7.3.12

Jawatang koson!

(Jawatang koson adalah jawatan kosong dalam bahasa Terengganu)

Baiklah saudara-saudari, ibu-ibu, bapak-bapak, tuan-puan, brada-sista yang dirahmati oleh Allah SWT. Hari ni gua nak iklan sikit jawatan kosong untuk diisi khususnya kepada kaum lelaki bujang-bujang. Yang dah kahwin boleh juga try, tak ada masalah.

Begini ceritanya der. Gua nak iklan jawatan kosong sebagai pekerja agama Allah SWT. Lu orang perasan tak kenapa Allah SWT ciptakan manusia? Tentu tak lain dan tak bukan untuk berkhidmat dan berbakti kepada Allah SWT.

Allah SWT ciptakan syurga dan neraka sebagai tempat balasan adalah untuk manusia dan bukannya untuk matahari, bulan, bintang, lembu, kambing, rumput, jagung, minyak, roti dan segala makhluk yang lain. Maka Allah SWT mahu manusia ini berkhidmat untukNya. Dan Allah SWT ciptakan pula 18 ribu makhluk yang lain untuk berkhidmat kepada manusia.

Maka untuk para bujang yang belum berkahwin, lu orang sangat-sangat diperlukan oleh agama pada hari ini. Lu orang sekarang ni Allah Taala bagi kudrat cukup punya kuat. Kerja hebat-hebat gaji lebat. Komitmen keluarga tak ada sangat. Punya banyak nikmat supaya lu orang guna nikmat tersebut sebagai asbab hidayat.

Tumpang tak ada anak bini sekarang inilah guna masa ni betul-betul. Cepat-cepat sambut dan sempurnakan takaza yang terdekat. Nanti dah lambat, takut sesal tak beringat.

Tak payah fikir nak kumpul duit pakai kereta hebat-hebat. Main Fesbuk cari jodoh sangat-sangat. Sibukkanlah saja diri dengan kerja-kerja agama, Allah tahu apa nak buat. Dia akan atur semuanya untuk orang yang dah bersusah payah bagi masa sampai tak menyempat.

Gua teringat satu ayat dari satu orang sahabat. Orang yang sibuk dengan kerja agama, Allah SWT akan fikirkan soal jodoh dia dan segala urusan-urusan untuk bantu mudahkan dia.

Tatkala dia sibukkan diri dengan kerja agama sehingga tak terkejar urusan lain, urusan itu Allah SWT akan selesaikan. Itu terpulang kepada Allah SWT macam mana nak selesaikan. Allah SWT boleh hantar burung ababil untuk musnahkan tentera Abrahah. Allah SWT boleh menangkan 313 orang Islam menentang 1000 tentera kafir dalam perang Badar. Itu baru sikit

Tatkala dia sambut lagi takaza dan sibukkan diri dengan beban kerja agama sampai waktu hingga tak terjaga makan minum dan keperluan rumah, Allah SWT hantar pula dia isteri untuk membantunya selesaikan kerja di rumah. Dia tidak perlu sibuk lagi di dapur untuk memasak dan di bilik air untuk membasuh pakaian, mensterika dan sebagainya.

Bila dia sibukkan diri lagi, Allah SWT akan hantar lagi nusrah dan berbagai-bagai bantuan untuknya. Sehingga mereka yang dah berkahwin bila tambah lagi korban untuk buat kerja agama, Allah SWT akan hantar bini-bini baru untuk bantu dia.

Jadi beringatlah kepada bini-bini yang tak nak bantu suami dia buat usaha agama, jangan sampai Allah SWT hantar bini-bini baru untuk suami lu orang untuk bantu dia buat kerja agama.

Yang bujang-bujang, bila sibuk dengan kerja agama, Allah SWT akan pilih bini-bini yang boleh buat korban untuk agama sesuai dengan dirinya. Jadi tak perlulah nak sibuk-sibuk pergi cari jodoh. Tunggu saja Allah hantar bila masa yang sesuai. Kalau tak ada bini lagi tu maksudnya belum cukup korbanlah tu sampai Allah SWT rasa belum masanya untuk berbini. Makanya, buat saja kerja agama tu.

Kamu bantu agama Allah, Allah akan bantu kamu.

...

Jawatan kosong yang serius sikit, sekarang gua tengah cari receptionist. Siapa nak sila hantar resume ke gua cepat. Gua ingat hujung minggu nanti gua nak pi Mesra Mall dengan gaya lelaki kasanova pergi riki makwe cun-cun kat situ sambil edar business card gua. Ha ha ha!

...

Pasal pengumuman hari tu, majlis gempak 3 hari 3 malam tu akan berlangsung di Kampung Kubang Bujuk, Serada. He he he!

Oketate!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

12 comments:

Anonymous said... [Reply]

(Jawatang koson adalah jawatan kosong dalam bahasa Terengganu)

Baiklah saudara-saudari, ibu-ibu, bapak-bapak, tuan-puan, brada-sista yang dirahmati oleh Allah SWT. Hari ni gua nak iklan sikit jawatan kosong untuk diisi khususnya kepada kaum lelaki bujang-bujang. Yang dah kahwin boleh juga try, tak ada masalah.

As said... [Reply]

Ye ke? Tak pernah dengar pun orang sini sebut koson? Heh!

Orait, wallahu mustaan.

Pencari ALLAH said... [Reply]

Mereka percaya pergantungan semata-mata kerana ALLAH. ALLAH yang beri segalanya. Usaha tu ada pelbagai cara. Bukan sahaja menjurus kepada kerahan fizikal malah usaha rohani juga perlu diterapkan. :)

Siti Fairos Jaafar said... [Reply]

Dik,receptionist tu posting kat kerteh ke?
akak nk bg resume..tp pk tempat plop..huhu

Siti Fairos Jaafar said... [Reply]

Dik,receptionist tu posting kat kerteh ke?
akak nk bg resume..tp pk tempat plop..huhu

Umma-ali said... [Reply]

ok la tu , g tetap satu jg...x mcm org penang, ilang trus g...penin...

Bijen M. said... [Reply]

@As
Sebab tak dengar.
Sebab tu lah tak pernah dengar.

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari ALLAH
Betoi betoi.
Bijak bijak.
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Siti Fairos Jaafar
Tidur masjid je.
Amacam?

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Heh!
Memandai je orang Melaka ni.

AhmadFarhi said... [Reply]

kalo gua dekat ngn abg bijen , gua dah hanta dah resume... hi3..

Bijen M. said... [Reply]

@AhmadFarhi
Takpa.
Nanti lu balik Malaysia lu roger.
Heh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...