sewel tengok sengih sensorang.

Bijen M. said... [Reply]

@Neesa Jamal
Gua nak apply penulis Mastikalah lepas ni.
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari ALLAH
Kayak kayak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...