29.2.12

Pengumuman pengumuman!

Salam dah lama tak jumpa. Lu orang tak rindu gua pun kan. So tak perlulah gua nak feeling-feeling lelebih.

Oke! Bebaru ni gua ada terserempak satu makwe. Tiba-tiba gua dah jatuh hati. Sejak dari itu gua mula tak keruan.

Siang malam asyik termimpi-mimpi perihal makwe tersebut. Tak senang duduk gua dibuatnya. Solat pun jadi melayang-layang terawang. Entah Tuhan terima atau tak.

Gua dah nekad, gua nak kahwin dengan makwe tersebut. Walaupun hati suci gua sebenarnya sedar bahawa makwe tersebut hanya bakal membawa bencana, tapi gua cuba sedapkan hati gelap gua supaya mempengaruhi hati suci gua agar sama-sama percaya bahawa perkara tersebut tak ada masalah punya.

Jimbet juga perangai gua yang sedemikian rupa.

Maka seiring dengan nekad dan azam, gua pun kaji-kaji dan siasat-siasat agar gua tahu lebih lanjut pasal makwe tersebut. Masa-masa berharga gua banyak dihabiskan menelaah perihal makwe tersebut.

Makin lama sedar tak sedar gua makin hanyut dengan arus percintaan ini. Kelemahan-kelemahan gua mula tampil mengambil alih apa yang gua usahakan selama ini. Seolah-olah gua dipukau. Gua sedar menyukai makwe tersebut tidak patut. Tetapi gua tetap mahu juga.

Jimbet, gua memang tak suka situasi sekarang ini.

Ternyata bila gua meninggalkan norma-norma kehidupan dahulu dan terus mengejar makwe tersebut, Allah akan tempatkan gua bergelumang dalam selut-selut makwe tersebut. Sampai kadang-kadang gua hampir lemas tenggelam dalam selut sampai paras hidung.

Cuma syukur, Allah masih sayang gua kerana memberi kudrat kepada gua untuk berpaut pada ranting pokok agar gua tak terus tenggelam dan bernafas dalam lumpur.

Cukuplah sikit-sikit gua bermadah. Lu orang bukan faham pun. Kesimpulannya, gua dah sedar dari pukauan dan sedang merencana jalan penyelesaian.

...

Tiba-tiba gua dapat satu SMS, "Dunia tu adalah perempuan tua yang bongkok tiga, muka kerepot, blabla tapi mekap sikit punya lawa sampai manusia terpesona."

Oke!

Bila lu pergi ke arah dunia, seumpama lu masuk ke dalam pasir jerlus. Lu takkan pernah berhenti mendayung untuk menyelamatkan diri. Takkan pernah habis. Takkan! Cuma lu akan habis bila lu dah penat mendayung. Lu habis. Habis!

...

Pengumumannya di sini, 3-5 Jun ni gua nak jemput manusia-manusia di sekitar Terengganu datang majlis ye. Kalau luar Terengganu nak datang juga, gua tak halang. Duit minyak lu orang punya pasal. Ini majlis 3 hari 3 malam insyaAllah buat besar-besaran khas untuk orang Terengganu. Tempatnya insyaAllah nanti gua kabor. He he he!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

39 comments:

Anonymous said... [Reply]

Salam dah lama tak jumpa. Lu orang tak rindu gua pun kan. So tak perlulah gua nak feeling-feeling lelebih.

Oke! Bebaru ni gua ada terserempak satu makwe. Tiba-tiba gua dah jatuh hati. Sejak dari itu gua mula tak keruan.

ninarahim said... [Reply]

makwe ape sampai kena amek bank loan? rumah/kereta? haha

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Aku takut betul nak percaya 'rumours' gini.

Cik P lah. Bertunang lah.

Ni kenduri apa pulak pak cik? Cuba cakap bagi clear. Haha!

Bijen M. said... [Reply]

@ninarahim
Ha ha ha!
Makwe nak kahwen pun boleh amek bank loan jugak.

Bijen M. said... [Reply]

@~PENCHENTA~
Heheh!
Nanti gua kaborlah.

Siti Fairos Jaafar said... [Reply]

Cuba ckp bg clear..cm xde kaitan je ngan bank loan...kenduri ape plak neh..

Anonymous said... [Reply]

3-5 Jun tu Ijtima' Terengganu ye?

airazulaikha said... [Reply]

wahhhh..kenduri...

Noorieda said... [Reply]

Assalamualaikum..

