3.3.12

Bida'ah ke sunnah?

Suatu hari gua dan beberapa orang rakan yang lain keluar menziarah umat Islam di sebuah kampung jiran. Tujuan kami melakukan amalan ziarah ini adalah antaranya ingin memupuk semangat muhibbah dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan umat Islam masa kini.

Hal ini penting kerana tatkala ini persaudaraan dalam kalangan umat Islam semakin lama semakin goyah. Bagaikan retak menanti belah bak kata orang Melayu. Persefahaman sudah tidak dapat dicapai. Gua pandang kanan nampak hijau. Pandang depan nampak biru. Pandang kiri nampak merah. Pandang belakang nampak hijau, kuning, merah. Macam-macam kaler ada.

Maka dengan ziarah-menziarah tanpa membawa sebarang bendera kepartian, kepuakan dan sebagainya malah dengan niat untuk menghubungkan silaturahim, bukankah itu satu perkara yang disukai Allah SWT? Golongan yang menghubungkan tali silaturahim.

Adakah perkara ini satu bida'ah yang cuba dilakukan atau sebenarnya satu sunnah yang cuba dihidupkan?

Sebenarnya amalan ziarah ini baik untuk kesihatan. Bila kita ziarah, kita akan berjalan dari satu tempat ke satu tempat. Inilah adalah satu senaman yang baik, seperti yang diamalkan Baginda SAW. Di samping itu, dengan berjalan kaki juga kita dapat berefleksologi secara tidak langsung. Bukankah itu menyihatkan?

Malah dengan amalan ziarah, rezeki kita akan jadi murah. Umur akan dipanjangkan. Malah pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah Taala, di hari akhirat akan mendapat lindungan arasy. Saat bersalaman, dosa-dosa jatuh berguguran. Oh! Bukankah itu sudah bagus? Siapa lagi yang tak mahu?

Adakah perkara ini satu bida'ah yang cuba dilakukan atau sebenarnya satu sunnah yang cuba dihidupkan?

Di samping menziarah dan bertanya khabar, kami juga membentangkan isu keagamaan kepada manusia yang kami temui. Dengan harapan agar kita sama-sama ada fikir terhadap agama. Kadang-kadang kita terlampau sibuk dan leka sehingga seharian masa kita dihabiskan dengan perbicaraan yang tidak langsung memberi manfaat. Maka pertemuan sekadar 2-3 minit itu cuba digunakan sebaiknya untuk kita merenung sejenak nasib kita di akhirat sana.

Bukankah ingat-mengingati itu bermanfaat buat orang beriman? Malah Nabi SAW bilang, mereka yang cerdik sentiasa fikir akhirat.

Adakah perkara ini satu bida'ah yang cuba dilakukan atau sebenarnya satu sunnah yang cuba dihidupkan?

Maka sedang jalan-jalan itu kami terjumpa satu orang Islam sedang berjalan-jalan juga seorang diri. Maka seorang dari kami memberi salam kepadanya dan meminta sedikit masa untuk berbicara. Alhamdulillah, nampaknya dia bersedia.

Maka gua pun memulakan pembicaraan dengan penuh kasih sayang dan fikir agama. Ceewah! Setelah habis perkara yang hendak disampaikan, gua pun cubalah mengajaknya pula untuk sama-sama memberi masa di masjid supaya banyak lagi perkara agama dapat disempurnakan.

Lalu pemuda tersebut pun berkata, "Sayo sokmo doh gi dengar ceramoh Ustak Azhar. Kenal Ustak Azhar? Azhar Idrus. Tiap-tiap kali dio bagi ceramoh, sayo gi."

"Oh ye ke? Alhamdulillah. Nanti bila-bila tak ada ceramoh maghilah sejid kite ni eh. Siyan ke sejid ni takde oghang nak maghi," bilang gua dalam hati sambil mulut tersenyum.

...

Tahukah lu orang, untuk datang ke masjid adalah satu perkara yang sukar. Bukan senang untuk datang ke masjid melainkan hanya dengan taufik dan rahmat dari Allah Taala. Sesungguhnya Allah Taala menilik seseorang manusia itu dengan beberapa kebaikan untuk memilihnya dapat datang ke masjid.

Walhal banyak lagi orang yang solat tak pernah tinggal, badan kuat-kuat sihat-sihat, ada kereta besar, bumbung bersambung dengan masjid namun tak dapat taufik dari Allah SWT untuk dapat datang ke masjid. Hanya mampu bersolat di rumah saja.

Kalau tak, tak adalah dikatakan tanda-tanda orang itu beriman adalah apabila mendapatinya selalu berulang-alik ke masjid.

Maka cukup besar rahmat kalau dapat ajak orang datang ke masjid walaupun cuma seketika. Dan si tukang ajak, janganlah cepat kecewa jika yang diajak tak mahu berganjak kerana pastinya Allah SWT pandang usaha kita. Hasilnya hanya Allah tahu bila dan di mana Dia nak bagi.

...

