4.2.12

Kepala babi.

Salam kebajikan!

Oke! Bayangkan gua sedang mengumpul bertong-tong cat merah. Kendian gua prepare kepala babi satu butir. Kendian najis-najis binatang pun gua kumpul sekali masuk dalam guni baja cap Dacing.

Kendian tengah-tengah malam di kala umat manusia sedang nyenyak tidur dibuai mimpi, gua buat satu projek. Gua bawa cat tadi pergi simbah dekat masjid. Letak kepala babi betul-betul depan pintu masuk masjid. Tabur najis-najis merata tempat. Smart dak?

Maka esok pagi, kecohlah satu kampung dengan berita kepala babi depan pintu masjid. Dinding masjid kena simbah cat merah. Najis-najis binatang bertebaranan. Paper Utusan pun datang buat liputan. Malam tu pukul 8 malam pula sure highlight dalam Buletin Utama TV3.

Kendian turunlah umat manusia serata alam ke dataran menuntut bela akibat masjid dihina. Semua pakat datang tunjuk hero. Dialah perwira agama. Maka waktu itu, pasti dicari gua sampai ke lubang cacing. Gua agak-agak kalau tak makan penumbuk, mau jugak leher gua makan pedang samurai. Isk!


Common sense-lah tu kan? Waktu satu Badwi masuk masjid Nabi SAW dan kencing, para sahabat pun naik marah. Tapi Nabi SAW kabor rilek-rilek. Nabi SAW pergi basuh sendiri tempat kena kencing tu.

Kang dikejar si Badwi tu, habis satu masjid terpercik air kencing. Kang lingkup pula sistem perkumuhan mamat tu. Yelah! Orang tengah sedap kencing, kena sergah pulak. Beghat nananglah jadi.

...

Tapi yang pasti, Nabi SAW kabor ancaman dia nak kumpulkan kayu api banyak-banyak nak pergi bakar rumah orang yang tak datang solat berjemaah di masjid. Tapi tak sampai hati sebab ada orang perempuan dan anak-anak dalam rumah tu.

Tu je!

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

15 comments:

Anonymous said... [Reply]

Salam kebajikan!

Oke! Bayangkan gua sedang mengumpul bertong-tong cat merah. Kendian gua prepare kepala babi satu butir. Kendian najis-najis binatang pun gua kumpul sekali masuk dalam guni baja cap Dacing.

Kendian tengah-tengah malam di kala umat manusia sedang nyenyak tidur dibuai mimpi, gua buat satu projek. Gua bawa cat tadi pergi simbah dekat masjid. Letak kepala babi betul-betul depan pintu masuk masjid. Tabur najis-najis merata tempat. Smart dak?

Hiro said... [Reply]

Maka esok pagi, kecohlah satu kampung dengan berita kepala babi depan pintu masjid. Dinding masjid kena simbah cat merah. Najis-najis binatang bertebaranan. Paper Utusan pun datang buat liputan. Malam tu pukul 8 malam pula sure highlight dalam Buletin Utama TV3.

Kendian turunlah umat manusia serata alam ke dataran menuntut bela akibat masjid dihina. Semua pakat datang tunjuk hero. Dialah perwira agama. Maka waktu itu, pasti dicari gua sampai ke lubang cacing. Gua agak-agak kalau tak makan penumbuk, mau jugak leher gua makan pedang samurai. Isk!

*folo 1st komen*
kakaka..indah garapannya bro!

syuhadaa said... [Reply]

Oke faham!

Kena la perambat adik2 gua pegi jemaah kat surau.

><

Pencari ALLAH said... [Reply]

Buat baik tunjuk gentlemen. Kabar semua orang dia paling hebat, buat nama, jaje sana sini. Buat jahat jadi pengecut. Tak berani mengaku salah.

ana fatihah said... [Reply]

betul3x!!
Hebat sangat Rasulullah bertindak..xmacam kita,selalu buat sesuatu ikut nafsu..

Bijen M. said... [Reply]

@Hiro
Ha ha ha!
Indah sangat komennya boh.
:)

Bijen M. said... [Reply]

@syuhadaa
Lekaih-lekaih hambat dengan penuh kasih sayang.

Bijen M. said... [Reply]

@Pencari ALLAH
Memerlukan 10.5 saat untuk digest komen ni.
:D

Bijen M. said... [Reply]

@ana fatihah
Hikmah namanya.
:)

~PENCHENTA~ said... [Reply]

Ya Allah. Bila lah nak dapat hikmah ni. :(

airazulaikha said... [Reply]

rasulullah dan kita.
kadang-kadang kita terlupa yg kita ni cetek dan kurangnya..

Bijen M. said... [Reply]

@~PENCHENTA~
Kena banyak mujahadah.

Bijen M. said... [Reply]

@airazulaikha
Nak banding dengan Rasulullah SAW, siapa kita?

fuad ansari said... [Reply]

benda yang tak cukup besar, dibesar-besarkan..

benda yang lebih besar, dikecik-kecikkan..

sepertimana, manusia lebih suka berdemonstrasi sebab ada orang hina sunnah daripada mengamalkan sunnah itu sendiri..

(",)

As said... [Reply]

Hikmah dalam berbahasa.

Moga Allah turunkan pada kita-kita.


Ameen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...