2.4.12

Anda bijak? Buktikan!

Ceewah! Tajuk tiru gaya-gaya abang hensem ni. Sayangnya gua tak dapat nak tuntut cekelat dari abang hensem tu waktu turun Bangi baru-baru ni memandangkan meeting gua pun habis lewat. Lepas habis terus shoot balik Terengganu.

Okelah! Memandangkan gua baru balik dari Indonesia baru-baru ini, maka gua nak bagi sikit buah tangan dari sana.

Buah tangannya berbunyi begini:

Pada suatu hari yang sepi, seorang raja yang sudah uzur nak mati berfikir untuk mencari pengganti takhtanya. Beliau mempunyai seorang puteri yang cun-lecun yang digilai ramai manusia.

Oleh sebab itu, beliau ingin menganjurkan satu pertandingan kuiz kepada rakyat jelata. Siapa yang dapat jawab dengan jawapan yang paling tepat akan dinikahkan dengan puterinya, akan dapat naik menaiki takhta kerajaan dan akan mewarisi harta kekayaannya.

Ingat adik-adik, triple TA: Wanita-Takhta-Harta!

Oleh yang demikian, soalan kuiz tersebut berbunyi begini:
  1. Apakah perkara yang paling benar dan dibenarkan oleh semua orang?
  2. Apakah perkara yang paling menipu di antara yang paling menipu?
  3. Apakah yang paling menguntungkan di antara yang paling beruntung?
  4. Apakah perkara yang paling berharga di antara yang paling berharga?

Raja memberi masa selama sebulan untuk rakyatnya menjawab soalan di atas. Tapi gua cuma bagi masa lebih kurang 3-4 hari saja untuk lu orang jawab.

Siapa yang dapat jawab dengan tepat layak menjadi calon pilihan raya umum yang ke-13 akan datang. Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sekian!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

15 comments:

Anonymous said... [Reply]

Ceewah! Tajuk tiru gaya-gaya abang hensem ni. Sayangnya gua tak dapat nak tuntut cekelat dari abang hensem tu waktu turun Bangi baru-baru ni memandangkan meeting gua pun habis lewat. Lepas habis terus shoot balik Terengganu.

Anonymous said... [Reply]

1. Lailahaillallah Muhammadurrasulullah?
2. Dunia?
3. Surah As-Saff, ayat 10-12?
4. Nikmat Islam dan Iman?

fuad ansari said... [Reply]

1. di alam roh, kesemuanya telah bersetuju bahawa Allah swt Tuhan mereka..
2. dunia..
3. melihat wajah Allah swt..
4. nikmat iman dan islam..

itulah tu.. tertunggu2 jugak.. ingatkan byk hari lagi kat bangi.. rupanya dah shoot ke ganu.. baru cadang nak bagi cokelat 14 jenis.. (",)

Umma-ali said... [Reply]

1.MATI
2.DUNIA
3.SYURGA
4.IMAN

Pisyek Kumar said... [Reply]

jawapan aku,

"Semua jawapan di atas."

Tepat tak? hehehe xD

Pencari ALLAH said... [Reply]

Encik Bijen. izinkan saya jawab walau tak bijak pun :)

1-Al-Quran
2-Syaitan, iblis dan sekutunya.
3-Sabar
4-Iman

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
Kita lihat siapa yang kena!
Keh keh!

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
InsyaAllah minggu ni turun sana.

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Jeng jeng jeng!
Mak Indon ni.

Bijen M. said... [Reply]

@Pisyek Kumar
Jawab serius sikit.
Gua nak bagi hadiah ni.

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari ALLAH
Tak ada siapa yang bijak dalam dunia ni.
Heh!

Pencari ALLAH said... [Reply]

Bijeng,saya tak dapatlah hadiah...:(

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari ALLAH
Boleh try lagi dan lagi selagi jawapan belum diberitahu.

Umma-ali said... [Reply]

heheh...bkn indon lah, masa kat US dolu lg dah dpt soklan n jwpn...tp hat ptama je...jeng3! yg lain guna konsep gores n menang, eh bkn, baling buah dadu..huhu.

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Kena keluar dulu nak bagi faham.
Tambah korban.
Hek!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...