Kebanyakan orang kita ni datang masjid 3 kali saja.
  1. Waktu anak lahir
  2. Waktu nikah
  3. Waktu mati

Sebut pasal mati, gua pernah tercakap kat satu orang pakcik:

"Okelah pakcik. Nanti free-free... Eh silap! Bukan free pakcik. Mana boleh datang time free-free je. Nanti bila dilaungkan azan tu, sahutlah panggilan Allah tu ye. Takut nanti bila kita dah mati tak sempat nak pergi pulak. Karang orang yang datang rumah kita ambil kita bawak pergi masjid. Ye dak?"

Heh! Semoga Allah SWT ampunkan gua, pakcik dan seluruh orang kampung atas kelemahan gua ini.

Oketate!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

20 comments:

Anonymous said... [Reply]

Suatu hari gua dan beberapa orang rakan yang lain keluar menziarah umat Islam di sebuah kampung jiran. Tujuan kami melakukan amalan ziarah ini adalah antaranya ingin memupuk semangat muhibbah dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan umat Islam masa kini.

Hal ini penting kerana tatkala ini persaudaraan dalam kalangan umat Islam semakin lama semakin goyah. Bagaikan retak menanti belah bak kata orang Melayu. Persefahaman sudah tidak dapat dicapai. Gua pandang kanan nampak hijau. Pandang depan nampak biru. Pandang kiri nampak merah. Pandang belakang nampak hijau, kuning, merah. Macam-macam kaler ada.

Noorieda said... [Reply]

Oh..patut la mak marah bila terperap kat dalam rumah je..Murah rezeki rupanya bila menziarah..

fuad ansari said... [Reply]

tidak syak lagi perkara ini sebenarnya satu sunnah yang harus dihidupkan...

dengan membuat usaha ziarah juga, mengajak manusia ke masjid, secara tidak langsung, kita sendiri yang akan mudah ke masjid..

seperti membaling bole ke dinding, ye dok? (",)

Norsha said... [Reply]

moga segala penat lelah akan dibayar di akhirat kelak dgn sebaik2 ganjaran, teruskanlah anak muda dgn segala tenaga yg ada utk agama yg kita cintai ini & semoga dgn segala kepayahan dan pengorbanan itu menjadi asbab utk tersebarnya hidayah ke seluruh alam....

As said... [Reply]

Amende yang baik, bermanfaat untuk diri dan masyarakat proceed jelah.

Ziarah sanak saudara jugak, moga Allah bagi hidayat, especially ahli keluarga sendiri seperti yang dilaungkan Al Quran. InsyaAllah.

Moga Allah kurnia rahmat ke seluruh masyarakat, turunkan hidayat. Ameen.

Tahniah dan teruskanlah.

Bijen M. said... [Reply]

@Noorieda
Dok rumah main Fesbuk je mak mana tak marah.
Hahah!

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Pandai abang Fuad.
Heheh!
Bila abang nak baling bola ke saya pulak?

Bijen M. said... [Reply]

@Norsha
Jangan lupa doa saya dapat pasang lagi sebelah kepak.
;D

Bijen M. said... [Reply]

@As
Oh betul tu.
Trimas.

izzatimar'e said... [Reply]

salam..
masa mula2 baca post awk, rasa mcam tgh bca karangan SPM. hehe
tapi btolla, kalau rajin berziarah, kita buleh dpt kenalan bru, mkin bertambah saudara seagama kita yang kita kenal....

Ad-Dien said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Ad-Dien said... [Reply]

Menarik apabila frasa bid'ah itu dinyatakan :)

Adapun ziarah yang enta lakukan itu bukanlah bid'ah melainkan ianya suatu amalan mulia yang sangat terpuji, merapatkan ukhuwwah dan bertemu para muslimin lainnya, moga Allah memberikan kebaikan yang banyak kepadamu, barakallahufik.

jemput baca juga topik bid'ah dalam blog ana.

ana follow enta ye..jemput ke blog dan forum, insyaAllah

Penjelasan Status Zikir Taubat الهي لست للفردوس أهلا

Anonymous said... [Reply]

ziarah menziarah 1 hal, yang paling sedih bila masjid dibeza-bezakan dan pengunjungnya diclasify ikut parti politik.

astaghfirullah..sedih2

Umma-ali said... [Reply]

heh. smoga Allah ampunkan...awatlah laser sgt yop? klu ada parang kat tangan, harus jgk kena hayun dek parang nnti...
amalan ziarah ni adalah amalan Rasulullah SAW, cuma dah lama ditinggalkan...skrg alhamdulillah dah dihidupkan semula...lorong ke lorong, rumah ke rumah, pintu ke pintu... sehingga dikatakan bahwa rumah Abu Jahal pun diziarah oleh Rasulullah SAW sbyk 1800 kali, namun hidayat di Tangan Allah...

Anak Pendang Sekeluarga said... [Reply]

kata Syiekh Saad al-kandhalawi hafizahullah"ad-dakwatul iman,lil mukmin"

dakwah iman utk org iman itu sendiri.

Pencari ALLAH said... [Reply]

Ulasan yang terperinci. Jazakallah khairan.

Bijen M. said... [Reply]

@Ad-Dien
Ehehek!
Ziarah blog pun satu amalan mulia juga ye dak?
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Meh ziarah rumah saya meh.
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Anak Pendang Sekeluarga
Kita belajar-belajar dakwah.
Nak buat dakwah tak pandai.
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari ALLAH
Komen yang ringkas dan padat.
Bravo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...