Huh, punya la kreatif cerita sampai orang lain tadak paham..hahaaha

Umma-ali said... [Reply]

dunia mmg makwe...mak tua...mak tua ni kalau kita kejar dia, dia lari laju2....wpon dah tua, kuat lari tau!tapi kalau kita lari dari dia, dia tergedik2 ikut kita...

Norsha said... [Reply]

patutlah lama hang hilang, pi kejaq makwe rupanye...kihkih

Pencari ALLAH said... [Reply]

nak bina masjid. syabas!

fuad ansari said... [Reply]

pelik bebenor kalau kenduri kawin 3 hari 3 malam.. gua syak, ini mesti majlis yg lebih hebat dari kenduri kawin..

keje kat syarikat minyak, takde kad diskaun isi minyak ke? kasik la gua pinjam.. (",)

Bijen M. said... [Reply]

@Siti Fairos Jaafar
Bank ni lumpur.
Hek!

Bijen M. said... [Reply]

@Tanpa Nama
He he he!
10 markah.

Bijen M. said... [Reply]

@airazulaikha
Jemput jemput.
Tapi untuk orang laki saja.

Bijen M. said... [Reply]

@Noorieda
Alaikum salam.
Heheh!
Kena menjiwai sikit.

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
Tapi kalau nenek tua ajak gi Temboro macam mana pulak?
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Norsha
Biasalah iman turun naik.
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari ALLAH
Masjid dah ada banyak.
Tapi orang je tak banyak.
:D

Bijen M. said... [Reply]

@fuad ansari
Ini majlis lagi hebat!
Malaikat berduyun-duyun datang jadi tetamu.
Allah pandang dengan penuh rahmat.
Fuhh!

Heh!
Gua pun tak ada diskaun bang.

Aimie Diyanna (I'Me Dianna) said... [Reply]

Lu citer apa der? haha anyway good entr. Keep it up .

Anak Pendang Sekeluarga said... [Reply]

kehidupan dunia memang mcm tu..sgt penuh dgn ujian,siapa yg brjaya lepasinya,dia adalah wali besar..

Pencari ALLAH said... [Reply]

maksudnya nak kawing encik bijeng.

Bijen M. said... [Reply]

@Aimie Diyanna (I'Me Dianna)
Le kena mendalami.
Baru memahami.
:D

Bijen M. said... [Reply]

@Anak Pendang Sekeluarga
Dunia ialah makwe tua penuh tipu daya.

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari ALLAH
Heh heh heh!
Dok lagi.

Umma-ali said... [Reply]

ciss! kureng asemm kao...org dah ajk, nk ngutuk plk yea...tlg skit ea...blum brp tua tau! anyway, pinggan x retak, nasik x dingin...

Bijen M. said... [Reply]

@Umma-ali
He he he.
Rileklah makcik.
Nak emo pulak.
Macam Mael la.
:D

Pencari ALLAH said... [Reply]

nak poligami tak salah Encik bijeng. Bina masjid banyak ALLAH suka :)

BungaSahara said... [Reply]

Assalamu'alikum..
3 hr 3 mlm ??
apekah gamaknye? ^_^

oo lupe.. apekah perkabaran tuan hamba? sehatkah2? lama x singgah dan membaca..

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari ALLAH
Kalau tak larat tu yang salah.
Heh!

Bijen M. said... [Reply]

@BungaSahara
Malam merongeng.
Hahak!
Amboi.
Mentang-mentang dah ada pakwe, sampai lupa jengok sini.

BungaSahara said... [Reply]

Encek..bukan sahaja pakwe..malahan sudah ade teman di dalam pewot.. tu yg lupee :D ngeee :p

Bijen M. said... [Reply]

@BungaSahara
Amboi.
Kemain sakan.
Dah lah tak pernah jemput I pun berkenalan dengan pakwe dia.

BungaSahara said... [Reply]

asif.. :) terlepas pandang.
takpa lah, mohon doa smga baiti jannati yg dibina dilimpahi sakinah mawadaah wa rahmah ye..
encek bile lagi?? ^_^

AhmadFarhi said... [Reply]

hahaha, cite nie macam situasi gua la, sebijik dohh... seriusly, tapi gua dah x layan dah awek tuh , sebab awek tuh gua selidik2,x sekufu lorrhh. kaya yang amat , khairr..

Bijen M. said... [Reply]

@BungaSahara
He he he!
InsyaAllah.
Semoga dapat wakafkan zuriat ntuk agama.
:)
Saya?
Err..
Tak lama dah kot.

Bijen M. said... [Reply]

@AhmadFarhi
Jangan layan makwe tu.
Nanti lu nyesal je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...